JASIN: Permintaan tinggi dalam industri katering aiskrim bagi pelbagai majlis keraian khususnya perkahwinan mendorong Fatimah Shafiee untuk menceburi perniagaan itu secara kecil-kecilan di rumahnya di Batu 19, Chinchin di sini pada Okt 2018.
Siswazah Ijazah Pengurusan Hotel dan Pelancongan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Bandaraya Melaka berusia 30 tahun itu berkata walaupun pada mulanya dia tidak mempunyai asas atau ilmu untuk membuat aiskrim dan berniaga, namun ia bukan halangan untuk memulakan perniagaan.
Anak kelahiran Gopeng, Perak itu berkata, dia mengikuti pelbagai kelas membuat aiskrim menggunakan modal sendiri selain turut mengikuti kursus Pembangunan Reka Bentuk anjuran Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia dan Pusat Usahawan Majlis Amanah Rakyat (MARA) Negeri Melaka.
"Suami saya, Azam Iskandar Muhamad, 31, mempunyai studio gambar dan sering terlibat dalam majlis perkahwinan dan dari situ saya mendapat maklumat tentang permintaan yang tinggi terhadap katering aiskrim tetapi pada masa itu saya tiada asas berniaga," katanya kepada Bernama ketika ditemui di kafe aiskrimnya di Bazar Mara di Pekan Bemban di sini baru-baru ini.
Berkongsi pengalamannya, Fatimah berkata pada permulaannya, dia dan suami berulang-alik ke agensi dan jabatan kerajaan untuk melihat kursus-kursus berkaitan yang boleh ikuti untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran berniaga sehingga pada 2019, MARA Melaka memaklumkan ada kursus boleh ikuti iaitu Pembangunan Reka Bentuk.
Katanya, setelah lebih dua tahun bergerak secara kecil-kecilan dari rumah, impiannya untuk mengembangkan perniagaan aiskrim tercapai apabila berjaya membuka sebuah kafe aiskrim menggunakan jenama 'Cedoq' yang beroperasi setiap hari bermula 12 tengah hari hingga 9 malam berbekalkan modal sebanyak RM10,000 pada Dis 2020.
Fatimah berkata perniagaan katering dan kafe aiskrim yang diusahakan bersama suaminya kini mempunyai pelanggan tetap dan sering menerima tempahan untuk majlis perkahwinan dan hari jadi terutama pada hujung minggu dan cuti sekolah.
Menurutnya, bagi perkhidmatan katering aiskrim, terdapat 12 perisa ditawarkan kepada pelanggan antaranya coklat, vanila, strawberi, jagung, keladi, kopi, red velvet, mocha dan mangga, selain terdapat tiga pakej yang disediakan bermula pada harga RM250 hingga RM1,000.
Ibu kepada dua anak perempuan berusia satu dan lima tahun itu berkata di kafenya pula, hanya lapan perisa dijual antaranya 'salted caramel', 'mint oreo', Kopi 434 dan 'cookies and cream' bermula pada harga RM5 hingga RM10.
Katanya, proses pembuatan aiskrim dilakukan setiap hari menggunakan sebuah mesin terpakai yang dibeli pada harga RM1,500 dan sebanyak 13 kilogram aiskrim diproses setiap untuk dijual di kafenya selain perkhidmatan katering.
"Perisa aiskrim yang dihasilkan adalah olahan saya sendiri menggunakan bahan asli, contohnya bagi aiskrim perisa kopi, saya menggunakan serbuk Kopi 434 untuk mendapatkan rasa kopi yang sebenar.
"Proses membuat aiskrim tidak rumit namun penjagaan masa penting agar adunan aiskrim yang dibuat tidak cair dan teksturnya cantik untuk dijual," katanya.
Fatimah berkata antara cabaran yang dihadapi ketika ini sebagai peniaga kecil dan sederhana ialah kenaikan mendadak harga bahan mentah seperti krimer, krim putar dan mentega antara RM2 hingga RM4 bagi setiap barang.
Bagaimanapun, katanya, dia masih mengekalkan harga jualan aiskrim di kafenya dan pakej katering yang ditawarkan seperti sebelum ini tetapi terpaksa mengecilkan kuantiti bagi satu cedok aiskrim agar tidak membebankan pembeli.
Untuk mengembangkan lagi perniagaannya, Fatimah berhasrat untuk membuka gerai aiskrim di tepi jalan seperti konsep gerai 'kopi viral' bagi membantu lebih banyak golongan muda untuk menceburi perniagaan berkenaan dalam tempoh enam bukan akan datang.
-- BERNAMA / Rashidah Abd Rahim
Bernama
Wed Feb 16 2022
Usahawan aiskrim 'Cedoq', Fatimah Shafiee menunjukkan pilihan aiskrim di kafenya di Bemban. - Bernama
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
KPDN serbu premis jual produk berlabel 'No Palm Oil'
Kesemua produk aiskrim terbabit telah disita untuk siasatan lanjut dengan nilai rampasan berjumlah RM897.60.
Jelajah Jiwa SME: Aiskrim ikat RM1 kembalikan nostalgia pengunjung
Mula berniaga di pinggir jalan, pemilik kedai Aiskrim Malaysia, Nur Mala Amin kini bersyukur dapat meneruskan operasi di lokasi lebih selesa.
Bekalan elektrik di Gaza dipotong, penjual aiskrim tanggung kerugian
Pemilik kedai barangan runcit berkata mereka terpaksa berhenti menjualnya walaupun mendapat permintaan tinggi pelanggan.
Kegemaran terhadap aiskrim gula apong jadikan suri rumah usahawan berjaya
Gula apong dihasilkan daripada air nira nipah, sejenis pokok palma yang begitu banyak didapati di sepanjang sungai-sungai di Sarawak.
Permintaan tinggi dorong Fatimah mulakan perniagaan aiskrim 'Cedoq'
Pada mulanya dia tidak mempunyai asas atau ilmu untuk membuat aiskrim dan berniaga, namun ia bukan halangan untuk memulakan perniagaan.
7 tip 'pujuk' anak suka makan buah-buahan
Ikuti perkongsian Dr Mazliana Mazlan cara membiasakan anak-anak pilih buah-buahan dan tidak makan makanan yang tak sihat.
Niat beli aiskrim anak tidak kesampaian, bapa maut nahas motosikal
Ayah maut kemalangan ketika nak beli ais krim adik
Keunikan iklan 'eskrim' jadi perhatian
Watak utama berpakaian bak wira wirawati dahulukala, tetapi mempunyai kemudahan telefon pintar, selain turut menggunakan aplikasi Google Maps.
Harga naik 35 sen, syarikat pembuat aiskrim Jepun siar iklan mohon maaf
Biarpun kenaikan tersebut melibatkan nilai yang kecil, rakyat Jepun tetap tidak berpuas hati, sekaligus memaksa syarikat berkenaan membuat permohonan maaf.
Kisah pilu seorang gadis & aiskrim nenas buat anda menangis
Ini adalah teknik pengiklanan bagi sebuah organisasi di Thailand. Tetapi, jalan cerita -Short Filem- ini mengisahkan tentang seorang gadis yang hidup susah membantu ibunya meniaga.