Penduduk Kulim kini boleh meningkatkan penggunaan air hujan untuk pelbagai keperluan domestik hasil inovasi sekumpulan kakitangan Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK).
Air hujan boleh digunakan bagi tujuan seperti mencuci kereta, membasuh pinggan mangkuk serta menyiram tanaman. Bahkan, air yang sama boleh digunakan untuk pam tandas. Ini banyak membantu menjimatkan air terawat selain menjimatkan bil bulanan air.
Ia juga membantu mengurangkan isipadu air yang memasuki sistem peparitan yang seterusnya mengurangkan risiko berlaku banjir kilat.
Kesemuanya kini boleh dilakukan dengan penapis Keep Free (K-Free) yang dibangunkan oleh MPKK untuk menapis bendasing atau kotoran yang dibawa air hujan daripada bumbung bangunan sebelum ia memasuki tangki simpanan.
Penapis ini boleh dipasang dengan mudah sebagai komponen tambahan kepada Sistem Pengumpulan dan Penggunaan Semula Air Hujan (SPAH).
Menjelaskan lanjut kepada Bernama, Penolong Jurutera Awam Jabatan Kejuruteraan MPKK, Farah Izah Abu Hassan berkata; "Memang geram melihat air hujan yang mencurah-curah dibazirkan begitu sahaja. Sedangkan, jika ditadah dan ditapis dengan baik ia mempunyai banyak kegunaan.
TANGANI BANJIR KILAT
Tambah beliau, bayangkan pula jumlah penjimatan pusat-pusat komersial jika sebahagian daripada aktiviti harian mereka menggunakan air hujan yang terkumpul, contohnya sembilan liter air digunakan bagi setiap kali mengepam tandas.
Jadi, penggunaan penapis K-Free dapat mengurangkan pembaziran air terawat selain meningkatkan sumber air yang terus berkurangan akibat perubahan iklim dan masalah pencemaran.
Konsep K-Free adalah selaras dengan pelaksanaan SPAH di mana air hujan dikumpul daripada bumbung dan kemudiannya disalur ke tangki-tangki penyimpanan air hujan sebelum digunakan. Setiap tangki air standard mampu menampung sehingga 400 gelen air hujan.
Ia termaktub dalam peraturan MPPK di mana bagi bangunan kediaman, SPAH perlu dipasang untuk rumah banglo dan rumah berkembar yang mempunyai kawasan bumbung bersamaan atau melebihi 100m2 sahaja. Bagi semua kategori bangunan berasingan pula yang mempunyai kawasan bumbung bersamaan atau melebihi 100m2 juga perlu memasang SPAH.
"Selama ini air hujan yang masuk ke dalam saluran air hujan pada bumbung akan terus disalurkan ke dalam longkang, menyumbangkan kepada banjir kilat terutama di kawasan yang mempunyai longkang cetek atau kecil," katanya dan menambah kata penadahan air hujan dapat mengurangkan air hujan yang masuk ke longkang.
UJI CUBA PELBAGAI ASPEK
Bercerita lanjut, Farah Izah berkata penapis K-Free merupakan inovasi yang dicipta oleh Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) - sekumpulan Penyelidik Amalan Hijau-Q (SPAH Q) MPKK. KIK terdiri daripada lapan anggota termasuk arkitek, Mohd Nazri Harun sebagai fasilitator, Hasliana Hashim, Irma Salina Mohd Salleh, Abdul Kamal Mohamad Isa, Mohd Naser Saad, Azami Kasim dan Jafry Harun.
Kumpulan itu menjalankan tiga uji cuba dalam pelbagai aspek termasuk mengenalpasti jenis, saiz paip, penapis dan bahan-bahan yang perlu digunakan sebelum berjaya mendapat hasil terbaik pada 2014.
Kumpulan itu, yang diketuai oleh Farah Izah, mengambil masa kira-kira enam bulan untuk membangunkan idea dan mencipta penapis berkenaan dengan uji cuba sulung dilakukan di sebuah tandas awam di Kulim.
Sementara itu, Mohd Nazri berkata, reka bentuk K-Free sangat mudah namun mampu memberi impak yang besar dalam penjimatan air. Kajian di tandas berkenaan mendapati bil tahunan air terawat MPKK menurun daripada RM1,237.50 kepada RM587.56, iaitu penjimatan sehingga 53 peratus.
Kumpulan itu juga mendapati penapis yang terdapat di pasaran sangat mahal, rumit dan perlu penyelenggaraan. Oleh itu, ramai termasuk pengguna komersial tidak berminat untuk mengumpul air hujan walaupun diwajibkan oleh pihak berkuasa tempatan.
GUNA TARIKAN GRAVITI
Penapis K-Free yang antaranya menggunakan komponen penyambung paip UPVC yang boleh ditemui di rumah-rumah dipasang menegak pada saluran paip menurun sedia ada daripada bumbung di mana air hujan disalurkan ke longkang.
Ia menggunakan tarikan graviti sepenuhnya untuk menapis bendasing agar air mengalir dengan sempurna. Penapis itu tidak memerlukan penyenggaraan dengan bendasing dalam air hujan yang ditapis keluar melalui aliran air di hujung bawah penapis itu yang bersambung dengan saluran menurun.
"Penapis K-Free mudah dipasang. Hanya lima langkah untuk memasangnya iaitu dengan memotong paip saluran(down pipe) mengikut ketinggian penapis itu di antara bumbung dan tangki, kemudian pasanglah kedua-dua hujung penapis pada saluran paip itu menggunakan gam PVC," jelas beliau.
Selepas penapis dipasang pada 'down pipe' barulah saluran keluar daripada sisi penapis itu disambung kepada tangki simpanan. Apabila gam pada sambungan paip kering, ia sedia digunakan.
Tambah beliau, saiz penapis K-Free dengan 160mm diameter dan 540mm panjang sangat sesuai dipasang di mana-mana bangunan tanpa mencacatkan keindahan reka bentuknya.
"Bukan itu saja, penapis yang diperbuat daripada paip UPVC itu tahan lama dan tidak mudah reput atau pecah. Malah ia mempunyai jangka hayat sehingga 50 tahun.
MENJUAL SECARA KOMERSIAL
Walaupun mereka menghadapi sedikit cabaran untuk mempatenkan K-Free memandangkan terdapat ratusan jenis penapis yang dicipta di dalam dan di luar negara, akhirnya setelah tiga tahun menunggu, K-Free memperoleh sijil pendaftaran paten pada 5 Okt baru-baru ini.
MPKK telah memasarkan K-Free sejak 2015, namun tidak secara komersial. Setakat ini, 20 unit penapis yang berharga RM500 setiap satu sudah dijual dan kebanyakannya dipasang pada SPAH serta sistem pengepam tandas.
Kini, MPKK berharap dapat mengkomersialkan produk inovatifnya itu ke seluruh negara termasuk kepada pihak-pihak pemaju perumahan, premis-premis syarikat swasta, agensi kerajaan dan kediaman.
"Malah K-Free juga sangat sesuai digunakan di kawasan pedalaman di negara ini termasuk Sabah dan Sarawak terutamanya kawasan yang kerap mengalami gangguan air atau sistem saliran air terhad disebabkan faktor geografi dan kos bagi mendapatkan air bersih terawat.
"Kelebihannya, kerap hujan di kawasan-kawasan ini. Jadi, kita harap produk ini akan dapat membantu penduduk di kawasan berkenaan menambah kapasiti air simpanan melalui air hujan yang ditapis," katanya.
Antara tempat yang telah mengguna pakai penapis K-Free setakat kini adalah di Pasaraya Tesco Kulim, tandas awam di Medan Citarasa Kulim dan Pasar Awam Yan, Wisma Darul Aman di Alor Setar dan perumahan di Desa Aman di Kulim.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 08 2017

Produk K-Free yang dipasarkan MPKK akan dapat membantu penduduk menambah kapasiti air simpanan melalui air hujan yang ditapis. - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Satu PPS dibuka di Jelebu tempatkan 51 mangsa banjir
Sebuah pusat pemindahan sementara dibuka di Dewan D'Sury, Jelebu pada 3 pagi tadi bagi menempatkan 51 mangsa terjejas akibat banjir kilat.

Sekurang-kurangnya 10 maut akibat hujan lebat, banjir kilat landa Kentucky
Selain banjir, sebahagian negeri itu turut mengalami salji dan keadaan berais, menjadikan perjalanan lebih berbahaya.

Hujan lebat berterusan, Kentucky dilanda banjir
Hujan lebat berterusan pada Sabtu menyebabkan banjir di beberapa bahagian di Kentucky dan Tennessee.

Angka korban meningkat kepada 19 susulan banjir kilat dan tanah runtuh di Jawa Tengah
Tujuh lagi mangsa masih hilang, dan pasukan SAR terus berusaha mengesan mereka selepas tragedi itu melanda Kampung Kasimpar di Petungkriyono pada Isnin.

Satu PPS diaktifkan ekoran banjir kilat di selatan, tengah Sarawak
Sarawak mengaktifkan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Saratok, susulan banjir kilat di bahagian selatan dan tengah negeri itu.

Beberapa rumah di Kampung Sungai Rokam, Taman Cempaka dinaiki air akibat hujan lebat
Beberapa buah rumah dinaiki air di beberapa kawasan di Kampung Sungai Rokam dan Taman Cempaka di sini akibat hujan lebat lebih sejam, petang tadi.

10 cedera akibat banjir kilat di Sumatera Utara, Indonesia
Hujan lebat mencetuskan banjir kira-kira 7 malam waktu tempatan, menjejaskan dua mukim iaitu Batang Angkola dan Tano Tombangan.

Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.

Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, didorong oleh penurunan harga minyak mentah, kata peniaga.

Bantuan RM1,000 kepada 20 pemilik kenderaan ditenggelami banjir kilat di Presint 11 Putrajaya
Perbadanan Putrajaya juga akan membuat parkir interim yang memuatkan kira-kira 200 kenderaan sebagai tindakan jangka pendek.