Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) mengorak langkah melaksanakan amalan teknologi hijau selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia negara maju dan rendah karbon menjelang 2020.
Pengerusi Jawatankuasa Bioteknologi dan Teknologi Hijau Negeri, Ahmad Bakri Ali menyaksikan majlis pertukaran dokumen perjanjian prestasi tenaga antara Pengarah PTSS Sulong Yahaya dan Pengerusi Eksekutif Taiace Engineering Sdn Bhd (Taiace) Isa Ismail, diadakan di sini hari ini.
Melalui perjanjian tersebut, pihak Taiace akan menukarkan segala peralatan elektrik di kampus berkenaan secara percuma melalui sistem automasi yang lebih efisien selama 80 bulan bermula Mac 2016.
Pengarah PTSS Sulong berkata pelbagai kegiatan melalui amalan Teknologi Hijau giat dijalankan secara berperingkat antaranya Budaya Hijau, Kampus Hijau, Program Teknologi Hijau, Komuniti Hijau dan Penyelidikan Hijau.
"Pelaksanaan setakat ini tertumpu kepada amalan seharian yang mudah diaplikasi oleh warga kampus PTSS seperti amalan kitar semula, Hari Tanpa Beg Plastik dan Kampus Bebas Polisterin," katanya.
Sementara itu, Ahmad Bakri berkata usaha PTSS ini sedikit sebanyak dilihat mampu menyumbang kepada kehadiran pelabur meneroka peluang di Perlis terutama dalam sektor teknologi hijau, pelancongan dan pembangunan bandar baharu.
"Ditambah pula dengan kewujudan Taman Teknologi Pauh Putra, ia bakal merancakkan lagi kegiatan ekonomi di negeri ini yang berpotensi menjadi pusat penyelidikan dan pembangunan bioteknologi, pemprosesan herba dan pusat benih pertanian yang boleh dibangunkan secara komersial," katanya.
Bernama
Fri Dec 11 2015
Dalam inisiatif itu, elbagai kegiatan melalui amalan Teknologi Hijau giat dijalankan secara berperingkat antaranya Budaya Hijau, Kampus Hijau, Program Teknologi Hijau, Komuniti Hijau dan Penyelidikan Hijau. - Foto sumber PTSS
Lawatan kerja PM: Malaysia dalam misi yakinkan Hyundai, OCI tingkatkan pelaburan
Perdana Menteri mengadakan pertemuan tertutup bersama konglomerat Korea yang terdiri daripada syarikat Hyundai Motor dan OCI Holdings.
Yoav Gallanat akan ke AS, bertemu kepimpinan tertinggi
Bekas Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant dijadual akan ke Amerika Syarikat kurang seminggu selepas Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap ke atasnya.
Gencatan senjata di Lubnan harus disegerakan - Josep Borrell
Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell menyeru agar gencatan senjata segera direalisasikan bagi menamatkan konflik antara Israel dan Hezbollah di Lubnan.
Bank Dunia lantik Judith Green sebagai Pengurus Negara untuk Malaysia
Kumpulan Bank Dunia melantik Judith Green sebagai Pengurus Negara yang baharu untuk Malaysia.
Tindakan pantas anggota tentera selamatkan empat remaja hampir lemas
Tindakan pantas seorang anggota tentera berjaya menyelamatkan empat remaja daripada lemas selepas sampan dinaiki mereka karam di sebuah tasik di Puncak Alam.
KKR lulus permohonan selenggara lampu jalan, lampu isyarat di Sabah
Kementerian Kerja Raya (KKR) telah meluluskan keseluruhan permohonan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah bagi penyelenggaraan lampu jalan dan lampu isyarat bagi tahun ini dengan peruntukan berjumlah RM9.7 juta.
Kerajaan komited pastikan inflasi kesihatan menyederhana
Pelaksanaan projek-projek kesihatan akan mengurangkan kesan kos sara hidup, terutamanya di kawasan luar bandar melalui penyediaan perkhidmatan kesihatan yang lebih mampu milik.
FTA Malaysia-Korea Selatan dimuktamadkan tahun depan
Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-Korea Selatan dimuktamadkan pada tahun depan, dengan komitmen daripada kedua-dua negara untuk menyegerakan sebarang rundingan.
Tiga ADUN Perlis dilantik sebagai Exco, dua Exco sedia ada digugurkan
Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) berkuat kuasa hari ini manakala dua EXCO sedia ada digugurkan.
RM87.03 juta nilai rampasan direkodkan dalam Op Tiris 3.0 - Armizan
Sebanyak RM87.03 juta nilai rampasan direkodkan menerusi Op Tiris 3.0 yang dilaksanakan bermula 1 Jan hingga 22 Nov lepas.
COP29: Negara kaya akhirnya setuju sumbang AS$300 bilion setahun hadapi krisis iklim
Negara-negara maju akhirnya bersetuju menyediakan AS$300 bilion setiap tahun menjelang 2035 kepada negara membangun bagi membantu mereka menghadapi impak perubahan iklim yang semakin parah.
Tahap pengetahuan kewangan rakyat Malaysia meningkat, hampiri tahap negara maju
Tahap pengetahuan kewangan rakyat Malaysia telah meningkat dengan ketara sejak 2016 dan menghampiri tahap negara maju.
TVET buka peluang pekerjaan besar untuk anak muda
Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tidak boleh lagi dilihat sebagai kerjasa pilihan kedua, kerana ia kini menjanjikan peluang pekerjaan yang besar.
Kementerian Sumber Manusia sedang giat galakkan ekosistem modal insan - Sivakumar
Kementerian Sumber Manusia sedang giat bekerjasama dengan pemain industri untuk mengalakkan pembangunan yang memberangsangkan ekosistem modal insan tempatan, kata Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar.
[KOLUMNIS] Upah dan gaji: Kepuasan bekerja lebih utama
Keadaan stamina fizikal, minda dan emosi seseorang pekerja perlu berada dalam keadaan yang baik dan tenang untuk mengelakkan kesilapan dalam melakukan kerja.
Malaysia mahu terus bekerjasama dengan AS dalam isu iklim
Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima panggilan telefon daripada Perutusan Khas Presiden Amerika Syarikat mengenai Iklim, John Kerry, semalam.
Malaysia Madani langkah pacu pembangunan negara - Zahid
Konsep 'Malaysia Madani' adalah langkah negara melakukan anjakan paradigma bagi memacu pembangunan negara ini seiring dengan negara maju, kata Ahmad Zahid.
Malaysia gesa negara maju, sedang membangun bersama-sama dalam pembangunan mampan
Usaha bersama oleh negara di seluruh dunia akan membantu menangani cabaran ekonomi dan sosial serta bersedia untuk masa depan yang lebih baik.
Ramai buruh kanak-kanak di negara maju dan membangun - Pakar
Semakin ramai kanak-kanak menjadi buruh antaranya disebabkan model perniagaan yang tidak berperikemanusiaan dan menyalahi undang-undang.
Negara maju digesa tunai janji, peruntukan AS$100 bilion tangani bencana iklim
Berdepan bencana iklim, krisis makanan dan tenaga, multilateralisme dan kerjasama dilihat sebagai satu-satunya jalan keluar.