KUALA LUMPUR: Boustead Holdings Bhd telah melantik Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof sebagai pengerusi bebas bukan eksekutif baharunya untuk mempercepatkan agenda Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) syarikat itu untuk tahun 2022.
Pengarah Urusan Kumpulan Boustead Datuk Sri Mohammed Shazalli Ramly berkata kumpulan itu amat berbesar hati atas pelantikan Mohd Redzuan itu dan percaya pengalaman luas beliau dalam bidang korporat dan awam akan mempertingkatkan prestasi Boustead.
"Kami berharap di bawah kepimpinan Mohd Redzuan, beliau akan memenuhi matlamat strategik kami selaras dengan strategi Reinventing Boustead untuk mempercepatkan prestasi keseluruhan untuk meningkatkan dan memaksimumkan nilai pemegang saham erta melindungi kepentingan pemegang saham kami terutamanya Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sebagai pemegang saham majoriti kami," katanya.
Dalam satu kenyataan, cabang pelaburan LTAT itu berkata Mohd Redzuan, 64, telah berkhidmat sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dari 2018 hingga 2020, seterusnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) dari 2020 hingga 2021.
Menurut syarikat itu, Mohd Redzuan memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Kejuruteraan Awam dari University of Leeds, United Kingdom dan memulakan kerjaya cemerlangnya sebagai jurutera dengan ESSO Malaysia Sdn Bhd, seterusnya berkhidmat di Petronas Carigali Sdn Bhd.
Mohd Redzuan meneruskan kerjayanya dalam sektor korporat dengan memegang pelbagai jawatan penting termasuk pengarah eksekutif (ED) Swiber Marine (M) Sdn Bhd serta Wakil Negara untuk Swiber Holdings Ltd, Singapura; ketua pegawai eksekutif (CEO) Module Tech Sdn Bhd, ED Kumpulan Syarikat Gagnar dan ED Kumpulan Syarikat Orbtech.
Beliau juga merupakan Pengarah Bukit Fraser Thermal Technologies Sdn Bhd; Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Gagnar, Marginal Field Solutions Sdn Bhd dan Seahorse Platforms Asia Sdn Bhd.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 03 2022
![Mohd Redzuan dilantik Pengerusi Boustead Holdings Bhd Mohd Redzuan dilantik Pengerusi Boustead Holdings Bhd](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81641213685_MohdRedzuanMdYuso.jpg)
Mohammed Shazalli berkata kumpulan itu amat berbesar hati atas pelantikan Mohd Redzuan itu dan percaya pengalaman luas beliau dalam bidang korporat dan awam akan mempertingkatkan prestasi Boustead. - Gambar fail
![Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117052_SaifulNizamSaharud.jpg)
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
!['Lebih 10 MP kerajaan bakal sokong PN' 'Lebih 10 MP kerajaan bakal sokong PN'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701479651_MohdRedzuanMdYuso.jpg)
'Lebih 10 MP kerajaan bakal sokong PN'
Spekulasi itu bukan cakap kosong kerana dimaklumkan terdapat perbincangan secara dalaman dalam kalangan pucuk pimpinan tertinggi.
![Mohd Redzuan letak jawatan pengerusi Boustead Holdings Mohd Redzuan letak jawatan pengerusi Boustead Holdings](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71668109667_MohdRedzuanMdYuso.jpg)
Mohd Redzuan letak jawatan pengerusi Boustead Holdings
Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof telah meletakkan jawatannya sebagai pengerusi bebas bukan eksekutif Boustead Holdings Bhd untuk meneruskan minat lain berkuat kuasa hari ini.
![Bekas menteri, Zuraida dan Mohd Redzuan dilantik Timbalan Presiden Muafakat Nasional Bekas menteri, Zuraida dan Mohd Redzuan dilantik Timbalan Presiden Muafakat Nasional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61673082129_TBZURAIDA.jpg)
Bekas menteri, Zuraida dan Mohd Redzuan dilantik Timbalan Presiden Muafakat Nasional
Dua bekas menteri, Datuk Zuraida Kamaruddin dan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dilantik sebagai Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN).
![Boustead lantik Izaddeen Daud sebagai CEO kumpulan baharu Boustead lantik Izaddeen Daud sebagai CEO kumpulan baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51669849673_IzaddeenDaud.jpg)
Boustead lantik Izaddeen Daud sebagai CEO kumpulan baharu
Mohd Redzuan Md Yusof berkata lembaga pengarah telah bersetuju melantik Izaddeen, yang mempunyai pengalaman besar dan rekod prestasi cemerlang dalam sektor korporat.
![PRU15: Pak Wan ikrar pastikan kos penyelenggaraan banjir ditanggung pemaju PRU15: Pak Wan ikrar pastikan kos penyelenggaraan banjir ditanggung pemaju](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51667884330_TBpakwan.jpg)
PRU15: Pak Wan ikrar pastikan kos penyelenggaraan banjir ditanggung pemaju
Mohd Redzuan janji akan beri cadangan bernas untuk tangani masalah banjir.
![Pembubaran Parlimen mesti dibincang semua parti gabungan Pembubaran Parlimen mesti dibincang semua parti gabungan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41663198229_MOHDREDZUANMDYUSO.jpg)
Pembubaran Parlimen mesti dibincang semua parti gabungan
Katanya, perkara tersebut penting bagi mengelakkan berlakunya pertembungan ketika pembahagian kerusi.
![Mohd Redzuan dilantik Pengerusi Boustead Holdings Bhd Mohd Redzuan dilantik Pengerusi Boustead Holdings Bhd](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81641213685_MohdRedzuanMdYuso.jpg)
Mohd Redzuan dilantik Pengerusi Boustead Holdings Bhd
Boustead Holdings Bhd telah melantik Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof sebagai pengerusi bebas bukan eksekutif baharunya.
![Tambah baik pengurusan parti perlu dilaksanakan - Redzuan Tambah baik pengurusan parti perlu dilaksanakan - Redzuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71638091814_MohdRedzuanMdYuso.jpg)
Tambah baik pengurusan parti perlu dilaksanakan - Redzuan
Penambahbaikan dalam pengurusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu dilakukan bagi membolehkan asas perjuangan penubuhan parti berkenaan dapat dikembalikan.
![PRN Melaka: PN yakin menang tiga kerusi DUN di Alor Gajah - Pak Wan PRN Melaka: PN yakin menang tiga kerusi DUN di Alor Gajah - Pak Wan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/71591342532_PakWan.jpg)
PRN Melaka: PN yakin menang tiga kerusi DUN di Alor Gajah - Pak Wan
Menurut Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu, tiga DUN berkenaan ialah DUN Rembia, DUN Machap Jaya dan DUN Asahan.
![PRN Melaka: Keluar Bersatu? Itu tidak benar - Pak Wan PRN Melaka: Keluar Bersatu? Itu tidak benar - Pak Wan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616845357_MohdRedzuanYusof.jpg)
PRN Melaka: Keluar Bersatu? Itu tidak benar - Pak Wan
Mohd Redzuan menegaskan bahawa beliau tidak akan meninggalkan parti itu sepertimana didakwa sesetengah pihak sebelum ini.