Pimpinan Hamas dalam satu kenyataan yang dikeluarkan mengesahkan Ismail dibunuh dalam satu serangan rejim Zionis di kediaman beliau di Tehran.
Sementara itu, Al Jazeera melaporkan pengawal Revolusi Iran memaklumkan, Ismail terbunuh bersama seorang pengawal peribadinya.
Kenyataan sama menambah siasatan berhubung pembunuhan pemimpin tertinggi Hamas itu akan diumumkan tidak lama lagi.
Difahamkan Ismail berada di Tehran untuk menghadiri upacara pelantikan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian.
Dalam masa sama, Al Aqsa TV melaporkan seorang pegawai Hamas mengutuk pembunuhan ketua kumpulan itu sebagai "tindakan pengecut yang tidak akan terlepas daripada hukuman."
Sementara itu seorang lagi pegawai Hamas Sami Abu Zuhri, menyatakan pembunuhan tersebut adalah satu peningkatan yang serius dan tidak akan mencapai matlamatnya.
Serangan pembunuhan tersebut berlaku selepas satu serangan oleh Israel ke atas Beirut, Lubnan, pada 30 Julai yang mengakibatkan kematian komander kanan Hezbollah, Fuad Shukr.
Setakat ini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut.