Pihak berkuasa Malaysia hanya membuat sebanyak 4 permohonan untuk mendapatkan data pengguna dari platform media sosial popular Facebook.

Di rantau Asia Tengga, Sigapura merupakan negara yang paling banyak memohon iaitu sebanyak 198 berbanding negara Asia Tenggara yang lain iaitu Indonesia (8 permintaan), Filipina (5 permintaan), Thailand (2 permintaan) dan Brunei (2 permintaan).

Kerajaan Amerika Syarikat merupakan negara yang paling banyak membuat permintaan data pengguna dari platform media sosial popular itu.

Menurut Laporan Permintaan Kerajaan (Global Government Requests Report) yang dihasilkan oleh Facebook, Amerika Syarikat membuat sebanyak 17,577 permintaan data dari Januari 2015 hingga Jun 2015.

Ia diikuti dengan India (5,115 permintaan), United Kingdom (3,384 permintaan) dan Perancis (2,520 permintaan).

Menurut Facebook, pihak berkuasa tempatan akan meminta data dari Facebook bagi membuat siasatan terutamanya dalam kes jenayah, pencurian dan penculikan.

Laporan itu turut berkata bahawa pihak berkuasa mahu maklumat seperti nama, berapa lama menggunakan media sosial itu dan juga kandungan.

Namun, Facebook berkata sebarang permintaan berkenaan data pengguna harus melalui proses yang ketat sebelum apa-apa maklumat dikongsi.

Ia memerlukan pihak berkuasa tempatan memberikan penerangan terperinci mengenai kes-kes yang memerlukan data pengguna Facebook.

Facebook tidak akan memberikan sebarang maklumat jika penerangan yang diberikan tidak lengkap.