MELAKA: Pakej Melaka Nightlife antara tiga inisiatif baharu diperkenalkan bagi merancakkan lagi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024) dalam usaha menarik lebih ramai pelancong khususnya dalam kalangan kurang berkemampuan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, dua lagi pakej ialah Kempen Beli Cenderahati dan Menang serta Aplikasi Jom Melaka Cari Makan.
"Melaka Nightlife merupakan pakej istimewa yang memberi peluang kepada pelancong dan pengunjung mendapatkan tiket pada harga serendah RM10 di kawasan pelancongan seperti Menara Taming Sari, Melaka River Cruise dan muzium-muzium di bawah Perbadanan Muzium Melaka bermula Jun ini.
"Tawaran hebat ini boleh dimanfaat hanya sebulan sekali iaitu pada Sabtu pertama setiap bulan bermula 11 malam hingga 3 pagi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Beli Cenderamata dan Menang, Aplikasi Jom Melaka Cari Makan dan Cabutan Bertuah di Kiosk Cenderamata Banda Hilir, di sini, pada Ahad.
Beliau berkata, pakej Melaka Nightlife diwujudkan selepas beliau memantau inisiatif yang telah kerajaan negeri berikan pada 20 Feb lepas iaitu kemasukan percuma di 10 lokasi pelancongan.
"Kerajaan negeri terus mendengar denyut nadi rakyat yang inginkan tawaran hebat untuk menikmati lokasi pelancongan dan untuk itu, kita cipta pakej ini untuk memberi peluang kepada mereka kurang berkemampuan," katanya.
Ab Rauf berkata, pengusaha reruai makanan dan produk pelancongan di sekitar Banda Hilir juga digalakkan supaya bersedia menerima limpahan pengunjung yang dijangka hadir pada larut malam kelak.
Inisiatif Kempen Beli Cenderamata dan Menang pula, beliau berkata, pengunjung boleh membeli Cenderamata Khas TMM2024 serendah RM15 sekali gus melayakkan mereka menyertai cabutan bertuah TMM2024 yang menawarkan hadiah seperti kereta, motosikal dan sebuah bot berserta enjin.
"Bagi aplikasi Jom Melaka Cari Makan, ia menawarkan diskaun sehingga 50 peratus di lebih 200 buah restoran dan kafe yang berdaftar di seluruh Melaka bermula 1 Mei hingga 2 Jun ini.
"Saya percaya aplikasi ini secara tidak langsung memperluaskan usaha mempromosi restoran dan kafe di Melaka di bawah subsektor pelancongan makanan sekali gus meningkatkan pendapatan peniaga tempatan dan menarik lebih ramai pelancong dari pelbagai kategori," katanya.
Terdahulu pada majlis tersebut, Ab Rauf turut mengumumkan pemenang hadiah utama bagi cabutan tiga bulan pertama iaitu Januari, Febuari dan Mac, yang memenangi kereta Perodua Aruz, Proton X50 dan Proton Persona. - BERNAMA
Bernama
Sun Apr 21 2024

Ab Rauf sewaktu melancarkan Kempen Beli Cenderamata dan Menang, Aplikasi Jom Melaka Cari Makan dan Cabutan Bertuah di Kiosk Cenderamata Banda Hilir pada Ahad. - Facebook Ab Rauf Yusoh

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Hokkaido akan perkenal cukai penginapan mulai 2026
Kerajaan Hokkaido, sebuah pulau di utara Jepun yang terkenal dalam kalangan pelancong, akan memperkenalkan cukai penginapan sehingga 500 yen (US$3) semalam mulai April 2026.

Kim Seri janji ‘live’ di TikTok malam ini, jawab isu pakej percutian di Korea Selatan
Kim Seri Eina yang terpalit dengan dakwaan penipuan pakej pelancongan ke Seoul, Korea Selatan akan membuat siaran langsung di TikTok malam ini.

Kedutaan nasihat pelancong Malaysia berhati-hati pilih agensi pelancongan ke Korea
Kedutaan Besar Malaysia di Seoul mengingatkan rakyat Malaysia yang merancang percutian ke Korea Selatan agar berhati-hati dalam memilih agensi pelancongan.

KCCM 2024: Lebih 200 pakej pelancongan menanti pengunjung
Karnival ini mengajak rakyat Malaysia bercuti di dalam negara selain memanfaatkan tawaran pakej istimewa yang dipromosikan sewaktu penganjuran.

Pakej Melaka Nightlife rancakkan lagi TMM 2024
Melaka Nightlife merupakan pakej istimewa yang memberi peluang kepada pelancong dan pengunjung mendapatkan tiket pada harga serendah RM10.

Melaka laksana penggunaan satu pas, satu harga lawat muzium
Perbadanan Muzium Melaka laksana penggunaan pas masuk secara berpakej untuk melawat muzium di bawah kendalian agensi itu pada satu bayaran.

Perlu sedia pakej pelancongan tarik pelancong ke Negeri Sembilan - Exco
Agensi pelancongan di Negeri Sembilan perlu menyediakan pakej pelancongan bagi memperkenalkan lokasi menarik supaya dapat menggamit kehadiran lebih ramai pelancong tempatan dan antarabangsa.

'Scammer' ambil kesempatan, jerat mangsa melalui pakej pelancongan murah ke Langkawi
Sindiket penipuan itu aktif membuat pengiklanan mengenai pakej percutian yang tidak wujud, di laman sosial Facebook.

Pengusaha pelancongan di Langkawi perlu kreatif tarik pelancong luar musim
Inisiatif seperti menawarkan pakej pelancongan pada kadar harga lebih rendah kepada pelancong tempatan boleh dibanyakkan, memandangkan sempadan negara masih ditutup akibat pandemik COVID-19.

Suami isteri ditahan tipu pakej penginapan hotel
Mangsa menyedari ditipu selepas membuat semakan di hotel terbabit dan tiada tempahan penginapan dibuat oleh syarikat suspek.