Pulau Pangkor yang kini berstatus pulau bebas cukai antara destinasi pelancongan terkemuka kerana selain keindahannya, ia mempunyai beberapa peninggalan sejarah antaranya Kota Belanda di Teluk Gedung.
Namun, kunjungan ke pulau itu ibarat tidak lengkap jika tidak menikmati makanan 'signature' yang cukup terkenal kerana keunikan serta kelazatannya iaitu laksa mi Pangkor.
Berbeza dengan laksa utara atau asam laksa, laksa mi Pangkor ini menggunakan mi khas berwarna putih dihidang dengan sup ikan, sotong, udang atau ketam yang jernih selain sambal serta sayur tumis selalunya kacang panjang dan lobak sebagai pelengkap.
Menurut seorang peniaga di Teluk Gedung, Noraimi Hashim, 48, beliau kini menyambung perniagaan laksa mi warisan ibu saudaranya yang diusahakan sejak 30 tahun lalu kerana merasakan makanan tradisi penduduk pulau itu wajar dikekalkan.
"Laksa mi antara menu sarapan wajib penduduk, sama ada yang dewasa ataupun kanak-kanak memang suka makan. Pelancong pun ramai cuba apabila diberitahu kalau datang Pangkor kena cuba," katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.
Berkongsi cara penyediaan, Noraimi berkata ia amat mudah berbanding penyediaan laksa jenis lain, beliau terlebih dahulu merendam mi laksa kering seawal pukul 4.30 pagi sebelum merebusnya selama 40 minit atau sehingga lembut dan mula berjualan seawal 7 pagi hingga tengah hari.
"Selepas itu, cuci dan tos beberapa kali untuk hilangkan rasa kapur pada mi yang dijual dalam paket 250 gram setiap satu dan ia sukar didapati di kedai-kedai biasa. Setiap hari saya menggunakan sehingga 15 paket terutama kalau hujung minggu atau hari cuti," katanya.
Mengenai sup yang disajikan di gerai Mak Uda, ibu empat anak itu berkata beliau lebih gemar menggunakan udang kerana rasanya yang manis selain turut menyediakan kuah laksa biasa sebagai pilihan kepada pelanggan
"Tak sukar untuk masak sup ini kerana ikan, ketam atau udang hanya direbus dengan asam keping dan letak garam," katanya sambil menambah bekalan diperoleh dari pasar pagi di pulau itu.
Menurut Noraimi, keistimewaan yang memberikan rasa berbeza pada laksa mi itu adalah sambal yang ditumis darat selain sayur tumis mengikut citarasa masing-masing termasuk tahap kepedasan.
Bercerita keistimewaan laksa air tangannya, Noraimi berkata di pulau peranginan itu hanya gerai Mak Uda menghidangkan laksa mi dengan telur rebus separuh masak sebagai pilihan kepada pelanggan dengan harga RM3 sepinggan.
Sementara itu, seorang penduduk tempatan Normala Shamsuddin, 36, berkata setiap kali sarapan, laksa mi adalah pilihannya, malah ia menjadi ikutan dua anaknya yang berumur tujuh dan 11 tahun.
Menurut pembantu tadbir itu, laksa mi juga hidangan wajib setiap kali hari raya di kebanyakan rumah di Pangkor.
"Kalau ada kawan-kawan dari luar datang ke Pangkor, memang akan suruh cuba laksa mi ini sebab ia tiada di tempat lain," katanya yang gemar meletakkan kicap pada hidangan itu.
--BERNAMA
Bernama
Tue Jan 28 2020
Noraimi Hashim, 48, menunjukan Laksa Mi Pangkor yang dijual di Gerainya di Telok Gadong. - Bernama
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 2 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PRK Sg Bakap: Gabungan gerak kerja BN-PH beri peluang cerah kepada Cikgu Joohari
Jentera BN-PH telah bergerak secara menyeluruh di kawasan DUN Sungai Bakap, untuk mendekati seramai mungkin pengundi bagi membantu kempen calon PH itu.
250,000 warga Palestin terjejas perintah pengosongan di Khan Younis - UNRWA
Kira-kira 250,000 warga Gaza terjejas oleh perintah pengosongan yang dikeluarkan oleh Israel baru-baru ini.
Majlis Mineral Negara setuju cadangan tempoh minimum kelulusan pajakan melombong
Cadangan itu merupakan langkah mewujudkan persekitaran industri mineral yang kondusif dan menyokong perkembangan industri.
Lebih 100 terbunuh dalam rempuhan di Uttar Pradesh, India
Lebih 100 orang dilaporkan terbunuh dan ramai lagi cedera dalam rempuhan semasa satu perhimpunan keagamaan Hindu di negeri Uttar Pradesh.
Tumpuan Rabu – 03 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan setuju benarkan PMKS keluarkan e-Invois yang disatukan - Menteri Kewangan II
Kerajaan bersetuju membenarkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mengeluarkan e-Invois yang disatukan iaitu yang menggabungkan semua urus niaga jualan setiap bulan.
SPRM nafi Azam Baki terlibat dalam penyebaran tomahan babitkan agensi penguat kuasa
SPRM menafikan Ketua Pesuruhjaya agensi berkenaan Tan Sri Azam Baki terlibat dalam penyebaran tohmahan membabitkan agensi kerajaan dan media yang tular baru-baru ini.
Kemasukan matrikulasi: Tidak jejas kuota Bumiputera
Jelas beliau, tindakan yang dibuat di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan memerlukan keberanian dalam kepimpinan.
Laksa mi jadi 'signature' unik Pulau Pangkor
Pulau Pangkor yang kini berstatus pulau bebas cukai antara destinasi pelancongan terkemuka kerana selain keindahannya, ia mempunyai beberapa peninggalan sejarah antaranya Kota Belanda di Teluk Gedung.