INGINKAN percutian lengkap hujung minggu? Johor menawarkan lebih daripada segalanya… lokasi pelancongan menarik, menu sajian signatur popular tempatan hinggakan penginapan terbaik bagi short escape anda!

Mungkin sebelum ini banyak yang highlight tentang percutian ekopelancongan di sini, tapi untuk artikel kali ini kami akan senaraikan kepada anda itinerari ‘the urban escapade’ yang memfokuskan lokasi wajib lawat di sekitar Johor Bahru.

#AWANIByte Staycation: Nak ke mana jika bercuti di Johor?

Sambil-sambil mengemas beg pakaian anda, sila scroll artikel ini bagi idea lokasi menarik di Johor yang akan menjadikan percutian anda lebih berbaloi dan menyeronokkan!

Sarapan pagi gaya lokal di LAPO JOHO

Selain hidangan sajian menyelerakan, suasana estetik di LAPO JOHO menjadikannya sebagai lokasi tumpuan bagi mereka yang gemar mengambil gambar OOTD.

Beroperasi dari pukul 7 pagi hingga 4 petang, LAPO JOHO menawarkan lebih daripada 50 vendor tempatan yang menyediakan pelbagai menu-menu autentik lokal untuk pengunjung yang hadir.

Jika datang ke sini, menu dicadangkan untuk anda cuba adalah laksa Johor homemade  dengan rasa yang sangat asli, botok-botok, soto ayam panggang bersama begedil, lontong dendeng dan nasi ambeng.


Juga jangan lupa untuk merasai keenakan kuih tradisional seperti jongkong, kuih bakar, tepung pelita, pulut panggang termasuk pelbagai seleksi kek dan pastri seperti peach strudel, cranberries scone, carrot cake dan red velvet.

Selain hidangan sajian menyelerakan, suasana estetik di LAPO JOHO menjadikannya sebagai lokasi tumpuan bagi mereka yang gemar mengambil gambar OOTD.

70 jenis pilihan makanan hanya di kafe NELI.BYNELLYSA

Terletak di Jalan Ekoflora, Johor Bahru kafe ini dibuka dari 10 pagi hingga 6.30 petang pada setiap hari Selasa hingga Ahad.

Menyediakan sebanyak 70 jenis pilihan makanan dan pemanis mulut daripada 40 vendor tempatan, NELI.BYNELLYSA pastinya menjadi lokasi yang wajib anda kunjung sekiranya berada di Johor.

Kafe dengan konsep estetik ini menjadi lokasi kegemaran untuk anda bersantai sambil menikmati sajian menu berat, western serta kuih-muih tradisional pada harga yang berpatutan.


Menu dicadangkan? Anda boleh cuba laksa Johor dengan citarasa asli, nasi daging salai, mi siam, bubur paru, tauhu begedil, kuih koci serta seleksi kek yang popular termasuk mango cheesecake, carrot cake, biscoff tart dan scone.

Kafe yang terletak di Jalan Ekoflora, Johor Bahru ini dibuka dari 10 pagi hingga 6.30 petang pada setiap hari Selasa hingga Ahad.

Spring Labs, Eco Palladium, OOTD seperti di Eropah?

Spring Labs menjadi tumpuan pelancong untuk bergambar kerana tempatnya yang seakan-akan seperti di negara Eropah.

Alang-alang dah berada di kafe NELI.BYNELLYSA, kita terus OOTD di Spring Labs, Eco Palladium yang dibangunkan seakan-akan berada di negara Eropah.

Hanya terletak kira-kira 30 minit dari pusat bandar raya Johor Bahru, Spring Labs menjadi lokasi tumpuan pelancong untuk bergambar di sekitar kawasan ini selain menikmati pelbagai sajian menarik di kafe hipster serta membeli-belah di kedai-kedai gaya hidup.

Taman tema mini yang mesra keluarga ini menjadi lokasi sesuai untuk bersantai pada hujung minggu.

Di sini juga mempunyai taman tema mini mesra keluarga, yang antaranya menyediakan jentera jengkaut mini untuk kanak-kanak menguji kemahiran sambil belajar.

Jalan Tan Hiok Nee, the heritage street

Seni bina kolonial terus dipelihara dan dikekalkan sebagai daya tarikan di Jalan Tan Hiok Nee.

Merasai vibe bandar lama Johor Bahru? Jom kami bawa anda ke Jalan Tan Hiok Nee yang terkenal sebagai heritage street oleh masyarakat setempat selain menjadi antara lokasi tumpuan pelancong sekiranya berkunjung di sini.

Jalan yang sarat dengan peninggalan warisan lampau termasuk struktur bangunan asal ini dinamakan sempena figura berpengaruh yang merupakan pedagang pakaian dari China sekitar abad ke-19.

Salahuddin Bakery sudah beroperasi sejak 80 tahun lalu dan juga merupakan bakery paling ‘tua’ di Johor.

Di sini boleh dikatakan terdapat asimilasi garis waktu yang mana, tidak hanya popular dengan kafe-kafe hipster, malah ‘legendary hawker’ juga masih menawarkan sajian autentik di sepanjang jalan ini.

Oh, jangan lupa untuk singgah di Salahuddin Bakery yang sudah beroperasi sejak 80 tahun lalu dan juga merupakan bakeri paling lama di Johor.

Original Kacang Pool Haji menjadi signatur di Johor

Restoran Kacang Pool Haji yang terletak di Larkin ini menjadi antara sajian signatur di Johor.

Tak sah kalau pergi ke Johor Bahru sekiranya tidak mencuba sajian popular di sini iaitu Kacang Pool Haji yang terletak berhampiran dengan Balai Bomba Larkin.

Kacang Pool Haji kaya dengan rasa padat kacang pool berempah yang dimasak sekali bersama daging cincang, seterusnya ditabur dengan potongan bawang dan cili hijau. Sebagai penyudah, telur mata disertakan dan akhir sekali belahan limau kasturi sedia diperah bagi ‘menaikkan’ lagi perisa keseluruhannya. Set lengkap ini turut hadir dengan roti bakar yang sangat rangup pada bahagian atas.

Kaya dengan rasa padat kacang pool, sajian ini turut hadir dengan roti bakar yang sangat rangup pada bahagian atas.

Untuk ke kedai ini anda boleh search Restoran Kacang Pool Haji di aplikasi Waze dan ia terletak di lot hujung bangunan kedai.

Nikmati kopi dan hidangan santai di kafe Fish

Selain kopi, kafe ini turut popular dengan pelbagai pilihan hidangan santai seperti sandwich dan muffin.

Pastinya anda tidak mahu lepaskan peluang untuk menikmati kopi bru dengan ambience santai di kafe Fish yang terletak di Jalan Roda, Skudai di sini.

Selain kopi, kafe ini turut popular dengan pelbagai pilihan hidangan santai seperti sandwic dan muffin sambil luangkan masa bersama pasangan anda.


Kafe ini dibuka dari pukul 10 pagi hingga 4 petang setiap hari kecuali Rabu dan Khamis.

Santai dengan latar belakang kapal layar mewah

Di Puteri Harbour, terdapat pelabuhan untuk kapal layar mewah persendirian dan anda boleh bergambar dengan berlatarbelakangkan pemandangan tersebut.

Sekiranya anda datang bersama keluarga di Johor, Puteri Harbour menjadi lokasi yang terbaik dan sesuai untuk anda luangkan masa bersama-sama.

Di sini anda boleh melakukan pelbagai aktiviti riadah santai seperti berjoging, berbasikal mahupun menyewa skuter dan bermain disepanjang laluan tepi jeti.

Di Puteri Harbour, terdapat pelabuhan untuk kapal layar mewah persendirian dan anda boleh bergambar dengan berlatarbelakangkan pemandangan tersebut. Selain itu terdapat juga pelbagai replika termasuk burung kenyalang di kawasan sekitar.

Anak-anak anda pasti teruja sekiranya ke sini selain dapat meluangkan masa yang kualiti bersama mereka. Tapi diingatkan untuk sentiasa menjaga SOP ketika ditempat awam bagi mengelakkan jangkitan penularan pandemic COVID-19.

Trove Johor Bahru, penginapan strategik di tengah bandar!

Lokasi yang strategi, terletak ditengah-tengah bandar menjadikan Trove Johor Bahru salah satu hotel yang dicadangkan sekiranya bercuti di sini.

Trove Johor Bahru menjadi antara hotel yang dicadangkan sekiranya berkunjung ke sini. Ini kerana lokasinya yang strategik iaitu terletak ditengah-tengah bandar dan hampir dengan pelbagai tempat tumpuan melancong.

Pelbagai fasiliti disediakan di Trove Johor Bahru termasuk gimnasium dan kolam renang di tingkat 8 hotel.

Di Trove Johor Bahru, terdapat lima tema bilik berbeza; Local Love, Into the Woods, Straits Affairs, Fun with Geometery dan Precious Moment yang diinspirasikan daripada ‘hallmark’ sejarah Johor dan budaya masyarakat tempatan.

Terdapat pelbagai fasiliti yang disediakan di sini termasuk gimnasium bagi ‘gym rat’ dan kolam renang masing-masing di tingkat 8 hotel.

Amazing retreat di Savanna Hill Resort

Savanna Hill menawarkan pengalaman santai dan nature retreat terbaik selain terdapat pelbagai aktiviti outdoor yang menarik.

Savanna Hill merupakan resort berkonsepkan barat pertama di Johor Bahru. Penginapan ini menawarkan pengalaman santai dan nature retreat selain terdapat pelbagai aktiviti outdoor yang menarik disediakan kepada para pengunjung.

Antara aktiviti tersebut adalah perkemahan, memanah, flying fox, nature walk, dan belajar kemahiran asas survival.

Savanna Hill merupakan resort pertama berkonsepkan barat di Johor Bahru menerusi reka bentuk bangunan dan interior dalamannya.

Savanna Hill terletak di lokasi strategik kejiranan hijau (traditional neighbourhood) iaitu Sungai Tiram, Ulu Tiram kira-kira 27 kilometer dari bandar Johor Bahru.

Haa, banyakkan tempat yang menarik di Johor? Jom cuti-cuti Malaysia!


*Artikel ini dibawakan oleh Toursim Malaysia