MUSIM sekarang ini, apabila membawa anak makan di luar, kebanyakan ibu bapa akan memilih kerusi bayi atau 'baby chair'.

Ini untuk keselesaan anak duduk dan makan terutama bagi yang berusia antara 8 bulan hingga 2 tahun.

Namun pernah tidak ibu bapa lap dulu 'baby chair' tersebut sebelum letak anak?

Jika sebelum ini kita terus angkat dan dudukkan anak, selepas ini sebaiknya lap dulu permukaan meja dan kerusi tersebut sebelum letakkan anak.

Ini bagi mengelakkan berlaku jangkitan kuman. Maklumlah apabila berada di tempat awam sekarang ini, perlu peka dengan keadaan semasa lagi-lagi ketika membawa anak kecil.

Malah kita yang dewasa ini juga perlu amalkan langkah kebersihan juga.

Sebaiknya sebelum duduk di meja makan, guna tisu basah dan lap dulu sebelum menikmati makanan. Memang nampak dah bersih, cuma apa salahnya lap sekali lagi kan?

Seperti yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia, kaji selidik menunjukkan permukaan meja bayi di restoran lebih kotor daripada meja biasa. Dan sebaik-baiknya lap dahulu sebelum guna.

Jika anda ingin menggunakan kerusi tinggi untuk bayi anda di restoran pastikan ia dibersihkan terlebih dahulu dengan cecair pembersih.

Permukaan yang bersih jangan disangka suci tanpa kuman, untuk keselamatan bayi anda, lap dahulu dengan pembersih!

Kredit: Public Health Malaysia

* Artikel asal disiarkan di Pa&Ma.



** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!