YAN: Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) sedang menguruskan bantuan segera berupa keperluan makanan dan barangan lain kepada penduduk terjejas akibat banjir susulan fenomena kepala air petang semalam.
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata bagi memudahkan urusan pengagihan bantuan dilakukan, penduduk terbabit disaran menghubungi pusat itu di daerah terlibat agar ia dapat segera disalurkan kepada mereka.
"Apa-apa kesulitan boleh menghubungi PKOB daerah yang dah diaktifkan," katanya kepada pemberita semasa meninjau keadaan banjir di sekitar daerah Yan malam tadi.
Beliau berkata daerah Kuala Muda turut terjejas akibat bencana itu yang melibatkan beberapa kawasan di Gurun dan Tupah.
Katanya terdapat sebuah keluarga terdiri daripada enam individu yang terkesan akibat banjir itu enggan berpindah kerana kesemuanya positif COVID-19 dan Kementerian Kesihatan sedang memujuk mereka, yang tinggal di Tupah, Kuala Muda supaya berpindah ke tempat lain.
Bencana banjir yang berlaku pada kira-kira 5 petang menjejaskan penduduk di kaki Gunung Jerai dan kawasan berhampiran sungai iaitu Perigi, Teroi Bukit, Singkir, Kampung Permatang Keramat, Kampung Lubuk Boi, Pekan Yan Besar, Titi Teras, Kampung Acheh dan Kampung Setoi dalam daerah Yan.
Tinjauan Bernama di beberapa lokasi mendapati kebanyakan rumah penduduk di Yan rosak akibat dinaiki air selain terdapat jambatan yang musnah manakala jalan raya rosak teruk.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 18 2021

Fenomena kepala air mengakibatkan banjir kilat sekitar kaki gunung di Yan dan Merbok, 18 Ogos, 2021. --fotoBERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

PKOB mahu 80,000 penduduk Gua Musang siap sedia hadapi gelombang baharu MTL
Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) menasihatkan hampir 80,000 penduduk di daerah Gua Musang untuk berwaspada bagi menghadapi gelombang baharu Monsun Timur Laut (MTL).

Banjir: Elak pertindihan bantuan, NGO disaran hubungi PKOB
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata perkara itu perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang pertindihan ketika memberikan bantuan.

Mangsa banjir di Muallim berkurang, enam kampung masih terjejas
Terdapat pertambahan dari jumlah kampung yang terjejas iaitu menjadi enam kampung, berbanding empat sebelum ini.

Kemarau: Penduduk 10 kampung di Tamparuli minta PKOB diaktifkan
Cuaca panas dan kemarau berpanjangan itu menyebabkan sumber air graviti yang digunakan penduduk kampung kering kontang.

Mindef, ATM siap siaga atur gerak anggota, aset hadapi musim tengkujuh
Mindef dan ATM sedia melaksanakan tugas bersama agensi lain seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara, PDRM, JBPM dan PBT menerusi OP MURNI.

Banjir di Sabah pulih sepenuhnya
Bencana banjir yang berlaku di daerah Beaufort sejak Jumaat lepas pulih sepenuhnya, dan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah itu telah ditutup pada tengah hari tadi.

Kelantan salur bekalan makanan kepada Orang Asli terjejas monsun
11 kenderaan pacuan empat roda dan sebuah lori Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) digerakkan untuk menghantar bekalan makanan.

Nadma ingatkan NGO dapatkan kebenaran sebelum masuk kawasan banjir
Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang ingin menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir perlu mendapatkan kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum berbuat demikian.

Bencana Gunung Jerai: Sukarelawan diminta daftar dengan PKOB
Polis berkata ia bagi melancarkan penyelarasan bantuan selain mengelakkan kesesakan dan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

PKOB urus bantuan kepada penduduk terjejas banjir di Yan
Bagi memudahkan urusan pengagihan bantuan, penduduk disaran menghubungi PKOB di daerah terlibat agar ia dapat segera disalurkan.