KUALA LUMPUR:Ibu bapa harus mengambil maklum mengenai kesihatan anak-anak terutama ketika hujung tahun dan awal tahun hadapan bagi menghadapi risiko jangkitan influenza yang didorong oleh cuaca tidak tidak menentu.
Menurut Pakar Pediatrik Jesselton Medical Centre Kota Kinabalu, Dr Mohd Iqbal Iyen, jangkitan influenza ini boleh membawa kemudaratan kepada kanak-kanak, iaitu berisiko terkena sawan demam, komplikasi paru-paru malah kegagalan organ.
"Di negara kita setiap tahun bulan Disember, Januari dan Februari statistik memang tinggi disebabkan faktor musim tengkujuh, musim cuti sekolah dan perayaan.
"Komplikasinya, anak anda boleh kena sawan demam iaitu babitkan umur 3 bulan hingga enam tahun, komplikasi pada paru-paru yang jejaskan pernafasan. Dapatan juga menunjukkan 2 peratus kanak-kanak hadapi kagagalan fungsi organ," kata Dr Mohd Iqbal ketika ditemu bual Astro AWANI pada Khamis.
Beliau yang juga panel di Dr.Budak.com turut memaklumkan, penting untuk ibu bapa mengetahui simptom yang membezakan antara jangkitan influenza, demam biasa atau dijangkiti COVID-19.
Semakan suhu menjadi faktor utama untuk menentukan ia dikategorikan sebagai demam jenis apa.
"Simptom influenza ini dia akan demam dalam suhu tinggi (39 darjah Celsius atau lebih) dan dalam keadaan rapat dan kerap (suhu tinggi dicatatkan berselang 2 jam berbanding demam biasa, 38 darjah Celsius)," ujarnya.
Bagi demam biasa, ia akan berlarutan sehingga empat hari dan pulih serta suhunya pula adalah rendah iaitu di bawah 38 darjah Celsius.
Kanak-kanak pula masih lagi boleh aktif seperti mampu makan dan minum.
Namun, untuk mengenal pasti ia adalah demam disebabkan jangkitan COVID-19, berikut adalah perincian yang diberikan:
"80 peratus pesakit COVID-19 tidak mempunyai simptom, dan simptom bermula pada hari pertama hingga keempat dan disusuli dengan demam, batuk, selesema dan muntah dengan ciri dominan hilang deria rasa dan bau.
"Namun secara kasarnya, pesakit kanak-kanak yang positif COVID-19 akan mampu pulih dengan syarat dapatkan rawatan di hospital. Ada juga kes kematian melibatkan kanak-kanak, dan itu adalah kes terpencil," katanya.
Jelasnya dengan mengenal pasti jenis-jenis demam ini, ibu bapa boleh memikirkan apakah langkah susulan yang perlu diambil.
Hafizi Rosli
Thu Dec 24 2020

Jangkitan influenza ini boleh membawa kemudaratan kepada kanak-kanak iaitu berisiko terkena sawan demam, komplikasi paru-paru malah kegagalan organ - Gambar hiasan

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.

hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.