BAKAL bernikah dengan kakak kepada pelakon Emma Maembong, Shikin tidak lama lagi, penyanyi rap Cat Farish tiba-tiba didakwa berhutang dengan bekas isterinya sebanyak RM10,000.
Tampil menjelaskan perkara itu, Cat memberitahu dia tidak mempunyai hutang dengan mana-mana pihak dan wang yang diperkatakan itu merupakan duit kenduri bersama bekas isteri yang telah pun diselesaikan.
“Sebenarnya kejadian ni tak perlu nak disebut pun, bila bercerai ada satu tuntutan yang boleh dibuat dan dibincangkan masa perbicaraan tapi keadaan itu tidak berlaku.
“Saya tak pernah berhutang dengan orang, duit tu adalah duit kenduri dan bagi saya dah selesai semua benda. Benda boleh bincang, WhatsApp terakhir daripada dia pun mengenai motor dan tak ada mesej pun tentang hutang.
“Motor pun dipulangkan dalam mesej yang cantik dan baru. Saya tak terasa apa pun tentang kenyatan tu,” katanya menerusi temu bual bersama sebuah program hiburan baru-baru ini.
Dalam pada itu, Cat turut mengakui dia berasa terkejut apabila timbul spekulasi melibatkan bekas isterinya.
“Saya terkejut bila nama saya terkait berhutang dengan bekas isteri. Boleh saja WhatsApp tak perlu nak berangin,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, Cat Farish pernah berkahwin dengan bekas isterinya iaitu Suriani pada 20 November 2020 namun pasangan itu bercerai pada awal tahun ini.
Walaubagaimanapun, hasil perkongsian hidup mereka tidak dikurniakan cahaya mata. - Gempak
Gempak
Tue Jul 11 2023

Cat mengakui dia berasa terkejut apabila timbul spekulasi melibatkan bekas isterinya. - Gempak
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Cat Farish didakwa berhutang dengan bekas isteri, ini respons tuan badan
Cat memberitahu wang yang diperkatakan itu merupakan duit kenduri bersama bekas isteri yang telah pun diselesaikan.

Emma Maembong doakan perkahwinan ketiga Shikin, Cat Farish jadi yang terakhir
Kata Emma, kebahagian terpancar pada wajah kakaknya sejak bersama bakal suaminya itu.

Cat Farish bakal disatukan dengan Shikin Maembong
Penyanyi dan komposer Cat Farish berkongsi berita gembira bakal disatukan dengan Shikin Maembong dalam masa terdekat.

Ini 10 perkara menarik tentang konsert ulang tahun Ruffedge
Setelah lebih 10 tahun membawa haluan masing-masing, akhirnya kumpulan R&B dan soul kegemaran ramai, Ruffedge muncul dengan Konsert Ulang Tahun Ke-20 Ruffedge yang berlangsung di KL Live, malam tadi.

Vida lancar lagu 'Lavida Go Bola' sempena Piala Dunia
Minat mendalam terhadap dunia bola sepak dan nyanyian, Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr Hasmiza Othman tampil dengan lagu berentak reggae iaitu 'Lavida Go Bola'.

#MalaysiaMemilih: Di mana selebriti kesayangan anda mengundi?
Ketahui lokasi mengundi artis kesayangan anda yang turut tidak mahu ketinggalan menunaikan kewajipan mereka sebagai rakyat Malaysia.

Amer punca Ruffedge bergabung semula - Cat Farish
Anggota kumpulan Ruffedge, Cat Farish, menjelaskan kemunculan semula kumpulan tersebut disebabkan idea yang disuarakan oleh Amer pada 2016.