KUALA LUMPUR: Kanak-kanak yang menghidapi disleksia iaitu mereka yang mempunyai masalah dengan membaca, menulis dan mengeja (3M) dan telah disahkan pakar perubatan, perlu mendapatkan kelas intensif disleksia dengan segera.
Presiden Persatuan Dyslexia Malaysia (PDM) Jamaliah Rahmat berkata langkah itu penting, supaya ia tidak mencederakan emosi kanak-kanak dan tidak merendahkan harga diri mereka, apabila tidak mampu menguasai 3M seperti kanak-kanak normal lain di sekolah.
"Asasnya, perlu faham ia bukan suatu penyakit, ia adalah neurodiversity yang tiada penawar untuk memulihnya, tapi dengan intervensi yang betul kita boleh berjaya dan kurangkan kesannya untuk jangka masa yang panjang.
"Apabila ibu-bapa sudah memahami keadaan itu, kanak-kanak disleksia ini akan dapat dibantu perkembangannya, setanding dengan kanak-kanak normal lain bahkan kekurangnya itu mungkin memberi kelebihan yang tidak ada pada kanak-kanak lain," katanya kepada Bernama sempena Sambutan Hari Malaysia peringkat PDM, yang dirasmikan bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam di sini, semalam.
Jamaliah turut berharap, stigma ibu bapa yang malu kerana anak-anak mereka disleksia perlu dikikis, kerana mereka hanya kekurangan dari segi pembelajaran, namun sekiranya dibantu pada peringkat awal prestasi mereka lebih baik, malah rekod membuktikan seseorang disleksia mempunyai kemahiran dan intelektual yang luar biasa.
Sementara itu, Jamaliah turut berharap Kementerian Pendidikan (KPM), memudahkan proses bagi ibu bapa kanak-kanak disleksia yang memohon pelepasan cuti belajar dari sekolah normal untuk suatu tempoh tertentu (tiga bulan sehingga setahun), bagi menghantar mereka ke kelas intensif disleksia dengan pihaknya.
"Disebabkan kekurangan kelas khas di sekolah bagi kanak-kanak disleksia, ada ibu-bapa yang memohon untuk menghantar anak mereka kepada kami, tapi tidak mendapat kebenaran daripada Pejabat Pendidikan Daerah.
"Sedangkan modul pembelajaran kanak-kanak disleksia tidak sama dengan murid pendidikan khas lain seperti sindrown down, yang memerlukan guru terlatih dan kompeten mengenai disleksia," katanya.
Sementara itu Musa berharap sistem pendidikan bagi kanak-kanak disleksia, harus disesuaikan mengikut peredaran masa dan penggunaan teknologi bagi meningkatkan kualiti pembelajaran, selain perlunya sokongan kewangan daripada pihak berwajib.
"Saya difahamkan sistem pendidikannya masih berteraskan sistem yang lama, sedangkan hal yang berkaitan dengan saintifik dan teknologi seperti pendigitalan dan penggunaan pembelajaran berasaskan kecerdasan buatan harus diterapkan," katanya.
Musa juga berharap kanak-kanak disleksia akan mendapat perhatian yang lebih meluas daripada kerajaan mahupun orang awam, kerana telah terbukti mereka sebenarnya boleh belajar dengan cepat daripada orang biasa dan telah ramai yang berjaya di peringkat yang lebih tinggi.
"Mereka (kanak-kanak disleksia) ini ialah golongan luar daripada biasa, jadi ia memerlukan kefahaman, kesabaran, dan sikap sayang dalam memahami dan mendidik mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 16 2022
Modul pembelajaran kanak-kanak disleksia tidak sama dengan murid pendidikan khas lain seperti sindrown down, yang memerlukan guru terlatih dan kompeten mengenai disleksia. - Gambar hiasan
Pemuda dituduh sebabkan kematian rakan pelatih Sekolah Henry Gurney
Muhammad Daniel Akmal, 21, dituduh menyebabkan kematian Che Ku Rizal Faqimi Che Ku Ridzuan, 19, di sekolah berkenaan pada 28 Januari 2020.
Pantau Belanjawan: Mendepani cabaran penuaan, bagaimana Malaysia boleh bersedia?
Laporan "A Changing Future, Anticipating Change: The Socio-economic Future of Malaysia's Changing Climate and Demoography" meramalkan penduduk Malaysia yang berumur 65 tahun ke atas akan berganda menjelang 2040, manakala perubahan iklim terus mengancam pertanian, bekalan air dan kawasan pantai. Bagaimana pembuat dasar, perniagaan dan rakyat boleh membuat persediaan menghadapi perubahan sosio-ekonomi yang akan datang terutama dalam konteks mendepani negara menua?
[TERKINI] Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dibunuh di Iran - Laporan
Sementara itu, Al Jazeera melaporkan pengawal Revolusi Iran memaklumkan, Ismail terbunuh bersama seorang pengawal peribadinya.
Kematian Baby Syifaa disebabkan tekanan pada leher - Mahkamah Koroner
Koroner berkata, kematian Nour Rania Asyifaa bukan satu kemalangan atau kecelakaan tetapi disebabkan tergantung di dalam buaian.
Paris 2024: Nadal-Alcaraz terus nyalakan impian emas
Duo Sepanyol itu diasak habis-habisan gandingan Belanda, Tallon Griekspoor dan Wesley Koolhof, sebelum merakamkan kemenangan 6-4, 6-6 (2-7), 10-2.
Sultan Nazrin berangkat ke sambutan Hari Pahlawan 2024 Negeri Perak
Majlis dimulakan dengan dendangan lagu kebesaran negeri Perak, diikuti pemeriksaan kawalan kehormatan utama oleh Sultan Nazrin.
[LAPOR LANGSUNG]: Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh dibunuh
Ketua politik pasukan pejuang Palestin Hamas, Ismail Haniyeh dilaporkan dibunuh di ibu negara Iran, Tehran.
Solat hajat, doa Qunut Nazilah seluruh negara Sabtu ini - Pas
Ismail Haniyeh sebelum ini mencadangkan 3 Ogos diisytihar sebagai hari solidariti terhadap penduduk Gaza dan tahanan Palestin di penjara Israel.
Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dibunuh di Iran - Laporan
Ismail Haniyeh dilaporkan dibunuh di ibu negara Iran, Tehran, lapor media antarabangsa sebentar tadi.
Rasuah projek hampir RM110 juta: Individu bergelar Datuk antara tiga ditahan
Ketiga-tiga lelaki berusia 40 hingga 60-an itu ditahan ketika hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM antara 6.30 hingga 7 petang, semalam.
Kanak-kanak disleksia perlu dapat kelas intensif dengan segera
Langkah itu penting supaya masalah itu tidak mencederakan emosi kanak-kanak dan tidak merendahkan harga diri mereka.