Golongan wanita disaran tidak mengetepikan kaedah rawatan moden di hospital walaupun mahu mendapatkan rawatan alternatif bagi merawat kanser payudara.
Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Hamisa Samat berkata tindakan mengetepikan rawatan hospital hanya akan menyebabkan kanser merebak serta sukar dirawat, dan ditambah apabila kaedah alternatif yang dipilih itu tidak efektif.
"Golongan wanita perlu menjaga kesihatan dan kerap melakukan pemeriksaan payudara secara sendiri dan boleh mendapatkan rawatan susulan di hospital," katanya ketika berucap pada Program Kesedaran Payudara di Padang Bandaran Tawau di sini hari ini.
Katanya, kanser payudara tidak boleh dipandang remeh kerana penyakit itu merupakan pembunuh utama wanita dengan risiko lima kali ganda kepada wanita yang mempunyai sejarah iaitu ibu atau adik-beradik perempuan sebagai penghidap kanser payudara.
"Mereka yang paling tinggi berisiko menghidap penyakit ini adalah kumpulan umur 40 hingga 49 tahun dan 50 hingga 59 tahun," katanya.
Dalam pada itu, Hamisa berkata sikap tidak ambil tahu dan pengetahuan yang cetek mengenai kanser menjadi punca kepada peningkatan kadar kematian dalam kalangan wanita di negara ini.
"Mengikut laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan, ramai pesakit datang lambat ke hospital bagi mendapatkan rawatan iaitu 42 peratus pesakit telah berada pada tahap tiga dan empat," katanya.
Menurutnya, turut dilaporkan 32 peratus daripada semua jenis kanser telah dikesan dalam kalangan wanita negara ini yang berusia 45 tahun dan ke atas.
"Saya berharap setiap anggota masyarakat dan agensi kerajaan termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantu Kementerian Kesihatan dengan menganjurkan kempen kesedaran mencegah kanser payudara," katanya.
Terdahulu, program anjuran Kinabalu Pink Ribbon itu disertai 2,000 peserta yang berlari sejauh tiga kilometer dan turut disertai oleh Hamisa dan Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus. - BERNAMA
Bernama
Sun Oct 16 2016

Sikap tidak ambil tahu dan pengetahuan yang cetek mengenai kanser menjadi punca kepada peningkatan kadar kematian dalam kalangan wanita di negara ini. - Gambar hiasan

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

34 ahli UMNO Kalabakan umum keluar parti
Kira-kira 34 anggota UMNO Bahagian Kalabakan mengumumkan keluar parti dan Barisan Nasional berkuat kuasa hari ini.

Dua ADUN BN jumpa Mohd Shafie secara tertutup
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional mengadakan pertemuan tertutup dengan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sini hari ini.

Anak muda punyai kuasa untuk ubah politik negara - Hamisa Samat
Generasi muda diingatkan bahawasanya mereka mempunyai kuasa untuk menentukan arah tuju politik negara bagi menjamin masa depan yang lebih baik.

Penambahan satu kerusi DUN baharu kawasan Kalabakan perlu dipandang positif
Penambahan kerusi baharu DUN itu dilihat berupaya membantu wakil rakyat memberi fokus kepada kawasan masing-masing dengan lebih baik.