KUALA LUMPUR: Selepas lama menyepi dan pertanyaan demi pertanyaan bilakah kemas kini terbaharu Honda CBR600RR akan dilancarkan, akhirnya terjawab pada Khamis lalu.

Boon Siew Honda melancarkan kemas kini terbaharu CBR600RR sekali gus kembali memeriahkan segmen middleweight.

Rupa hadapan Honda CBR600RR

CBR600RR kini dilihat sebagai pencabar baharu dan mungkin menjadi 'King'' dalam kelasnya dengan dilengkapkan dengan enjin 4-silinder, 599cc DOHC yang menyemburkan kuasa 119hp @ 14,000rpm dengan tork 63bNm @ 11,500rpm.

Kemaskini rekabentuk yang lebih aerodinamik dipadankan dengan trasmisi klac manual 6-kelajuan dengan Quick Shifter dan Klac antigelincir (A&S).

Enjin 4-silinder, 599cc Dohc.

CBR600RR didatangkan dengan tiga mod tunggangan iaitu 'Fast Riding, Fun Riding dan Comfortable Riding', malah dua lagi mod tunggangan boleh diubah suai mengikut cita rasa pengguna.

Sudah pasti superbike, supersports atau sportbike keluaran masa kini tidak sah jika tidak dipasangkan panel meter TFT digital berwarna penuh yang memaparkan pelbagai maklumat berkenaan jentera ini.

CBR600RR didatangkan dengan Meter TFT digital berwarna.

Saiz tayar hadapan 120/70 manakala belakang 180/55 menggunakan rim 17  inci dilengkapi brek cakera kembar 310mm dengan kaliper 4-piston di depan dan cakera tunggal 220mm dengan kaliper piston tunggal untuk brek belakang.

Ini ditambah Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran, suspensi menggunakan fork terbalik (USD) 41mm Showa di depan dan monoshock Showa Pro-Link di bahagian belakang.

Rim 17 inci, ABS, suspensi Showa depan dan belakang.

Jentera ini berharga RM98,888 dan hanya mempunyai warna merah setakat ini.

Apa macam bro? On tak on? Ada berani angkut satu? Kalau mampu, apa salahnya...

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!



** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!