SEGMEN National Costume merupakan antara segmen utama yang dipertaruhkan di pentas Miss Universe dan pastinya pelbagai rekaan ekstravagan akan dipertontonkan oleh para peserta pelbagai negara.
Jika tahun lalu, Miss Universe Malaysia 2018, Jane Teoh membawa aspirasi Perahu Bangau dan Miss Universe Malaysia 2017 Samantha Kayty menggayakan busana Nasi Lemak, pada tahun ini pula, Shweta Sekhon, 22, akan menggayakan kostum bertema A Peranakan Indulgence (Mendalami Budaya Peranakan) yang diinspirasikan daripada elemen Baba dan Nyonya.
Menerusi majlis yang diadakan di ibu kota pada Selasa, pihak pengurusan Miss Universe Malaysia turut mempersembahkan gaun malam yang akan digunakan Shweta pada pertandingan tersebut.
Ini sekali gus menjadikan Shweta antara perwakilan negara paling awal yang mendedahkan kedua-dua rekaan yang bakal memeriahkan acara Miss Universe 2019 yang akan berlangsung di Tyler Perry Studios, Atlanta, Amerika Syarikat tanggal 8 Disember depan.
Kedua-dua busana tersebut merupakan olahan idea pereka fesyen tempatan, Carven Ong.
Ketika dihubungi Astro AWANI, Carven mendedahkan bahawa keunikan Peranakan diangkat kerana keistimewaannya yang tersendiri dan pihaknya menjalankan kajian menyeluruh untuk memastikan idea ini mampu direalisasikan sebaik mungkin.
“Kaum Peranakan punya sejarah yang sangat tinggi nilai estetikanya dan ini dapat dilihat menerusi penghasilan seni pakaiannya, maka ini yang kami rancang di peringkat awal.
“Saya gunakan konsep ini dan menggayakan setiap perincian dengan yang melambangkan kepelbagaian di Malaysia termasuk penggunaan kain sarung, songket dan dimasukkan dengan aksesori-aksesori berwarna terang dan semestinya ini melambangkan keraian," ujarnya.
Jelas Carven lagi, kostum seberat 28 kilogram ini disiapkan dalam tempoh tiga bulan bagi memastikan bahan yang digunakan tidak membebankan Shweta yang akan menggayakannya dan semestinya ia mampu beri saingan hebat kepada delegasi lain yang turut serta.
Keindahan pantai
Apabila ditanya mengenai rekaan gaun petangnya yang dinamakan Ocean Diva ini pula, Carven berkata ia diinspirasikan daripada keindahan pantai-pantai di Malaysia.
“Malaysia bukan sahaja dikenali kerana keunikan kita malah pantai-pantai di Malaysia selalu menjadi pilihan pelancong dan inilah yang menjadi ilham untuk saya menghasilkan sesuatu yang berbeza untuk Shweta.
“Kebiasaannya, wakil setiap negara saban tahun memilih untuk menggayakan gaun yang sarat dengan manik serta sulaman yang menaikkan sesuatu rekaan gaun itu, namun saya merasakan penting untuk saya bawakan kelainan untuk Shweta kali ini," jelasnya.
Ocean Diva menampilkan olahan kreatif Carven Ong dengan gabungan tiga dimensi (3D) dan alam semula jadi.
Warnanya yang tidak begitu terang jelas mampu menaikkan imej Shweta. Namun, ketika ditanya mengenai kritikan yang diterima setakat ini, Carven berkata sukar untuk memuaskan hati ramai pihak dan pasti ada sahaja kekurangan dalam setiap penghasilan.
“Kita hanya fokus untuk memastikan Shweta mampu beraksi dengan baik dalam olahan kreatif ini. Sekiranya ada kritikan, saya menganggapnya sebagai motivasi untuk saya menghasilkan rekaan yang lebih baik di masa akan datang," kata pereka itu.
Kostum bercerita
Bagi Shweta yang kini dalam persiapan akhir sebelum berlepas ke negara Uncle Sam berkata, dia berbangga kerana berpeluang mempamerkan imej kepelbagaian warna, tradisi dan makanan Malaysia di pentas dunia.
“Apa yang anda lihat merupakan sebuah penghasilan seni yang melambangkan keunikan Malaysia dengan cukup baik, sememangnya saya mahu nama Malaysia diangkat ke satu peringkat yang membanggakan dan saya merasakan kostum ini cukup menceritakan segalanya tentang negara kita,” katanya.
“Peranakan punya keindahan budaya yang unik baik daripada aspek pakaian dan makanan, jadi dengan pengolahan sebegini, ia bukan sahaja mengangkat keunikan kaum Peranakan malah menjadi bukti kepada kepelbagaian bangsa di Malaysia yang hidup dengan aman dan harmoni,” tambahnya.
Apabila ditanya mengenai gaun malam yang bakal digayakan, Shweta akui melakukan perbincangan dengan Carven Ong mengenai konsep yang ditonjolkan gaun berwarna 'nude' ini dan pihaknya sedia menerima sebarang maklum balas terhadap rekaan ini.
“Kami memilih inspirasi Queen of Ocean dengan meletakkan kerang sebagai lambang kepada keindahan pantai-pantai di negara kita, saya cukup teruja dengan penghasilan ini dan berharap agar ia diterima baik oleh anda semua.
“Jika ia dikritik, tiada apa yang boleh saya lakukan kerana ini bukan masanya untuk saya fokus kepada kritikan yang sekadar melemahkan semangat dan motivasi saya untuk mewakili Malaysia, saya akan terus fokus dan saya berjanji akan menyarungkan kedua-dua busana ini dengan penuh semangat dan iltizam bagi memastikan nama Malaysia bergema di Atlanta kelak, mudah-mudahan," terangnya.
Shweta turut berkongsi bahawa pihak organisasi Miss Universe sering melakukan perubahan di saat akhir dan ketika ditanya apakah akan ada 'secret gown' untuk malam finale kelak, jawapannya ringkas, semua itu bergantung kepada pihak organisasi.
"Sekiranya ada perubahan, kita akan bersedia. Sekiranya tiada sebarang perubahan, inilah yang akan saya gayakan nanti," kata Shweta.
Shweta antara peserta favorite yang sering menghiasi ratusan “Hot Picks Miss Universe 2019” baik di laman Instagram, Facebook, YouTube dan Twitter.
Selain Shweta, beberapa perwakilan dari negara Asean yang sering meraih perhatian adalah Frederika Alexis Cull (Indonesia), Hoang Thuy (Vietnam) Gazini Ganados (Filipina) dan Paweensuda Drouin (Thailand).
Miss Universe edisi ke-68 ini bakal menyaksikan penyertaan 93 peserta seluruh dunia dan merupakan penampilan pertama wakil dari Bangladesh dan Equatorial Guinea.
Antara lain pihak pengurusan Miss Universe Organization juga bakal memperkenalkan mahkota baharu rekaan Mouawad untuk edisi kali ini.
Tahun lalu Catriona Gray dari Filipina dinobat sebagai Miss Universe 2018 menyaksikan negara itu merangkul kejuaraan kedua sejak Miss Universe Organization diambil alih oleh WWE/IMG Talent Agency.
Syafik Shukri Jalil
Thu Nov 14 2019
Shweta sedia menggayakan kostum kreatif hasil sentuhan Carven Ong ini di pentas berprestij. - Instagram / Miss Universe Malaysia
#AWANIRingkas 29 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 29 Disember 2024
1️⃣ Penganalisis jangka kontrak niaga FBM KLCI meningkat
2️⃣ Optimis usaha galak kerjasama serantau dengan China
3️⃣ Wajibkan peranti dijual di EU hanya guna pengecas USB-C
#awaniringkas
1️⃣ Penganalisis jangka kontrak niaga FBM KLCI meningkat
2️⃣ Optimis usaha galak kerjasama serantau dengan China
3️⃣ Wajibkan peranti dijual di EU hanya guna pengecas USB-C
#awaniringkas
AWANI Pagi: Kepentingan undang-undang bencana
Ikuti diskusi bersama Penasihat Undang-Undang Bencana IFRC, Padmini Nayagam mengenai kesiapsiagaan undang-undang bencana, 20 tahun selepas Tsunami terburuk melanda dunia.
JPS ramal banjir melanda Kuantan, Pekan dan Rompin
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) meramalkan banjir membabitkan Kuantan, Pekan dan Rompin.
FBM KLCI dijangka meningkat
Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI di Bursa Malaysia Derivatives dijangka terus meningkat minggu depan, disokong oleh aktiviti memperelokkan akaun akhir tahun.
Cuaca 2024: Rekod cuaca ekstrem dan usaha peralihan hijau
Tahun 2024 mencatatkan bencana cuaca ekstrem global, kerugian trilion dolar, dan usaha peralihan hijau dengan China memimpin pembangunan tenaga boleh diperbaharui.
Kanak-kanak di zon konflik: Krisis global yang memburuk
Lebih 473 juta kanak-kanak hidup di kawasan konflik, menghadapi trauma, kekurangan zat makanan, dan kehilangan pendidikan. Gaza menjadi simbol mimpi ngeri kanak-kanak dunia.
Terima kasih atas segalanya, selamat maju jaya - Akhyar Rashid
Tonggak Terengganu, Akhyar, dalam satu ciapan X, berterima kasih kepada Pau Marti atas jasanya mengemudi Harimau Malaya.
Ringgit dijangka melemah di penghujung tahun
Ringgit dijangka mencatat penurunan minggu depan akibat kebimbangan geopolitik, isyarat pasaran tidak menentu, dan sentimen berhati-hati pelabur.
Kekejaman zionis: Korban penduduk Palestin hampir cecah 45,000 orang
Serangan berterusan Israel di Gaza menyaksikan angka korban meningkat kepada 45,484 dengan lebih 108,090 cedera, melibatkan serangan udara ke atas kem pelarian Maghazi.
Undang-undang pengecas EU berkuatkuasa hari ini
EU laksanakan undang-undang pengecas USB-C, memaksa peranti baharu, termasuk iPhone, menggunakan piawaian ini. Peraturan ini dijangka memberi kesan global.
Kostum inspirasi Peranakan, gaun ilham pantai ke pentas Miss Universe 2019
Keunikan budaya Baba dan Nyonya serta keindahan pantai-pantai di Malaysia jadi inspirasi pakaian Shweta Sekhon.