PENYEDIA perkhidmatan mudah alih, U Mobile terus menyemarakkan Tahun Baharu Cina dengan menampilkan filem pendek bertajuk ‘The Grand Love’.
Filem berdurasi hampir empat minit yang disiarkan di platform rasmi YouTube U Mobile itu adalah sebahagian daripada usaha syarikat untuk menyampaikan kesedaran bahawa sebanyak mana pun masa berlalu dan teknologi berubah, kasih sayang keluarga pasti akan menemui jalannya.
Ia mengisahkan seorang datuk, Ah Gong, yang suka merakam setiap detik yang dilakukan dalam kehidupan hariannya menggunakan telefon bimbit, lalu dikongsikan di media sosial.
Bagaimanapun, perkara itu tidak disenangi cucunya, Le Le, yang beranggapan semua itu hanya membuang masa dan menyebabkan Le Le sering diejek oleh rakan sebaya di sekolah.
Le Le juga langsung tidak pernah menonton video yang dihasilkan oleh datuknya, sehingga suatu hari dia terlihat salah satu video datuknya di telefon bimbit milik rakannya.
Dari situ, dia mula menyedari bahawa setiap video yang dihasilkan oleh datuknya adalah kata-kata nasihat dan tunjuk ajar terhadapnya dan sebagai persediaan sekiranya datuknya pergi buat selama-lamanya.
Ia juga antara cara seorang datuk menzahirkan kasih sayang terhadap cucunya mengikut peredaran zaman dan menggunakan teknologi terkini.
Saksikan filem penuh ‘The Grand Love’ di sini:
Sementara itu, syarikat telekomunikasi itu turut melancarkan kempen ‘U Mobile’s AR-spicious angpow’, iaitu angpau yang menggunakan teknologi Augmented Reality (AR).
Angpau berkenaan membolehkan anda mempelajari cara menyebut ucapan Tahun Baharu Cina dalam bahasa Mandarin, menulis ucapan dalam kaligrafi Cina serta menterjemahkan ucapan tersebut dalam bahasa Inggeris.
Melalui teknologi dan ketersambungan internet 5G, kini semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, budaya atau bahasa boleh saling memberikan ucapan selamat sempena perayaan yang penuh bermakna ini apabila dikuatkuasakan oleh #5GNow daripada U Mobile.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar.
Ehsan A Marisah
Fri Jan 27 2023
The Grand Love mengisahkan cara seorang datuk menzahirkan kasih sayang terhadap cucunya mengikut peredaran zaman dan menggunakan teknologi terkini. - Foto U Mobile
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
The Grand Love: Ekspresi cinta tidak berbelah bagi datuk buat cucunya
U Mobile semarakkan sambutan Tahun Baharu Cina dengan menampilkan filem pendek bertajuk The Grand Love.
Polis tahan dua lelaki, rampas 58 kotak bunga api bernilai RM15,000
Polis berjaya merampas 58 kotak yang mengandungi pelbagai jenis bunga api selain menahan dua lelaki warga Bangladesh.
Manfaat platform teknologi sambut Tahun Baharu Cina - PM
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan agar sambutan Tahun Baharu Cina dapat dimeriahkan menerusi platform teknologi ketika dalam keadaan pandemik COVID-19.
Warga emas 100 tahun pasrah sambut Tahun Baharu Cina sederhana kali ini
Selama ini, sambutan Tahun Baharu Cina meriah dengan kehadiran anak, cucu serta cicitnya, namun suasana pasti berbeza tahun ini disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ahli keluarga dari rumah lain dibenarkan hadir makan besar Tahun Baharu Cina - Kementerian
Kebenaran itu bagaimanapun hanya membabitkan mereka yang tinggal dalam lingkungan radius 10 kilometer, tanpa rentas daerah dan negeri.
Makan besar: Tak berkumpul tak mengapa, asalkan keluarga selamat
Itu antara luahan sebahagian masyarakat Tionghua di Pulau Pinang yang bakal menyambut Tahun Baharu Cina 12 Februari ini.
Peniaga jual kelengkapan Tahun Baharu Cina guna konsep pandu lalu
Kedai berkenaan mengambil inisiatif menyediakan perkhidmatan secara pandu lalu bagi memudahkan pelanggan membuat pembelian.
Polis Kedah pantau terminal bas sempena Tahun Baru Cina
Penumpang akan dipastikan mempunyai surat kebenaran polis sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan dan sekiranya tiada, mereka akan terus dikompaun dan diarah patah balik.
Alumni La Salle perkukuh perpaduan melalui perayaan
Semangat perpaduan dan persahabatan yang menebal sejak di bangku persekolahan menjadi rahsia alumni pelajar Sekolah Kebangsaan La Salle Petaling Jaya masih utuh bersama terutamanya musim perayaan.
Logam dalam kacang? Singapura arah jualan snek buatan Malaysia ditarik balik
Serpihan itu dijumpai seorang wanita sewaktu menikmati snek tersebut.