Khazanah Nasional Berhad mempertimbangkan untuk menjual pegangan dalam taman tema Legoland jika urus niaga itu memberikan pulangan modal tinggi.
Menurut Pengarah Urusannya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, bagaimanapun berkata, sehingga kini belum ada sebarang perbincangan ke arah penjualan berkenaan.
"Kami belum belum berbincang dengan mana mana pihak setakat ini dan tiada pihak yang tampil membuat tawaran," katanya ketika dalam pembentangan Semakan Tahunan Khazanah di sini pada Selasa.
Dalam masa sama, beliau berkata, pulangan modal yang tinggi juga amat penting bagi penerokaan pelaburan baharu buat syarikat pelaburan kerajaan itu.
Penerokaan itu, jelas beliau, termasuk dalam sektor sedia ada mahupun baharu.
“Semua aset kami mempunyai nilai, namun jika ada pihak yang hadir menawarkan nilai hebat untuk aset kami, menjadi tanggungjawab kami untuk menilai sama ada pulangan itu baik untuk pelaburan baharu,” jelas beliau.
Bagaimanapun, Shahril berkata, Legoland mencapai kejayaan yang hebat dengan keuntungan sebelum cukai, faedah, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) serta keuntungan yang positif.
“Akan ada masa Khazanah perlu juga memikirkan soal pelaburan semula. Kami boleh lakukan pelaburan dalam sektor baharu melalui pelupusan pegangan," tambah beliau.
Shahril Ridza berkata demikian sebagai mengulas laporan Bloomberg yang memetik sumber bahawa Khazanah sedia melepaskan pegangan dalam taman tema di Johor itu bernilai RM1 bilion.
Legoland dimilik oleh unit Khazanah dan diselia oleh Merlin Entertainments Plc.
BACA: Khazanah Nasional Berhad rugi RM6.3 bilion
Najib Aroff
Tue Mar 05 2019

Taman tema Legoland dimilik oleh unit Khazanah dan diselia oleh Merlin Entertainments Plc. - Foto fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Tiada perbincangan jual Legoland - Khazanah
"Semua aset kami mempunyai nilai, namun jika ada pihak yang hadir menawarkan nilai hebat untuk aset kami, menjadi tanggungjawab kami untuk menilai sama ada pulangan itu baik untuk pelaburan baharu,-

Khazanah Nasional Berhad rugi RM6.3 bilion
Khazanah Nasional Berhad merekodkan kerugian sebelum cukai RM6.3 bilion pada 2018 berbanding untung sebelum cukai RM2.896 bilion tahun sebelumnya.

Tunku Alizakri dilantik ketua pegawai eksekutif KWSP baharu
Tunku Alizakri sebelum ini turut bertanggungjawab memastikan kesemua cadangan pelaburan mengikuti garis panduan dan urus tadbir KWSP.

Ini sebab kenapa dividen KWSP tertinggi sejak 1997
Faktor kenapa dividen #KWSP paling tinggi sejak 1997.

Dividen KWSP lebih tinggi jika Bursa Malaysia kembali tinggi tahun ini
Bagi 2016, dividen sedikit rendah susulan wujud susut nilai akibat prestasi Bursa Malaysia yang secara purata susut 3 peratus tahun lepas.

KWSP pertingkat dana Simpanan Shariah mulai 2018
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan meningkatkan jumlah dana Simpanan Shariahnya sebanyak RM20 bilion ke RM30 bilion setahun mulai 2018.

KWSP peruntuk dana permulaan RM100 bilion bagi Simpanan Shariah
Jumlah ini merupakan lebih kurang 15 peratus daripada keseluruhan jumlah aset pelaburan KWSP RM681.71 bilion.

3 intipati Laporan Tahunan KWSP 2015
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini membentangkan Laporan Tahunan 2015.

KWSP dijangka tingkat pelaburan domestik 2016
KWSP dijangka meningkatkan pelaburan domestiknya, terutama di dalam aset inflasi.

KWSP sasar tingkat aset asing kepada 27 peratus
KWSP berhasrat untuk meningkatkan aset asingnya kepada 27 peratus dalam masa dua tahun bagi mengembangkan lagi kepelbagaian portfolionya.