Ini membuatkan Google secara perlahan mengintegrasikan Tasks terus ke Calendar dan terbaru, integrasi penuh akan diperkenalkan.
Sebelum ini, integrasi Tasks pada Calendar hanya membenarkan pengguna lihat dan cipta Tasks yang ada tempoh tamat.
Kemas kini terbaru ini mengintegrasikan Tasks sepenuhnya ke dalam Calendar, membenarkan pengguna melakukan perkara sama yang ada dalam aplikasi Tasks sendiri.
Ia juga menggunakan antaramuka terkini dengan paparan cards serta butang terapung aksi di bawah.
Mengejutkan, Google masih meneruskan sokongan aplikasi Tasks dan tiada sebarang indikasi aplikasi ini akan dihentikan.
Dengan kemas kini baharu ini, adakah anda akan kekal menggunakan aplikasi Google Tasks atau menggunakan apa yang telah ditawarkan di dalam Google Calendar sahaja?
Sumber: Google