KUALA LUMPUR :Hasil lukisan tangan anyaman tikar kelasah karya pengusaha kraf tempatan, Abot Gudang berjaya memenangi Anugerah Kraf Cemerlang dalam perhimpunan World Crafts Council Asia Pacific 2020 ke-38.
Anugerah berkenaan dipersembahkan secara maya pada Sabtu.
Menurut Abot, karya bertemakan ‘Glow Tree of Life’ ini berjaya direalisasikan dengan kerjasama penganyam masyarakat Bidayuh di Serikin, Sarawak dan dihasilkan dalam tempoh pandemik COVID-19.
“Saya berasa amat gembira dan teruja apabila mendapat tahu bahawa saya telah memenangi anugerah Excellent Craft Award sempena perhimpunan World Crafts Council Asia Pacific yang ke-38.
“Anyaman tikar rotan yang dikenali sebagai kelasah ini merupakan kraf asli yang diperbuat oleh suku kaum Bidayuh,” katanya dalam satu perkongsian eksklusif bersama AWANI Sarawak pada Ahad.
Ujarnya, kemenangan tersebut sekali gus mengangkat warisan masyarakat Bidayuh selain membuktikan kraf tempatan mampu memberi saingan di peringkat antarabangsa.
“Saya berharap, meskipun dalam musim pandemik ini, industri kraf tempatan terus dihidupkan dengan sokongan daripada agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO),” tambahnya.
Dalam pada itu, kemenangan Abot turut mendapat perhatian Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri yang menzahirkan ucapan tahniah menerusi entrinya di Facebook.
“Semoga kejayaan mereka memberi suntikan semangat kepada semua penggiat dan pengusaha kraf tempatan untuk terus memartabatkan seni dan budaya negara di peta dunia.
“Ia secara tidak langsung menjadikan produk-produk kraf Malaysia satu produk pelancongan yang dapat menarik pelancong luar datang ke Malaysia khasnya bagi melihat sendiri pembuatan dan pemprosesan hasil kraf tempatan apabila sempadan negara dibuka suatu hari nanti,” kongsinya.
Melalui entri sama, beliau turut mengucapkan tahniah kepada Seri Gedong Songket, Tanoti Crafts dan The Ranee Artisan Gallery of Iban Community kerana telah mewakili negara dalam anugerah berprestij itu.
Nickyson Nyambar
Sun Dec 06 2020
Motif menarik yang ada pada tikar kelasah itu adalah merupakan hasil lukisan tangan pengusaha kraf tempatan, Abot Gudang. - Gambar Ihsan Abot Gudang
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kebakaran resort ski, Presiden Turki hadir beri penghormatan terakhir
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar mereka dirahmati oleh tuhan.
Derita rakyat Palestin terbalas jika Netanyahu ditangkap
Selepas gencatan senjata berkuat kuasa di Gaza pada Ahad lalu, masyarakat dunia mempunyai satu lagi misi iaitu mengheret Benjamin Netanyahu ke muka pengadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
ASEAN: Kenal pasti kepelbagaian risiko, tambah baik dasar ekonomi
Polisi ekonomi ASEAN perlu diperbaiki dengan fokus diberikan terhadap peningkatan perdagangan dan pelaburan antara negara anggota.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Petunjuk positif pertama dalam beberapa bulan kebelakangan ini adalah kesediaan untuk keterlibatan, dan saya beri jaminan kepada mereka melalui hubungan rakan-rakan dan pelbagai agensi, terutamanya agensi perisikan, bahawa kami bukan di sini untuk mengenakan apa-apa tindakan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Pelancong Islam: 4.82 juta pelancong, pendapatan lebih RM15 bilion tahun lalu
Indonesia, Brunei, Pakistan, Arab Saudi dan Kazakhstan merupakan lima negara yang menyumbang kepada ketibaan pelancong Islam tertinggi ke Malaysia.
Menawan! Tikar kelasah komuniti Bidayuh terima Anugerah Kraf Cemerlang
Bertemakan Glow Tree of Life, tikar ini dihasilkan oleh Abot Gudang dengan kerjasama komuniti Bidayuh di Serikin, Sarawak.