Sambutan Tahun Baharu Cina tidak hanya sinonim dengan pemberian angpau, pembakaran mercun serta hidangan makanan seperti yee sang dan limau mandarin.
Bahkan juga, persembahan tarian singa turut menyumbang kepada kemeriahan perayaan berbangsa Tionghua itu.
Tarian singa merupakan sebahagian daripada warisan masyarakat Cina di mana penarinya meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa.
Ditubuhkan sejak 15 tahun yang lalu, Persatuan Junwai Dragon and Lion Dance merupakan antara persatuan tarian singa yang aktif di negara ini.
Pengasasnya, Datuk David Mak berkata, tarian ataupun ‘mo si’ dalam bahasa Kantonis secara tradisi dimainkan untuk menakutkan raksasa Nian yang dipercayai keluar untuk memudaratkan manusia dan memusnahkan tanaman.
“Tarian singa merupakan salah satu warisan masyarakat Cina. Singa melambangkan masyarakat Cina.
“Pada Tahun Baharu Cina, ia merupakan sesuatu yang tidak boleh dilupakan. Dahulu, budaya ini dibawa ke Malaysia dan masyarakat Cina di sini meneruskan budaya ini," kata Mak yang mula menceburi tarian singa sejak berusia 12 tahun .
“Ada yang kata pada Tahun Baharu Cina, mesti ada paluan dram dan pembakaran mercun. Sehingga sekarang, ia tetap sama.
"Oleh itu, saya berharap masyarakat boleh meneruskan budaya ini dan tidak melupakan tradisi ini,” tambahnya.
Bagaimanapun, tarian tersebut semakin kurang mendapat tempat dalam hati golongan muda berbangsa Cina sekarang.
Mak mengakui, agak sukar untuk mencari pelapis muda yang komited memperjuangkan tarian singa dalam kalangan masyarakat hari ini.
Namun, beliau gembira kerana sejumlah anak didiknya masih mempunyai minat dan sangat berdedikasi untuk mewarisi kesenian berkenaan.
“Pergerakan tarian singa itu susah, terutamanya pergerakan tarian kepala singa. Kostumnya berat dan ada pergerakan yang sukar untuk dihafal," katanya.
“Kami didenda dan dihukum ketuk ketampi sebanyak 20 kali setiap kali kami membuat kesalahan.
“Bagaimanapun, penari singa perempuan mempunyai masa depan. Ada penari singa perempuan yang mengambil peranan pemain simbal dan melakukan aksi melompat tiang.
"Ia sungguh hebat,” kata salah seorang penari singa, Yong Jia Huey, 18 tahun, yang melibatkan diri dalam seni tersebut sejak berumur 15 tahun.
Bagi Amy Tan Mei En pula, ayahnya yang merupakan penari singa dan naga mempengaruhinya untuk belajar tarian tersebut sejak 10 tahun.
Sejak itu, Amy tidak menoleh ke belakang.
Walaupun perlu menjalani latihan yang sukar, namun dia tidak berputus asa demi memelihara budaya berkenaan.
“Saya berlatih sebanyak sembilan jam sehari, kadang-kadang tidak tentu. Sembilan hingga 10 jam atau ada masanya, sepanjang hari.
“Saya merupakan pemain simbal. Peralatan tersebut boleh mencederakan perut dan ia juga akan menyebabkan kulit tangan saya menggelembung.
“Jika ada yang berminat untuk menyertai tarian singa, saya memang alu-alukan. Saya berharap lebih ramai orang muda akan menyertai kami. Kami pun sedang mencari ahli lagi,” kata Amy.
Nyata, kebanyakan anak murid Mak mempunyai misi untuk mengekalkan seni tarian yang sudah diamalkan sejak turun temurun itu lagi.
Sementara itu, Anson Pah Cheng Xiang, 18 tahun, berhasrat mengikut jejak ‘sifu’ Mak meluaskan warisan masyarakat Cina tersebut ke seluruh pelosok dunia.
“Saya kurang berminat untuk mengikuti sesi pembelajaran di sekolah. Disebabkan minat terhadap tarian singa, saya dan rakan-rakan menyertai persatuan tarian singa di sini.
“Saya akan meneruskan budaya ini dan meluaskan warisan masyarakat Cina ini ke seluruh pelosok dunia, supaya masyarakat tidak akan lupa akan tarian singa,” ikrarnya.
Isabelle Leong
Sun Jan 26 2020
Tarian singa merupakan sebahagian daripada warisan masyarakat Cina di mana penarinya meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. - Gambar Persatuan Junwai Dragon And Lion Dance
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
AWANI Ringkas: Pertumbuhan ekonomi, potensi rantau ASEAN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tipu pindah milik tanah: Kerajaan Selangor tanggung kerugian tinggi - Amirudin
Amirudin Shari menegaskan pertindihan ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar ganti rugi kepada pihak terbabit.
Ibu bapa Zayn Rayyan mohon dibebaskan serta-merta
Pasangan berusia 30 tahun itu memohon agar dibebaskan serta-merta daripada satu pertuduhan mengabai kanak kanak-kanak autisme itu.
176 warga asing ditahan di Bukit Bintang
Pengarahnya Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata operasi yang bermula 7.15 malam itu dilaksanakan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berdasarkan aduan orang awam serta risikan.
Muzium Seni Laos dibuka secara rasmi untuk lonjak pelancongan, lestarikan budaya
Satu majlis pembukaan gilang-gemilang diadakan di ibu negara Laos, Vientiane, pada Ahad, yang turut dihadiri Perdana Menteri Laos.
Usaha perlu diperkasa eratkan hubungan China-Jepun - Wang Yi
Wang Yi berkata, kedua-dua pihak perlu menjana impak sosial dalam suasana proaktif, terutamanya menyokong pertukaran antara kumpulan pemikir.
Perbezaan adat dan budaya tambah kemeriahan sambutan Krismas pasangan kahwin campur
Steven Sam berkata, yang paling bertuah adalah anak-anaknya kerana berpeluang meraikan Krismas dalam suasana yang lebih istimewa.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Intercontinental World Cultures kembali sebagai hab budaya bermula 19 Nov ini
Acara itu menyatukan negara dari seluruh dunia dalam kepelbagaian perayaan dan mencetuskan hubungan dan komunikasi di luar batas sempadan.
Permintaan manisan, muruku meningkat menjelang Deepavali
Ladu, chittu urundai, jelebi dan athirasam menjadi simbol kegembiraan selain mencerminkan kekayaan budaya masyarakat India di negara ini.
[KOLUMNIS] Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia: Akar sama, perkembangan berbeza
Perbezaan geografi, politik dan budaya menyebabkan kedua-dua bahasa ini berkembang mengikut alirannya yang tersendiri.
Program Citra Nusa tingkatkan kefahaman sejarah dan budaya Malaysia-Indonesia
Kementerian Perpaduan Negara, melalui Jabatan Muzium Negara, menganjurkan Program Citra Nusa @Indonesia: Kita Serumpun bagi mewujudkan kefahaman tentang hubungan budaya Malaysia-Indonesia.
Budaya Baba dan Nyonya semakin diiktiraf masyarakat antarabangsa - Wong
Budaya masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka semakin diiktiraf komuniti antarabangsa khususnya pelancong dari China, kata Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai.
Sukma 2024: Bukan hanya sukan, tonjolkan semangat, budaya tempatan - Timbalan Menteri Sarawak
Temasya itu juga dapat menjadi medan untuk mengenali masyarakat dan tempat-tempat menarik di Sarawak.