SYDNEY: Syarikat induk Facebook, Meta didenda AUD20 juta (AS$13.5 juta) kerana mengelirukan pengguna, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC) pada Rabu.
Mahkamah persekutuan mengarahkan anak syarikat Meta, Facebook Israel dan Onavo Inc, masing-masing membayar AS$10 juta kepada Australia "kerana amalan mengelirukan dan melanggar Undang-undang Pengguna Australia," kata badan pemerhati pengguna itu.
Onavo Protect ialah aplikasi mudah alih percuma yang dipromosikan dalam penyenaraian Google dan Apple app Store sebagai produk yang akan memastikan data pengguna selamat dengan menyediakan perkhidmatan rangkaian peribadi maya (VPN).
"Sebaliknya, Onavo dan Facebook Israel berkongsi data aktiviti peribadi pengguna yang dikumpul oleh aplikasi dalam bentuk tanpa nama dan menggabungkannya dengan syarikat induk Meta (kemudian dikenali sebagai Facebook Inc) untuk manfaat komersial," kata ACCC dalam kenyataan akhbar.
Aplikasi itu telah dipasang lebih daripada 270,000 kali oleh pengguna Australia antara Februari 2016 dan Oktober 2017.
Pada Rabu, seorang hakim persekutuan mendapati kedua-dua anak syarikat itu terlibat dalam amalan mengelirukan orang ramai dengan gagal mendedahkan secukupnya bahawa data pengguna akan digunakan, termasuk untuk tujuan komersial Meta.
Berikutan penghakiman itu, jurucakap Meta memberitahu media Australia bahawa Onavo Protect berfungsi dengan betul sebagai alat keselamatan.
"Tiada dakwaan oleh ACCC bahawa aplikasi itu tidak berfungsi dengan baik sebagai alat keselamatan dalam talian. Melindungi privasi dan keselamatan data orang adalah asas perniagaan Meta.
"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah membangunkan alatan untuk memberi ketelusan dan kawalan ke atas cara data mereka digunakan dan kami mereka bentuk setiap produk dan ciri baharu dengan mengambil kira privasi," kata Meta dalam satu kenyataan yang diterbitkan oleh penyiar awam Australia ABC.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 26 2023

Syarikat induk Facebook, Meta didenda AUD20 juta (AS$13.5 juta) di Australia. - Gambar/ Reuters

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Meta dilapor merancang pembangunan robot
Terkini, Meta dilaporkan sedang merancang untuk memasuki kategori baharu, iaitu pembangunan robot berbentuk manusia.

Meta berjaya hasilkan mesin menaip dengan membaca fikiran manusia seakan Cerebro X-Men
Ia dibangunkan untuk pesakit ALS berhubung tanpa perlu menggunakan papan kekunci fizikal.

Mark Zuckerberg ingin bawa perubahan kepada Facebook dengan penawaran seperti versi asal
Mark Zuckerberg mengatakan ingin mengutamakan pada tahun ini untuk mengembalikan pengalaman "OG Facebook".

Meta akan bangunkan jurutera AI untuk tulis kod
Ini sekali gus akan membantu dalam membangunkan fungsi dan produk baharu dengan lebih pantas berbanding sedia ada.

Meta mulakan ujian paparan pengiklanan di Threads
Meta mengatakan ia diuji secara terhad, dan melibatkan sejumlah kecil pengiklan sahaja buat masa ini.

Meta dalam proses akhir peroleh lesen kelas ASP - Fahmi
Syarikat induk Facebook dan Instagram itu sedang menyiapkan dokumentasi untuk memenuhi keperluan perundangan khas sebagai sebahagian daripada proses pelesenan itu.

Microsoft, Google dan Meta dilapor tangguh pembelian cip Nvidia GB200
Ia berkait dengan isu pemanasan dan pepijat pada sambungan cip, walaupun Nvidia mengatakan isu ini telah diselesaikan.

Meta ingin tambah perkongsian bot AI pada Facebook, Instagram
Meta berkata langkah ini adalah dalam usaha menjadikan platform di bawah mereka lebih menarik dan mempertingkatkan interaksi.

Ireland denda Meta 251 juta euro atas pelanggaran data Facebook
Pelanggaran itu disebabkan oleh kelemahan dalam fungsi muat naik video pada ciri 'View As' Facebook, yang mendedahkan data peribadi sensitif.

Meta rancang bangunkan kabel dasar laut global sepanjang 40,000 kilometer
Projek ini dijangka memerlukan lebih AS$10 bilion untuk melaksanakannya.