Legoland Malaysia Resort akan menonjolkan hidupan laut dalam aquarium di taman temanya di sini bagi menarik lebih ramai pelancong.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri, Datuk Tee Siew Kiong berkata Legoland Malaysia telah memperuntuk RM50 juta untuk merealisasikan fasa pertama projek itu yang akan memulakan kerja pembinaan minggu depan.
"Projek bertemakan kekeluargaan yang menjanjikan pengalaman baharu serta menarik ini merupakan kerjasama dengan pengusaha aquarium global terbesar dunia Merlin Entertainment Group and Theme Attaractions.
"Ia akan dilaksanakan secara berperingkat dan mengambil masa setahun untuk disiapkan. Pengumuman selanjutnya akan dibuat oleh Legoland Malaysia pada suku ketiga tahun ini," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan Hari Ulang Tahun Star Wars yang ke-40 di taman tema itu hari ini.
Tee berkata pihaknya menyambut baik inisiatif seperti itu memandangkan antara kluster pembangunan daerah Johor Bahru ialah untuk menarik lebih ramai pelancong menerusi taman tema.
Dalam masa sama, beliau juga melihat inisiatif itu sebagai satu komitmen dan transformasi Legoland dalam mengikut kehendak pasaran pelancong.
Tambahnya sejak dibuka mulai 2012, Legoland Malaysia telah secara konsisten menambah tarikan dan pengalaman baru kepada pelancong setiap tahun termasuk memperkenalkan Taman Tema Air, Hotel Legoland, Ninja Go dan kini Star Wars.
Tahap penginapan di hotel pula sentiasa mencatatkan lebihan tempahan pada musim-musim kemuncak iaitu cuti persekolahan serta hari kelepasan am, manakala hari biasa merekodkan tempahan sebanyak 75 peratus.
Beliau berkata berikutan sambutan yang mengalakkan, Legoland turut merancang menggembangkan perniagaan hotelnya pada masa depan.
Tee menyeru pengusaha produk pelancongan agar sentiasa menaik taraf daya tarikan masing-masing demi memastikan mereka berdaya saing di persada global.
Sementara itu, Pengarah Operasi Legoland Malaysia, Casper Bonavent berkata hari ulang tahun tahun Star Wars itu akan berlangsung mulai hari ini hingga 31 Mei.
Ia menampilkan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga sertai termasuk Imperial March, Star Wars Miniland Live, Jedi Academy, Spot The Stormtrooper dan Star Wars Trivia Hunt.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 13 2017

Datuk Tee Siew Kiong dan Pengarah Operasi Legoland Malaysia Casper Bonavent bersama peminat setia filem Star Wars yang memperagakan kostum pelbagai watak adiwira filem berkenaan sempena 'Star Wars day 2017' di Legoland hari ini. - Foto Bernam

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kerajaan setuju secara dasar luluskan permohonan MOTAC, SOP perlu diperincikan
Kerajaan bersetuju secara dasar untuk meluluskan permohonan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk membuka aktiviti pelancongan termasuk aktiviti outdoor.

Taman tema komited bantu kerajaan rancakkan semula pelancongan domestik
Selain mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan, taman tema tersebut juga mengehadkan kapasiti resort itu kepada 30 peratus daripada kapasiti biasa.

Tiada perbincangan jual Legoland - Khazanah
"Semua aset kami mempunyai nilai, namun jika ada pihak yang hadir menawarkan nilai hebat untuk aset kami, menjadi tanggungjawab kami untuk menilai sama ada pulangan itu baik untuk pelaburan baharu,-

PUC muncul kaunter paling aktif di Bursa
Ini susulan pengumuman cadangan untuk membeli satu pertiga saham dalam syarikat perkhidmatan pengimejan kepada Kidzania dan Legoland Malaysia.

Awal Ashaari & Sherry Al-Hadad sedih tinggalkan Famili LEGOLAND
Hos Famili LEGOLAND, Awal Ashaari dan Sherry Al Hadad sedih kerana terpaksa meninggalkan Famili LEGOLAND.

Legoland Malaysia bakal perkenal hidupan laut aquarium tahun depan
Legoland Malaysia Resort akan menonjolkan hidupan laut dalam aquarium di taman temanya di sini bagi menarik lebih ramai pelancong.

Tripadvisor: Legoland Malaysia Resort hotel nombor satu untuk keluarga
Tripadvisor Travellers' Choice 2016 memilih Legoland Malaysia Resort sebagai hotel terbaik dalam kategori hotel untuk keluarga.

Legoland Malaysia labur lebih RM6 juta untuk model Star Wars
Legoland Malaysia Resort melabur lebih RM6 juta untuk daya tarikan terbaharunya, paparan model 'Lego Star Wars Miniland.

'Simplysiti Dihati' bantu pesakit jantung kanak-kanak
Kempen Simplysiti Dihati berjaya mengutip RM57,166 dari lima lokasi yang dijalankan diseluruh negara.

Tukar Minfigure anda dengan 'Model Citizens'
Melihat Lego Minifigures anda yang sama sahaja setiap hari pasti membosankan dan mungkin anda ada terfikir untuk membeli yang baru.