Mereka adalah ADUN Sebatik, Datuk Abdul Muis Picho dan ADUN Tangjong Batu, Datuk Hamisa Samat.
Kedua-dua pemimpin daripada BN itu hadir ke kediaman Mohd Shafie di Kota Kinabalu kira-kira pada pukul 11.30 pagi.
Kehadiran kedua-dua pemimpin itu tidak disedari pengamal media yang 'berkampung' di kediaman Mohd Shafie.

Ini kerana ketika kehadiran mereka sidang media Presiden Warisan Sabah sedang berlangsung.
Menurut sumber dalaman Warisan, kedua-dua pemimpin itu mengadakan pertemuan dengan Mohd. Shafie kira-kira 30 minit.
Katanya lagi, barisan pemimpin Warisan dan dua ADUN daripada BN itu dijangka bertemu Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri Sabah.