Kehadiran puteri sulung pasangan DiRaja, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan YM Che Puan Khaleeda banyak mengubah kehidupan Tunku Mahkota Johor.

Dalam temubual ekslusif dalam program temu bual 'Obviously Harith Iskander' (OHI) malam ini, Tunku Ismail berkata baginda lebih selesa pulang ke istana lebih awal untuk menghabiskan masa bersama, puterinya Tunku Kalsom Aminah Sofiah.

"Kebelakangan ini, selepas habis perlawanan, beta akan terus pulang ke istana untuk menatap wajah puteri beta. Beta akan selalu luangkan masa di istana dan ini menggembirakan isteri beta," kata Tunku Ismail.

Tunku Ismail turut mengakui kelahiran Tunku Kalsom Aminah mebuatkan baginda lebih beremosi, lembut hati dan penyayang.

OHI
Tunku Kalsom Aminah Sofiah selamat dilahirkan di Wad Diraja, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 25 Jun lalu.

Rakaman episod ke-10 program OHI ini berlangsung di Pusat Penyiaran Asia Astro di Taman Teknologi Malaysia, di sini pada Sabtu.

TONTON VIDEO PENUH OBVIOUSLY HARITH ISKANDER DI SINI