LANGKAWI:Pengusaha sektor pelancongan di Langkawi disaran agar lebih kreatif dalam mempromosi produk masing-masing bagi menarik lebih ramai pelancong tempatan ke pulau itu walaupun di luar musim puncak.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata inisiatif seperti menawarkan pakej pelancongan pada kadar harga lebih rendah kepada pelancong tempatan boleh dibanyakkan, memandangkan sempadan negara masih ditutup akibat pandemik COVID-19.
"Sekarang ini mereka (pengusaha sektor pelancongan) gembira dengan kehadiran pelancong yang banyak ke Langkawi (kerana musim cuti sekolah), tapi mereka juga perlu fikir apa yang boleh dibuat untuk tarik orang datang pada luar musim," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog bersama pengusaha hotel di sini, malam tadi.
Sesi dialog bersama Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) itu melibatkan 50 pengusaha hotel yang dijemput bagi membincangkan cabaran dalam memulihkan sektor pelancongan di Pulau Lagenda itu.
Beliau berkata bagi mengekalkan kelestarian Langkawi, beberapa cadangan untuk mempelbagaikan sektor ekonomi di pulau itu, misalnya projek akuakultur, perlu diperhalusi terlebih dahulu.
"Kita kena semak cadangan (akuakultur) itu boleh dilakukan atau tidak, jika ia tidak beri kesan atau kemudaratan kepada kelestarian Langkawi sebagai kawasan hijau, boleh dipertimbangkan, tapi mungkin bukan dalam skala yang besar, lebih kepada ekopelancongan, kalau nak bawa akuakultur ke Langkawi memang baik, tapi kena kaji dulu impaknya," katanya.
Sementara itu semasa berucap pada sesi dialog berkenaan, beliau memberitahu Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) merekodkan sebanyak 3.14 juta ketibaan pelancong di Langkawi pada 2019, berbanding 1.6 juta pelancong sehingga November lepas (turun 54 peratus).
Katanya pendapatan sektor pelancongan pulau ini juga hanya RM900 juta sehingga Nov lepas, berbanding RM1.7 bilion pada 2019.
"Penurunan pendapatan sebanyak 80 peratus ini disebabkan oleh penutupan sempadan negara disebabkan oleh pandemik COVID-19," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 29 2020

Bagi mengekalkan kelestarian Langkawi, beberapa cadangan untuk mempelbagaikan sektor ekonomi di pulau itu perlu diperhalusi terlebih dahulu. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

'Lebih 10 MP kerajaan bakal sokong PN'
Spekulasi itu bukan cakap kosong kerana dimaklumkan terdapat perbincangan secara dalaman dalam kalangan pucuk pimpinan tertinggi.

Mohd Redzuan letak jawatan pengerusi Boustead Holdings
Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof telah meletakkan jawatannya sebagai pengerusi bebas bukan eksekutif Boustead Holdings Bhd untuk meneruskan minat lain berkuat kuasa hari ini.

Bekas menteri, Zuraida dan Mohd Redzuan dilantik Timbalan Presiden Muafakat Nasional
Dua bekas menteri, Datuk Zuraida Kamaruddin dan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dilantik sebagai Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN).

Boustead lantik Izaddeen Daud sebagai CEO kumpulan baharu
Mohd Redzuan Md Yusof berkata lembaga pengarah telah bersetuju melantik Izaddeen, yang mempunyai pengalaman besar dan rekod prestasi cemerlang dalam sektor korporat.

PRU15: Pak Wan ikrar pastikan kos penyelenggaraan banjir ditanggung pemaju
Mohd Redzuan janji akan beri cadangan bernas untuk tangani masalah banjir.

Pembubaran Parlimen mesti dibincang semua parti gabungan
Katanya, perkara tersebut penting bagi mengelakkan berlakunya pertembungan ketika pembahagian kerusi.

Mohd Redzuan dilantik Pengerusi Boustead Holdings Bhd
Boustead Holdings Bhd telah melantik Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof sebagai pengerusi bebas bukan eksekutif baharunya.

Tambah baik pengurusan parti perlu dilaksanakan - Redzuan
Penambahbaikan dalam pengurusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu dilakukan bagi membolehkan asas perjuangan penubuhan parti berkenaan dapat dikembalikan.

PRN Melaka: PN yakin menang tiga kerusi DUN di Alor Gajah - Pak Wan
Menurut Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu, tiga DUN berkenaan ialah DUN Rembia, DUN Machap Jaya dan DUN Asahan.

PRN Melaka: Keluar Bersatu? Itu tidak benar - Pak Wan
Mohd Redzuan menegaskan bahawa beliau tidak akan meninggalkan parti itu sepertimana didakwa sesetengah pihak sebelum ini.