Malaysia mungkin menyaksikan trend normal baharu pada masa depan di mana pengguna menolak atau menangguhkan pembelian barangan mewah atau barangan dan perkhidmatan yang dikategorikan sebagai bukan keperluan utama.
Pengurus Penyelidikan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) Lau Zheng Zhou berkata rasa bimbang itu perlu ditangani kerana membabitkan pandemik dan keselamatan pekerjaan yang merupakan faktor penting untuk mendorong kejayaan pelan pemulihan ekonomi.
"Pemulihan ekonomi kita juga turut bergantung kepada pemulihan ekonomi global. Negara-negara maju ketinggalan dari segi pemulihan pandemik ini. Kerajaan perlu memberi keyakinan dan kepercayaan kepada rakyat bahawa mereka mampu memerangi risiko kepada kesihatan dan ekonomi.
"Sekiranya kita mengambil iktibar daripada krisis terdahulu misalnya krisis kewangan Asia, negara-negara membangun termasuk Malaysia bergantung kepada eksport untuk pulih. Keadaan itu mungkin tidak berlaku hari ini.
"Namun, di peringkat tempatan, rasa bimbang itu kekal sebagai halangan utama kepada pemulihan ini," katanya ketika ditemubual di siaran berita Bernama TV.
Menurutnya penggunaan swasta menyumbang hampir 60 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan perniagaan bergantung kepada unjuran ini untuk merancang pelaburan dan penggunaan pada masa depan.
Mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), beliau berpendapat pelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu adalah sesuatu yang tidak dijangka kerana Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini memberi bayangan bahawa tempoh PKP adalah berpanjangan.
"Bagaimanapun, dalam tempoh beberapa hari, pengumuman mengenai PKPB telah dibuat. Jadi, apa yang kita fikirkan sekarang adalah sama ada pelaksanaan PKPB ini dibuat terlalu awal. Apa yang mahu kita elakkan adalah untuk mempunyai ekonomi atau perniagaan yang ditutup, dibuka.
"Apakah yang berlaku sekiranya kita mempunyai kes baharu (COVID-19) yang lebih buruk dan mungkin memerlukan sekatan keluar masuk yang disasarkan.
"Kita tidak boleh mengalami keadaan seumpama itu kerana sukar bagi perniagaan untuk membuat perancangan masa depan kerana kita dalam minat risiko dan enggan mengambil risiko," katanya.
Oleh itu, beliau menyarankan kerjasama yang lebih erat dalam kalangan kerajaan Persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan.
"Apa yang kita perlukan adalah kepintaran tempatan. Kerajaan tempatan dapat mengesan kes kluster lebih awal dan mereka boleh menjalin kerjasama dengan kerajaan Persekutuan untuk memantau operasi sanitasi awam dan sama ada perniagaan mematuhi prosedur operasi standard," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 09 2020

Apakah pelaksanaan PKPB dibuat terlalu awal, soal Pengurus Penyelidikan IDEAS Lau Zheng Zhou. - Gambar hiasan
Mangsa degil, enggan berpindah ke PPS sukarkan usaha menyelamat
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berhadap isu mangsa banjir yang degil dan enggan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga menyukarkan usaha penyelamatan.
Kerja selenggara, naik taraf jalan dihentikan 24 Mac - 7 April
Jabatan Kerja Raya mengarahkan syarikat konsesi di semua lebuh raya menghentikan kerja-kerja pembinaan, penyelenggaraan, naik taraf dan pembaikan jalan bermula 24 Mac hingga 7 April.
Bantuan khas RM500 penjawat awam Gred 56 dan ke bawah
Kerajaan salur Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri RM500 kepada penjawat awam Gred 56 dan ke bawah dibayar minggu depan.

Malaysia tersenarai dalam 10 destinasi persaraan terbaik dunia - Laporan International Living
Malaysia mengukuhkan reputasinya sebagai satu daripada 10 negara terbaik untuk persaraan bagi 2025 oleh International Living.

Dua beradik maut motosikal terlanggar lubang di jalan raya
Kedua-dua mangsa, Norhazim Kamaruzaman dan pembonceng, Nur Alif Ikhwan Kamaruzaman masing-masing berusia 17 tahun mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

MAG terima 30 pesawat berbadan sempit Boeing 737 baharu
Malaysia Aviation Group (MAG) mengumumkan pemerolehan 30 pesawat baharu terus daripada Boeing sebagai sebahagian daripada strategi pemodenan pesawatnya.

Perpindahan kuil: PM Anwar nasihat semua pihak jangan jadi jaguh
Perdana Menteri berkata pihak berkaitan isu perpindahan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Masjid India sedang berunding dan mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan perkara itu.

Lelaki didakwa pandu secara berbahaya dalam insiden langgar lari di Jalan Klang Lama
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

“Cukuplah jadi penonton!" - Mohamad Sabu ajak sertai himpunan solidariti rakyat Palestin
Orang ramai diajak menyertai himpunan solidariti untuk rakyat Palestin di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac ini bagi menyatakan bantahan atas serangan udara Israel di Gaza.

OCI TerraSus sediakan polisilikon untuk pelaburan RM1.17 bilion OCI Holdings di AS
OCI TerraSus, yang berpangkalan di Sarawak, akan menyediakan polisilikon gred solar, yang dihasilkan melalui kuasa hidro boleh diperbaharui di Taman Industri Samalaju, Bintulu, Sarawak.

Tahun Baru Cina: 11 barangan disenarai bawah skim harga maksimum
Pelaksanaan skim selama sembilan hari itu melibatkan 11 jenis barangan yang dikawal di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Pembukaan sempadan Malaysia-Thailand bakal tingkat aktiviti rentas libatkan tenaga kerja, barangan
Ketibaan sumber manusia dari Thailand dijangka memberi impak ke atas beberapa sektor perniagaan seperti perkhidmatan, perladangan dan perikanan.

PKOB urus bantuan kepada penduduk terjejas banjir di Yan
Bagi memudahkan urusan pengagihan bantuan, penduduk disaran menghubungi PKOB di daerah terlibat agar ia dapat segera disalurkan.

Lori bawa produk Apple dirompak, kerugian dianggar RM27 juta
Treler terbabit akhirnya ditemui di Lutterworth, Leicestershire, di mana 48 palet produk Apple dipercayai telah dimuat naik ke dalam satu lagi kenderaan lain.

Bekas pembantu tadbir didakwa buat tuntutan palsu lebih RM100,000
Tertuduh Meriam Mamat, 56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan, sejurus pertuduhan selesai dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

KPDNHEP kawal harga 11 barangan sempena musim perayaan
KPDNHEP dalam kenyataan memaklumkan, 11 barang tersebut termasuk ayam, daging lembu, daging kerbau, telur, daging babi dan kelapa.

Pengguna mungkin tangguh beli barangan bukan keperluan utama - IDEAS
Malaysia mungkin menyaksikan trend normal baharu di mana pengguna menolak atau menangguhkan pembelian barangan mewah atau tidak perlu.

COVID-19: 'Jangan panik, barangan mencukupi' - Ameer Ali Mydin
Barangan keperluan harian masih mencukupi dan rakyat tidak perlu panik susulan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April depan.

Harga mahal bukan jaminan kualiti, mutu sesuatu produk - Kaji selidik
Harga yang mahal tidak memberi jaminan bahawa sesebuah produk itu lebih berkualiti serta lebih bermutu.

Peniaga, penyedia perkhidmatan diseru tidak ambil kesempatan terhadap pengguna
Peniaga dan penyedia perkhidmatan seharusnya menawarkan harga yang berpatutan bagi barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan.