Rangkaian telefon bimbit terbesar di Thailand - Advanced Info Service (AIS) - menafikan laporan bahawa data penggunanya bocor, dengan mengatakan data itu adalah ujian untuk meningkatkan rangkaiannya.
Ketua Perhubungan Awam syarikat itu, Saichon Sapmak-udom berkata data itu hanya menunjukkan keseluruhan gambaran penggunaan internet tanpa mendedahkan maklumat sensitif atau peribadi pengguna.
"Ia bukanlah data peribadi pengguna kami. Tiada pelanggan yang terjejas, tiada kerugian kewangan," katanya dalam kenyataan.
Kebocoran data itu terbongkar selepas penyelidik keselamatan mendakwa pangkalan data sebesar 8.3 bilion rekod internet masa nyata pengguna AIS bocor secara dalam talian. Pangkalan data itu telah dilindungi pada 22 Mei.
Dalam satu catatan blog, penyelidik keselamatan Justin Paine berkata pangkalan data itu yang mungkin dikendalikan oleh anak syarikat AIS, Advance Wireless Network (AWN) mengandungi gabungan pertanyaan Sistem Nama Domain (DNS) dan data NetFlow.
"Ia (pangkalan data) tidak mengandungi data sensitif seperti kata laluan, bagaimanapun ia boleh mengenal pasti laman sesawang yang diakses pengguna dan aplikasi yang digunakan.
"Menggunakan data ini cukup mudah untuk menggambarkan apa yang dilakukan seseorang di internet," katanya.
Paine berkata pangkalan data itu dapat diakses secara terbuka pada 1 Mei dan beliau hanya mengetahuinya pada 7 Mei.
Katanya, beliau sudah memaklumkan kepada AIS pada 13 Mei mengenai kebocoran pangkalan data itu bagaimanapun gagal untuk melindungi pangkalan data berkenaan selepas seminggu.
Kemudian, beliau memberitahu pasukan respons kecemasan komputer Thailand, Thailand National CERT (ThaiCERT) yang dapat berhubung dengan AIS dan menyelamatkan pangkalan data itu.
"Selama tiga minggu, jumlah data yang terdedah meningkat dengan ketara. Pangkalan data itu menambah kira-kira 200 juta data baharu setiap 24 jam.
"Kira-kira 8.3 bilion dokumen dan sebanyak 4.7 terabait (TB) maklumat disimpan dalam pangkalan data itu," katanya.
Paine berkata dengan log pertanyaan DNS, satu sumber alamat IP, adalah mungkin untuk menentukan jenis peranti dalam rangkaian pengguna, rangkaian sosial yang kerap dilayari - Google, YouTube, Facebook, TikTok dan Line.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 26 2020

Penyelidik keselamatan mendakwa pangkalan data sebesar 8.3 bilion rekod internet masa nyata pengguna AIS bocor secara dalam talian. - Gambar hiasan

Pesara mengaku tidak bersalah cederakan lelaki bukan Islam tidak berpuasa
Seorang pesara kerajaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan mencederakan seorang pemuda bukan Islam yang tidak berpuasa Ahad lalu.

Malaysia rekod kerugian RM933.4 juta akibat banjir pada 2024
Jumlah kerugian itu meliputi nilai kerosakan tempat kediaman, kenderaan serta premis perniagaan dan perindustrian.
[TERKINI] Warga emas mengaku tidak bersalah tampar pemuda
Seorang pesara kerajaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru atas tuduhan mendatangkan kecederaan terhadap seorang pemuda yang dikatakan makan di khalayak ramai pada bulan Ramadan Ahad lalu.

Rayuan Syed Saddiq: Saksi pendakwaan ditekan secara melampau semasa siasatan – Peguam
Mahkamah Tinggi dikatakan gagal mengambil kira tekanan berat dialami saksi utama dalam kes pecah amanah, salah guna harta, dan pengubahan wang haram membabitkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Bapa dipenjara 7 tahun, 4 sebatan lakukan amang seksual, miliki video lucah anak
Bapa dijatuhi penjara tujuh tahun dan empat sebatan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak kandung perempuan berusia 12 tahun lapan bulan dan memiliki video serta gambar lucah mangsa.
Harga maksimum santan di Semenanjung ditetapkan RM17.50 - Armizan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali menyatakan melalui program Skim Kawalan Harga Maksimum Musim Perayaan telah menetapkan harga santan di Sabah pada kadar RM12, dan Sarawak pada kadar RM9. Selain itu, isu minyak masak kemasan botol juga dapat tangani sebelum tiba perayaan.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Dewan Negara lulus Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia
Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024 (RUU MMM 2024) yang antara lain bertujuan membuka jalan ke arah media yang lebih demokratik, bebas dan beretika di Malaysia
Skim Harga Maksimum Aidilfitri 2025 berlangsung selama 15 hari
Program Skim Kawalan Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa bagi tahun 2025 akan bermula pada 24 Mac sehingga 7 April 2025. Untuk program ini, jenis barangan juga berjaya ditambah menjadi 26 berbanding 22 pada tahun 2024.
#AWANInews
#AWANInews
KPDN melaksanakan beberapa ikhtiar yang berbentuk sara hidup -Armizan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali mengadakan Sidang Media Pengumuman Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Aidilfitri 2025. Tambah beliau, selain Jualan Rahmah Madani, Jualan Rahmah Aidilfitri, SIM@ PAX, program intervensi juga dilaksanakan selama tiga bulan.
#AWANInews
#AWANInews

Polis Korea Selatan kerah 14,000 anggota menjelang keputusan pendakwaan Yoon
Polis Korea Selatan akan mengerahkan kira-kira 14,000 anggota di Seoul pada hari keputusan Mahkamah Perlembagaan ke atas Presiden Yoon Suk Yeol.

Syarikat telekomunikasi Thailand nafi data pengguna bocor
Katanya, data itu hanya menunjukkan keseluruhan gambaran penggunaan internet tanpa mendedahkan maklumat sensitif atau peribadi pengguna.