Kempen ‘Simplysiti Dihati’ berjaya mengutip RM57,166 dari lima lokasi yang dijalankan diseluruh negara.
Kutipan dari penjualan produk kosmetik milik Datuk Siti Nurhaliza itu disumbangkan kepada tiga kanak-kanak pesakit jantung.
Siti bersyukur sasaran kempen tercapai dan berharap dapat membantu lebih ramai golongan yang kurang bernasib baik.
Siti berkata, "Dari segi kepuasan, saya bersyukur kerana walaupun Simplysiti masih baru dipasaran kurang daripada lima tahun tetapi kami mampu sama-sama membantu masyarakat selain daripada menjual produk di pasaran, saya rasa perlu ada matlamat dalam apa sahaja kita buat tak kira kalau saya menyanyi saya ada merancang untuk kerja-kerja kebajikan."
Siti meluangkan masa bersama dua daripada tiga kanak-kanak tersebut di Taman Tema Legoland Malaysia, Johor.
‘Simplysiti Dihati’ merupakan salah satu projek tanggungjawab sosial jenama tersebut dengan kerjasama Yayasan Insititut Jantung Negara (IJN).
Ia bakal menampung sebahagian daripada kos pembedahan ketiga kanak-kanak berkenaan yang bernilai RM80,000.
Pegawai agihan dana dan projek khas Yayasan IJN , Mohd riza sidek pula berkata, "Bantuan-bantuan yang kita perlukan sebenarnya banyak,dan ada banyak cara untuk membantu disamping wang ringgit dan kita pun ada pelajar-pelajar kolej yang membuat program yang tidak ada dana yang besar untuk membantu tetapi dia membantu secara moral maknanya dia membuat kerja-kerja amal seperti dia datang ke IJN"
Ini adalah kerjasama kedua Simplisity dengan Yayasan IJN.