KUALA KANGSAR: Bagi penggemar laksa tentunya mengetahui makanan unik ini terdapat dalam banyak versi, mengikut negeri-negeri di Malaysia.
Pastinya jika laksa-laksa dari setiap negeri dihimpunkan di satu tempat, 'hantu laksa' tidak akan melepaskan peluang mengunjunginya, bagi merasa semua laksa tersebut.
Pesta Laksa Kuale yang sedang berlangsung di Arena Kuala Kangsar di sini selama dua hari bermula semalam, menghimpunkan laksa dari 10 negeri, menawarkan pelbagai jenis laksa dengan keenakan dan keunikan masing-masing.
Seorang pengunjung dari Langkawi, Kedah, Anisah Mohd Nor, 35, berkata dia amat teruja apabila dapat berkunjung ke pesta yang mengumpulkan laksa dari pelbagai negeri itu.
"Saya bercuti bersama keluarga di Perak, kemudian saya lihat iklan berkaitan pesta ini di Facebook, jadi kami sekeluarga datang ke sini untuk merasai pelbagai laksa.
"Saya paling tertarik dengan laksa Kuale, kerana saya tidak pernah rasa laksa yang diperbuat daripada tepung gandum. Rasanya lebih sedap berbanding laksa biasa," katanya ketika ditemui di Pesta Laksa Kuale di Arena Kuala Kangsar, di sini pada Jumaat.
Seorang penjawat awam Khairul Affendi Mokhtar, 56, berkata dia sering mengikuti pesta sebegini kerana dia merupakan 'hantu laksa'.
"Tahun lepas ada Temasya 99 Laksa Kuale di sini, saya hadir bersama keluarga. Tahun ini saya hadir juga kerana kelainannya, kali ini ada pelbagai negeri berbanding tahun lepas yang menghimpunkan 99 peniaga laksa di Kuala Kangsar," katanya.
Bagi peniaga laksa, Umi Kalsom Bakri, 56, laksa Kuala Kangsar atau laksa Kuale menawarkan rasa dan keunikan tersendiri.
Antara keistimewaan laksa Kuale ialah bahan utamanya iaitu mi laksa itu diperbuat dari tepung gandum berbeza dari laksa negeri lain.
Umi Kalsom yang telah mengusahakan laksa Kuale selama 15 tahun berkata laksa tepung gandum, kini boleh didapati di kedai-kedai runcit tanpa perlu menghabiskan masa membuatnya sendiri di rumah.
"Kuahnya juga biasanya diperbuat daripada isi ikan. Tempat lain selalunya mengandungi belacan dan dihidangkan bersama nenas. Keenakkan laksa sebenarnya terletak pada kuahnya yang mengandungi isi ikan yang tebal, walaupun dikombinasikan dengan apa jua jenis laksa," katanya.
Sementara itu, seorang pengusaha laksa Sarawak Jamaiyah Sulaiman, 55, diterbangkan jauh dari Bumi Kenyalang dalam usaha mempromosikan laksa Sarawak kepada pengunjung khusunya di Semenanjung.
"Antara kelainannya, laksa di Semenanjung banyak menggunakan isi ikan tapi di Sarawak, kita menggunakan rempah ratus tersendiri dan ada pes khas.
"Laksa Sarawak menggunakan bihun bagi menggantikan laksa, yang lebih sedap dimakan bersama hirisan telur dadar, carikan isi ayam, udang, taugeh, limau kasturi dan daun ketumbar," katanya.
Chemah Omar, 60, dari Melaka yang memperkenalkan laksa Nyonya berkata laksa itu dimakan bersama bihun, dan kuahnya pula diperbuat dari udang kering dan udang segar.
"Telur rebus, bunga kantan dan daun kesum pula digunakan sebagai hiasan. Di Melaka, kita mempunyai pelbagai kaum antaranya Baba Nyonya, Portugis, Jawa dan Banjar.
"Kalau di sini ada laksa Kuale, tapi di tempat kami, kami ada laksa Nyonya yang menggunakan buah keras sebagai bahan utama kuahnya," jelasnya.
Acara yang dianjurkan kali kedua itu, bertujuan menyuntik semula ekonomi pelancongan daerah itu selepas terkesan akibat pandemik COVID-19, dengan mengumpulkan pelbagai jenis laksa dan juga kuih-muih tradisional, daripada negeri-negeri di Malaysia dan 12 daerah di negeri Perak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 03 2023
![Himpunan laksa pelbagai negeri, 'hantu laksa' serbu Pesta Laksa Kuale Himpunan laksa pelbagai negeri, 'hantu laksa' serbu Pesta Laksa Kuale](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81685717064_RajaNazhatul.jpg)
Raja Puan Besar Perak Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah (dua, kanan) berkenan melawat gerai jualan Laksa Kuale ketika berangkat tiba ke Program Pesta Laksa Kuale di Arena Kuala Kangsar, 2 Jun 2023. --fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Ketagih laksa, penduduk Darwin anjur Festival Laksa Antarabangsa setiap tahun Ketagih laksa, penduduk Darwin anjur Festival Laksa Antarabangsa setiap tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716351157_TBbbc.jpg)
Ketagih laksa, penduduk Darwin anjur Festival Laksa Antarabangsa setiap tahun
Festival itu mengumpulkan semua restoran di kawasan Darwin yang bakal bersaing untuk mendapat gelaran Laksa Serantau Terbaik.
![Himpunan laksa pelbagai negeri, 'hantu laksa' serbu Pesta Laksa Kuale Himpunan laksa pelbagai negeri, 'hantu laksa' serbu Pesta Laksa Kuale](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81685717064_RajaNazhatul.jpg)
Himpunan laksa pelbagai negeri, 'hantu laksa' serbu Pesta Laksa Kuale
Pesta Laksa Kuale menghimpunkan laksa dari 10 negeri, menawarkan pelbagai jenis laksa dengan keenakan dan keunikan masing-masing.
![Keracunan laksa: KKM sahkan bakteria sebagai punca Keracunan laksa: KKM sahkan bakteria sebagai punca](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/51538989084_TBLAKSA.jpg)
Keracunan laksa: KKM sahkan bakteria sebagai punca
Bakteria tersebut dikesan dalam sampel klinikal pesakit serta sampel mi laksa.
![Keracunan laksa: KKM sahkan 19 kes baharu Keracunan laksa: KKM sahkan 19 kes baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/51538989084_TBLAKSA.jpg)
Keracunan laksa: KKM sahkan 19 kes baharu
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sejak dilaporkan pada Rabu lalu, hanya dua kes kematian masih kekal akibat kes keracunan berkenaan.
![Kes laksa 'beracun' tiada kaitan isu Azeez Rahim Kes laksa 'beracun' tiada kaitan isu Azeez Rahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/51538989084_TBLAKSA.jpg)
Kes laksa 'beracun' tiada kaitan isu Azeez Rahim
Isu berkenaan tidak kuat untuk mengalih isu besar yang melibatkan penahanan Abdul Azeez dan soal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu rasuah.
![Bukan kami buat laksa ini jadi 'beracun' - Penjual Bukan kami buat laksa ini jadi 'beracun' - Penjual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/51538989084_TBLAKSA.jpg)
Bukan kami buat laksa ini jadi 'beracun' - Penjual
Daud Ismail berkata Jabatan Kesihatan memaklumkan punca sebenar hanya akan diketahui selepas keputusan ujian diperoleh.
![42 kes baharu keracunan makanan akibat laksa di Baling 42 kes baharu keracunan makanan akibat laksa di Baling](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/51538989084_TBLAKSA.jpg)
42 kes baharu keracunan makanan akibat laksa di Baling
Pertambahan itu menjadikan keseluruhan kes sebanyak 61 dan kekal dua kematian seperti direkodkan.
![KKM sahkan dua kematian akibat laksa di Baling KKM sahkan dua kematian akibat laksa di Baling](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/71539072253_norhizan.jpg)
KKM sahkan dua kematian akibat laksa di Baling
Dr Norhizan berkata daripada jumlah itu, sembilan kes dengan dua kematian dilaporkan di Perak manakala 10 lagi dilaporkan di Kedah.
![Mati akibat laksa? Jabatan Kesihatan Kedah, Perak siasat dakwaan Mati akibat laksa? Jabatan Kesihatan Kedah, Perak siasat dakwaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/51538989084_TBLAKSA.jpg)
Mati akibat laksa? Jabatan Kesihatan Kedah, Perak siasat dakwaan
Jabatan Kesihatan Kedah dan Jabatan Kesihatan Perak sedang menyiasat dakwaan ada individu mati akibat makan laksa di Baling, Kedah yang tular di media sosial.
![Sampai masa untuk laksa diperkenal di peringkat antarabangsa - Mohd Rawi Sampai masa untuk laksa diperkenal di peringkat antarabangsa - Mohd Rawi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-06/81401673731_295x200.jpg)
Sampai masa untuk laksa diperkenal di peringkat antarabangsa - Mohd Rawi
Karnival Laksa Antarabangsa Langkawi (LILAC) perlu dijadikan kebanggaan negara kerana ianya merupakan satu-satu acara di rantau ini yang mengumpulkan pelbagai jenis laksa.