Penjawat awam dalam lingkungan umur 30 dan 40 tahun adalah golongan yang sering mendapatkan khidmat kaunseling bagi mengatasi masalah tekanan, kata Timbalan Pengarah Kanan Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam Dr Abdul Jalil Hassan.
Katanya, tekanan yang dihadapi antaranya berpunca daripada masalah kewangan dengan kebanyakan kumpulan ini, baru membina keluarga, mempunyai zuriat, membeli rumah dan berhutang.
"Kebanyakan mereka yang datang mendapatkan khidmat kaunseling adalah secara sukarela dan ada juga yang dirujuk oleh ketua bahagian atau jabatan mereka," katanya kepada media selepas majlis perasmian Persidangan Psikologi Perkhidmatan Awam 2016 di sini hari ini.
Majlis dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Datuk Sabariah Hassan.
Dr Abdul Jalil bagaimanapun berkata secara umumnya, masalah tekanan dalam kalangan penjawat awam masih stabil kerana faktor kedudukan ekonomi yang baik termasuk menerima gaji bulanan secara tetap.
Beliau turut berkongsi pandangan bahawa masalah tekanan dijangka menjadi penyakit nombor satu dunia menjelang 2020 yang seterusnya memberi kesan negatif kepada masyarakat jika tidak ditangani dengan baik.
Katanya masalah tekanan terdiri dua jenis iaitu 'eustress' dan 'distress'. Eustress adalah tekanan bagi mencapai kejayaan manakala distress adalah sesuatu tekanan yang perlu dikurangkan.
Bernama
Tue Oct 04 2016

Kebanyakan mereka yang datang mendapatkan khidmat kaunseling adalah secara sukarela. - Gambar hiasan

Remaja ditahan bakar gerabak kereta api di Yogyakarta
Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dari Jakarta yang disyaki membakar tiga gerabak kereta api di landasan Stesen Tugu, Yogyakarta.

Pelantikan Chong Wei sebagai duta sukan Johor mampu perkasa atlet muda - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh percaya pelantikan legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor mampu dimanfaatkan sepenuhnya.
Pemandu maut kemalangan dua kereta di Setiu
Kemalangan tragis di Kilometer 48 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu melibatkan dua kereta Proton Wira menyebabkan seorang pemandu maut di tempat kejadian, manakala dua lagi cedera.

Muhammad Irfan capai misi, rangkul perak di Australia
Muhammad Irfan melakukan catatan 60.00 meter (m) sekali gus mencapai misi diletakkannya sebelum bertanding pada saingan itu.

Herry akui misi Seluruh England 2025 gagal
Herry yang baharu memulakan tugas secara rasmi bulan lepas, mengakui keputusan mengecewakan itu antara pencapaian buruk sepanjang kariernya.

Penjawat awam wanita disaran ambil SKSSR - Presiden Cuepacs
Katanya, walaupun penjawat awam wanita menerima gaji dan bekerja sepanjang hari, mereka juga main peranan penting sebagai suri rumah.

Paus Francis sambut ulang tahun ke-12 sebagai ketua Vatican di hospital
Paus dimasukkan ke Hospital Gemelli selama 28 hari selepas mengalami jangkitan pernafasan pada Februari sebelum disahkan menghidap radang paru-paru.

Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama hampir empat jam di ibu pejabat SPRM, bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram.
AWANI Ringkas: Isu lulus kewarganegaraan kepada rakyat China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sosial media: Albania mula haramkan TikTok
Pengguna TikTok di Albania kini menghadapi kesukaran mengakses aplikasi popular itu selepas kerajaan melaksanakan larangan selama setahun bermula Khamis.

"Jangan biasakan diri dengan berhutang"- Pakar Kewangan
Apabila kita membiasakan diri dengan berhutang, lama-kelamaan ia akan menjadi satu tabiat.

Elak berhutang untuk pelaburan ASB - Asyraf Wajdi
Orang ramai perlu mengelakkan diri daripada berhutang untuk melabur dalam ASB susulan kadar dividen yang semakin menyusut.

Cat Farish didakwa berhutang dengan bekas isteri, ini respons tuan badan
Cat memberitahu wang yang diperkatakan itu merupakan duit kenduri bersama bekas isteri yang telah pun diselesaikan.

Aidilfitri: Jangan berhutang, 'balas dendam' berbelanja
Tiada salahnya untuk berbelanja sambut lebaran, tapi orang ramai harus kawal keinginan dan ukur baju di badan sendiri.

Penjawat awam lingkungan umur 30-40 sering dapatkan khidmat kaunseling
Tekanan yang dihadapi antaranya berpunca daripada masalah kewangan dengan kebanyakan kumpulan ini baru membina keluarga, mempunyai zuriat, membeli rumah dan berhutang.