SELEPAS pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), ia dilihat memberi satu sinar baharu buat semua rakyat Malaysia.

Bukan sahaja kes COVID-19 menunjukkan pengurangan, malah langkah pembukaan sektor ekonomi juga dilihat sebagai sesuatu yang positif untuk membantu menjana semula pendapatan negara.

Sebelum kita melangkah masuk ke suku tahun ketiga, ini adalah antara berita tumpuan dan juga insiden tular yang terjadi sepanjang bulan Jun.

ISMAIL SABRI UMUM BERITA GEMBIRA UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), ada antara kita yang mungkin tidak sabar menantikan berita-berita gembira daripada Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri.

Dan sudah tentu pelbagai berita gembira yang telah diumumkan oleh beliau memberi senyuman kepada ramai, lebih-lebih lagi kepada bakal Raja Sehari.

BACA : Alhamdulillah ... majlis kahwin dibenarkan mulai 1 Julai

BACA : Badan letih dan tak bermaya? 1 Julai ini pusat urut dan spa kembali dibuka





'STRIKE A POSE', RAKYAT MALAYSIA BERGAYA SAKAN DENGAN VOGUE CHALLENGE


Kalau kita sebut mengenai challenge, sudah tentu banyak yang anda boleh lihat di media sosial.

Antara yang berjaya menarik perhatian pada bulan lepas ialah apabila media sosial melancarkan Vogue challenge yang memberi ruang kepada pengguna media sosial untuk menjadi muka depan majalah fesyen antarabangsa itu.

Jika anda membuat carian untuk #voguechallenge, anda akan jumpa pelbagai gambar kreatif yang dikongsikan bukan sahaja oleh rakyat Malaysia malah pengguna media sosial dari seluruh dunia.

BACA : 'Strike a pose'! Ini masa untuk anda jadi muka depan majalah


DR ROHAIZAT YON UNDUR DIRI, DR NOOR HISHAM SEBAK

Siapa yang tidak sebak dan sedih apabila orang yang sama-sama berjuang dalam memastikan keselamatan rakyat Malaysia akhirnya terpaksa mengundurkan diri daripada perkhidmatannya.

Perasaan tersebut tidak dapat disorokan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham semasa mengumumkan persaraan rakan seperjuangannya dalam memerangi COVID-19, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Rohaizat Yon yang tamat perkhidmatannya.

Dr Rohaizat juga dianggap sebagai salah seorang 'panglima perang' buat Dr Noor Hisham.

BACA : Hilang seorang 'panglima perang', Dr Noor Hisham tahan sebak...


LAMA TAK BERSUA, ANAK BUAT KEJUTAN UNTUK IBU TERCINTA

Pada masa sama, tular juga sebuah video seorang pelatih Polis yang membuat kejutan buat ibu tercinta selepas lama tidak dapat bersua kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Video yang berdurasi 2.12 minit itu telah mengundang sebak netizen, yang rata-rata dapat merasai kesedihan rindu yang telah tersimpan lama.

Kepada anda yang masih mempunyai ibu bapa, hargailah mereka selagi hayat mereka masih ada. #KitaJagaKita

BACA : Video "mak cik, itu anak mak cik" undang sebak netizen



PENANTIAN BERAKHIR, KINI QUEEN IS BACK

Rindu Siti Zoners terhadap penyanyi kesayangan Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza akhirnya terubat apabila penyanyi tersebut mengumumkan akan melancarkan album terbaharunya yang berjudul #ManifestaSiti2020.

Bukan rindu terhadap Siti Nurhaliza sahaja, malah peminat BLACKPINK, Blinks yang menantikan "comeback" daripada kumpulan tersebut akhirnya tercapai apabila kumpulan tersebut melancarkan lagu yang berjudul How You Like That.

BACA : Siti Nurhaliza rakam semula lagu Teratai Menjelma nyanyian Sudirman dalam ManifestaSITI2020

BACA : Baru 4 jam dilancar, 'How You Like That' daripada Blackpink raih 20 juta tontonan


Dapatkan berita-berita menarik daripada Astro AWANI melalui pautan di bawah:

BACA : Tarik nafas anda, Januari sudah berlalu

BACA : Februari pun berlalu... ini imbasan isu gempar yang berlaku

BACA : Selamat tinggal Mac, April bawa harapan baharu pada masyarakat dunia

BACA : Ini imbasan topik April lalu, sementara meneruskan cabaran bulan Mei

BACA : Aidilfitri normal baharu, selamat tinggal Mei