JOHOR BAHRU:Sebuah perusahaan menjual peralatan sembahyang, makanan dan kelengkapan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina, di Johor Jaya, di sini, mengambil inisiatif menyediakan perkhidmatan secara pandu lalu bagi memudahkan pelanggan membuat pembelian.
Pengurusnya Belle Tor, 31, berkata ia bertujuan memastikan pelanggannya, terutama dalam warga emas, merasa yakin dan selamat semasa berurusan dengan mereka ketika pandemik COVID-19 ini.
Beliau berkata pelanggan hanya perlu membuat pesanan menerusi aplikasi Whatsapp dan WeChat sebelum membuat panggilan untuk menetapkan urusan mengambil barangan secara pandu lalu.
Menurutnya rata-rata pelanggan menyambut baik inisiatif itu berikutan ia dapat memudahkan pelanggan untuk membuat pembelian, selain dapat mengurangkan interaksi secara dekat dan mengelak kesesakan di dalam kedai.
"Kebanyakan pelanggan adalah dalam kalangan warga emas, kalau orang muda senang sedikit boleh datang ke sini dan tahu bagaimana untuk imbas kod QR MySejatera," katanya kepada Bernama ketika ditemui, di sini, hari ini.
"Warga emas pula kebanyakan agak susah untuk berjalan dan tidak faham bagaimana untuk imbas kod QR My Sejahtera. Jadi inisiatif ini dapat memudahkan lagi mereka, anak-anak mereka juga boleh bantu membuat pesanan dan ambil barang secara pandu lalu," tambahnya.
Tor berkata usahanya itu sekali gus dapat mengelakkan daripada berlakunya jangkitan COVID-19 melibatkan pelanggan.
"Saya takut kalau ada kes, ia akan menyusahkan kedua-dua belah pihak, jadi dengan inisiatif ini anak-anak tidak perlu lagi takut sekiranya ibu bapa mereka pergi ke kedai untuk beli barang kerana sekarang boleh buat pesanan dan ambil barang secara pandu lalu," katanya.
Dalam masa yang sama, dia mengaku kemeriahan Tahun Baharu Cina pada tahun ini agak suram kerana pelanggan semakin berkurangan, terutama dari Singapura, lebih-lebih lagi kawasan Johor Jaya yang kebiasaannya pada masa ini meriah dengan festival jualan sambutan perayaan setiap tahun.
"Perniagaan agak perlahan, boleh dikatakan kurang 50 hingga 70 peratus berbanding tahun lepas, kerana kebiasaannya di sini setiap tahun ada festival jualan.
"Pelanggan tetap banyak di Singapura, masyarakat tempatan pula kurang berbelanja kerana perlu menyimpan duit ketika COVID-19," katanya yang mengusahakan perniagaan keluarganya yang berusia 22 tahun itu.
Sementara itu, Pengurus Pusat Sutera Mall Farrer Tan ketika dihubungi pula berkata, pihaknya memasarkan barangan kelengkapan Tahun Baharu Cina seperti biasa pada tahun ini, dan dalam masa sama pelanggan juga boleh membuat pembelian menerusi platfrom laman sosial Facebook mereka.
"Kita ada buat siaran langsung di Facebook, selain itu kita juga menyediakan perkhidmatan untuk menghantar barang terus ke rumah pelanggan," katanya.
Beliau berkata pada tahun ini Sutera Mall menyediakan 21 gerai pameran sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina yang terdiri daripada gerai jualan biskut, daging salai, limau mandarin, bunga dan barang hiasan.
Menurutnya, jumlah gerai pada tahun ini berkurangan berbanding 40 gerai pada tahun lepas kerana perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan menjaga penjarakan fizikal.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 07 2021

Dalam masa yang sama, dia mengaku kemeriahan Tahun Baharu Cina pada tahun ini agak suram kerana pelanggan semakin berkurangan. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Premier Abang Johari beri 'lampu hijau' untuk projek jambatan di Sibu
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberikan 'lampu hijau' untuk pembinaan jambatan sepanjang 400 meter yang menghubungkan tebing barat Sibu dengan pusat bandar.

PM Anwar minta Sarawak bekalkan elektrik ke FIlipina - Abang Johari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerajaan Sarawak membekalkan lebihan tenaga elektriknya ke selatan Filipina melalui Sabah bermula tahun depan.

Lebih 1,500 tetamu meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Lembah Pantai
Fahmi berkata sambutan itu cukup meriah dengan kehadiran komuniti setempat meskipun dalam keadaan cuaca kurang baik.

PN, FMM bincang cara pertingkat daya saing, cipta faedah ekonomi mampan
Perbincangan bagi membantu komuniti perniagaan mewujudkan persekitaran perniagaan yang proaktif dan menjamin dasar mesra perniagaan.

MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura
MASIS menyasarkan peningkatan jumlah keahlian tahun ini bagi membina rangkaian rakyat Malaysia yang lebih kukuh dan pelbagai di Singapura.

Op Selamat 23 catat penurunan kes kemalangan kematian di Selangor
Kadar kemalangan sepanjang Op Selamat 23 di Selangor sempena Tahun Baharu Cina mencatatkan penurunan 144 kes atau 6.8 peratus berbanding Op Selamat 21.

Konsep MADANI menyatupadukan rakyat berbilang kaum - Chan
Rakyat harus menghindari prasangka buruk antara satu sama lain dan mengamalkan nilai positif, meskipun dengan budaya yang berbeza.

Lelaki mengamuk ketika operasi di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang didapati positif dadah
Lelaki yang ditahan kerana mengeluarkan kata-kata kesat ketika operasi bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang malam tadi didapati berada di bawah pengaruh dadah.

Trend guna 'dummy buckle' semakin membimbangkan - Pengarah JPJ Negeri Sembilan
Pemandu suka memakai 'dummy buckle' bagi menghentikan penggera dengan alasan tidak selesa.

Penunggang motosikal mengamuk keluar kata-kata kesat ditahan polis
Keadaan semakin tegang apabila lelaki tersebut mula melakukan provokasi dan cuba bertindak agresif terhadap anggota JPJ dan polis trafik.