MEMASUKI Segaris Art Center dan melihat 15 karya yang digantung di dinding galeri itu bermula 9 Oktober lalu seolah-olah kita melihat satu kenyataan yang berbeza-beza namun menuju ke satu maksud yang sama.
Kenyataan sosial pada 15 karya yang dibuat artis yang menghasilkan karya tersebut seakan-akan menceritakan sesuatu kepada masyarakat, bertetapan dengan peranan seniman sebagai pihak yang sering menyampaikan atau berkongsi sesuatu perkara dengan khalayak.
Rasa seolah-olah melihat kritikan sosial yang berbeza-beza tetapi menuju ke satu maksud yang sama itu boleh dirasai ketika melihat karya-karya artis tersohor, Ahmad Shukri Mohamed, 50, dalam pameran solo kesembilannya, berjudul Monuments.
Setelah bergiat dalam seni catan secara profesional selama lebih dari dua dekad, Ahmad Shukri mempamerkan 15 karya seni yang dihasilkan sejak dua tahun yang lalu.
Karya-karya ini dihasilkan selepas mengadakan pameran solo kelapannya dua tahun yang lalu dan ia menghimpunkan rakaman apa yang berlaku sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Tajuk Monuments yang menjadi tema pameran ini belum ada ketika peringkat awal saya menghasilkan karya-karya yang dipamerkan di sini.
"Ia dipilih sebagai tema kerana semua karya-karya ini menuju ke satu maksud yang sama biarpun setiap satunya mempunyai kenyataan yang berbeza,
"Monuments adalah simbol kepada satu perkara yang kita mahu pertahankan, ia adalah tajuk yang sesuai dengan hasrat untuk mencapai satu prinsip," ceritanya kepada Astro AWANI di hari perasmian pameran solonya itu.
Ahmad Shukri seperti biasa, sangat santai dan tidak kekok untuk menjawab setiap soalan yang ditanya biarpun hari itu merupakan antara hari yang penting baginya.
Pelukis kelahiran Kelantan ini mengamati dan mengikuti rapat setiap apa yang berlaku disekelilingnya sebelum PRU14.
"Sejak 1957, tidak pernah berlaku perubahan pemerintah dalam negara kita, jadi apa yang berlaku sebelum dan selepas PRU14 merupakan satu sejarah yang perlu didokumentasikan.
"Apa yang saya mahu dokumenkan ialah satu pemerintahan yang lama tidak boleh kekal. Kenapa benda ini terjadi? Saya cuba dokumenkan tentang 1MDB dan lain-lain.
"Apa yang berlaku ini, saya melihatnya dari sudut yang positif, maksudnya satu pemerintahan atau pentadbiran boleh kekal jika menjaga moral dan integriti," jelas Ahmad Shukri mengenai pengamatannya tentang apa yang berlaku pada pentadbiran negara.
Apa yang disampaikan itu bertepatan kerana ramai yang berpendapat Barisan Nasional (BN) hilang kuasa pada PRU14 kerana moral dan integriti pemimpinnya merosot di mata masyarakat.
Perkara yang sama seharusnya menjadi perhatian pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang kini membentuk kerajaan selepas PRU14 yang lalu.
Bercerita lanjut, Ahmad Shukri mengakui beliau sememangnya gemar menghasilkan karya yang mempunyai kritikan sosial kerana itu adalah peranan yang harus dipikul oleh seorang seniman.
"Seniman merupakan penyampai atau pihak yang sering berkongsi sesuatu perkara dengan masyarakat sama ada kenyataan sosial atau pandangan mereka tentang apa-apa isu
"Artis atau pelukis adalah penyampai dalam bentuk visual jadi tugas seniman, tidak kira siapa pun adalah penting.
"Kalau lihat karya-karya saya sejak awal hingga kini masih lagi menyampai, masih lagi berkongsi dan masih mendokumentasikan imej-imej yang penting untuk didiskusi antara mayarakat," jelas beliau.
Bagi peminat seni yang berhasrat untuk 'menikmati' kritikan sosial Ahmad Shukri, boleh mengunjungi Segaris Art Center, di Publika sehingga 3 November nanti.
Ahmad Shukri berharap peminat seni yang melihat hasil karya terbarunya ini dapat mengupasnya dengan baik apa yang cuba beliau kongsikan.
Irwan Muhammad Zain
Tue Oct 22 2019
Bagi peminat seni yang berhasrat untuk 'menikmati' kritikan sosial Ahmad Shukri, boleh mengunjungi Segaris Art Center, di Publika sehingga 3 November nanti. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.33 mata atau 0.15 peratus kepada 1,599.78 daripada 1,597.45 ketika ditutup semalam.
AWANI Ringkas: Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemansuhan peperiksaan antara langkah mengurangkan tekanan murid
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, KPM kini memberi tumpu kepada pembelajaran inkuari, eksplorasi, pengalaman dan pentaksiran bilik darjah yang dilihat lebih holistik untuk menilai murid.
Pihak berkuasa Gaza beri amaran wabak penyakit dalam kalangan penduduk
Pihak berkuasa Palestin pada Isnin memberi amaran mengenai kemungkinan tercetusnya wabak penyakit dalam kalangan orang awam.
#AWANIRingkas 26 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 November 2024
1️⃣ Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan tumpuan hari ini
2️⃣ Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
3️⃣ Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
#awaniringkas
1️⃣ Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan tumpuan hari ini
2️⃣ Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
3️⃣ Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
#awaniringkas
Siling pekerja asing di Malaysia bagi 2024 adalah 2.58 juta orang
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata angka siling bagi pekerja asing bekerja di Malaysia menjelang Disember 2024 adalah 2.58 juta orang.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
COP29: Perubahan iklim dan isu air, eksklusif bersama Pengerusi SPAN, Charles Santiago
Perubahan iklim membawa musim kemarau yang panjang, memberikan risiko besar terhadap banyak aspek termasuk kerugian ekonomi yang besar. Bagaimana perubahan dan dasar baharu boleh diwujudkan untuk atasi masalah ini? Saksikan perbincangan Editor Kanan Dzulfitri Yusof bersama Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Charles Santiago, di Baku, Azerbaijan.
Saringan Minda Sihat, intervensi antara usaha KPM tangani gangguan emosi murid
Jelas Menteri Pendidikan, Saringan Minda Sihat dijalankan sekali setahun terhadap murid tahun lima hingga tingkatan enam sebagai mekanisme pengesanan awal murid yang berhadapan dengan masalah emosi.
Adik Dr Zaliha Mustafa meninggal dunia
Shamsiah Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
52.95 peratus penjawat awam masih belum miliki rumah sendiri
Mengulas lanjut Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah berkata, walaupun anak penjawat awam dan pesara tidak layak membeli PPAM tapi berpeluang jadi pemilik bersama.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 19 November 2024.
Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar - Muhammad Shafee
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa, ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar dan dilindungi oleh junta tentera negara itu.
Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah
Hakim Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong menarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah.
Kes Najib saman Tommy tangguh lagi, hakim kedua tarik diri
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Faizah Jamaludin menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak untuk mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap Tan Sri Tommy Thomas.
Mahkamah: 11 Dis untuk putuskan permohonan kerajaan sekat PetroSaudi guna dana 1MDB
Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Dis untuk membuat keputusan permohonan kerajaan menyekat PetroSaudi dan Pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan dana 1MDB.
Irwan Serigar dibenar masukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman 1MDB
Irwan Serigar berjaya dalam rayuannya untuk memasukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman US$6.59 bilion yang difailkan terhadap beliau oleh 1MDB.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 November 2024.
Jho Low dan rakan guna AS$13 juta wang 1MDB untuk berjudi selama dua hari - Saksi
Penyiasat penipuan kewangan yang berpangkalan di United Kingdom, Richard Templeman mendedahkan nama dua individu.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.