Kerajaan belum bersedia mewajibkan penggunaan kerusi bayi dalam kenderaan atas faktor kos, ekonomi dan tahap kesedaran masyarakat yang masih rendah.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata faktor kesedaran perlu diutamakan dan diberi didikan terlebih dahulu memandangkan ramai ibu bapa yang masih sambil lewa berhubung penggunaan kerusi berkenaan.
"Kita perlu bimbing mereka tentang pentingnya tahap kesedaran dan keutamaan kerusi bayi ini di dalam kenderaan sewaktu perjalanan. Ibu bapa kena faham kenapa bayi memerlukan kerusi sendiri.
"Lemahnya kesedaran ini memudaratkan lagi kempen keselamatan yang kita jalankan dan ini dapat dilihat dalam pelbagai kejadian kemalangan yang sering berlaku sebelum ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu peringkat kebangsaan sempena Aidilfitri 2015 di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini, pada Sabtu.
Liow menjelaskan, faktor kos kerusi bayi yang mahal turut diambil kira oleh kerajaan dalam melaksanakan peraturan itu bagi mengelak ia memberi impak kepada sosioekonomi mereka, khususnya sesetengah keluarga yang kurang berkemampuan.
"Saya difahamkan, kerusi bayi ini dijual dalam lingkungan ratusan dan mencecah ribuan ringgit. Kita tidak mahu menambah beban ibu bapa yang berhadapan dengan pelbagai masalah kewangan dan pendapatan.
"Kerana itu kita tidak boleh kuat kuasakan penggunaan kerusi bayi ketika ini," katanya.
Liow turut menafikan laporan kononnya kerajaan akan menguatkuasakan penggunaan kerusi bayi tersebut menjelang 2017 dan sebaliknya menjelaskan kerajaan bercadang untuk melaksanakannya pada 2019.
Beliau berkata perkara ini disandarkan melalui kempen keselamatan berterusan termasuk kesedaran perlunya penggunaan dan pemilikan kerusi bayi yang perlu disokong dan diberi kerjasama sepenuhnya oleh semua pihak.
Mengulas mengenai pemakaian tali pinggang tempat duduk belakang, Liow berkata kajian mendapati hanya tujuh hingga sembilan peratus pengguna yang patuh kepada arahan tersebut sejak dikuatkuasakan pada 2009.
"Kita tidak boleh terus begini kerana ia membabitkan keselamatan dan nyawa. Rakyat perlu ingat dan sedar akan tanggungjawab mereka. Kalau boleh pakai di tempat duduk depan, kenapa tidak di belakang?
"Tahap kesedaran masih rendah berbanding 90 peratus yang memakainya ketika duduk di hadapan. Kempen keselamatan tidak akan berjaya kalau hanya berharap pada pemantauan dan penguatkuasaan semata-mata," katanya.
Menyentuh kempen keselamatan yang dilancarkan, Liow berkata pihaknya menyasarkan untuk menurunkan kadar kematian 10 peratus setiap tahun walaupun bilangan kenderaan semakin meningkat ketika ini.
Beliau berkata sasaran itu disandarkan dan diyakini dapat dicapai memandangkan indeks kematian bagi setiap 10,000 kenderaan telah menurun daripada 4.51 kematian pada 2004 kepada 2.90 kematian pada 2013.
"Saya percaya indeks ini akan mencatatkan penurunan setiap tahun sekiranya kita berganding bahu dan menjalankan tanggungjawab masing-masing," katanya.
Ops Hari Raya tersebut bermula hari ini sehingga 25 Julai depan dengan kira-kira 3,000 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ditugaskan di lokasi tertentu selain kerjasama Bahagian Penguatkuasaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan dan kematian jalan raya.
Bernama
Sat Jul 11 2015

LIOW: Kerajaan belum bersedia mewajibkan penggunaan kerusi bayi dalam kenderaan atas faktor kos, ekonomi dan kesedaran masyarakat masih rendah.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Operasi Khas Tahun Baharu Cina: JPJ keluarkan lebih 100,000 notis kesalahan
Notis dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 429,423 kenderaan dan daripada jumlah itu, sebanyak 724 kenderaan telah disita.

Ops Tunggak: 182 pemandu, 163 kenderaan ada rekod saman tertunggak
Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata selain itu sebanyak 16 kenderaan dari Thailand telah disita sepanjang tempoh berkenaan.

Enam maut dalam kemalangan di Semporna-Tawau
Enam termasuk seorang bayi lelaki maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Kalumpang, Semporna-Tawau petang tadi.

Dua maut, lima cedera dalam nahas tiga kenderaan
Kesemua mangsa diserahkan kepada pihak KKM dan kes kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Kereta jenama China akan kuasai satu pertiga pasaran global menjelang 2030 - Kajian
Jenama kereta China dijangka akan menguasai satu pertiga pasaran global menjelang 2030 dan pada masa itu, mereka akan menjual sembilan juta kenderaan setahun di luar China.

Seorang maut, 18 cedera dalam letupan bom di Yala
Seorang wanita maut manakala 18 lagi termasuk lapan anggota polis cedera dalam letupan bom kereta di Yala, selatan Thailand pada awal pagi Ahad.

Op Lancar 2024: Hampir 100,000 kenderaan memasuki LPT dalam tempoh dua hari
Sebanyak 91,700 kenderaan menggunakan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) sepanjang dua hari pelaksanaan Op Lancar Hari Perayaan Aidiladha 2024.

Pengguna perlu waspada penipuan ketika beli kenderaan terpakai
Peniaga kereta import terpakai (recond) atau kereta terpakai tempatan seharusnya bersikap jujur, untuk tidak menipu pengguna tentang keadaan sebenar kenderaan.

Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya setakat 5 petang
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat 5 petang ini, ekoran pertambahan kenderaan sempena cuti Aidilfitri.

Pengusaha stesen minyak perlu bersedia hadapi peningkatan kenderaan
Pengusaha perlu membuat persediaan awal bagi memastikan bekalan minyak mencukupi bagi kegunaan semua kenderaan.