Segalanya tentang seni - teater, puisi, muzik, tarian, fotografi, lukisan, arca - diketengahkan secara tradisional dan kontemporari dalam Festival Kesenian Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 yang membuka tirainya hari ini.
Ini merupakan tahun kedua penganjuran festival seni yang dilangsungkan bersempena Hari Kemerdekaan, menyambut kepelbagaian warna seni di Malaysia selaras dengan namanya juga dikenali dengan nama DiverseCity.
Majlis pelancarannya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dihidangkan dengan persembahan alat muzik theremin daripada Ng Chor Guan, syair bertajuk Perpaduan daripada Roslan Maadun, tarian Alamak Dance Crew dan sedutan teater muzikal Mahsuri daripada pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Mengalu-alukan ketibaan Perdana Menteri, pengarah festival Datin Sunita Rajakumar berkata penganjuran festival adalah lebih daripada sekadar usaha menghubung serta menyatukan negara-negara ASEAN dan dunia menerusi kesenian.
"Kita mahu menghidupkan ekosistem kebudayaan yang tulen, kreatif, inovatif dan menyerlah.
"Kami yakin seni dan budaya Malaysia bukan sahaja mampu memberi impak signifikan terhadap ekonomi, tetapi juga terhadap eksport perkhidmatan dan penjenamaan," ujarnya.
Sepertimana pencapaian cemerlang atlet negara yang telah menyatukan segenap lapisan warga Malaysia, Sunita berharap peranan penggiat seni tempatan yang juga telah mengharumkan nama negara di persada antarabangsa dapat memperkuat ikatan yang terbina, pada masa sama mengerat hubungan dengan dunia.
Lebih 50 acara akan berlangsung sepanjang festival yang turut disertai 20 negara termasuk sebahagian besar rakan ASEAN seperti Thailand, Indonesia dan Singapura.
Ini antara persembahan daripada penggiat seni tempatan yang 'mewakili negara' dalam penganjuran kali ini.
Teater Monolog Jual Ubat: Dari Stesen ke Stesen oleh Khalid Salleh
Karya dan dipersembahkan oleh seniman negara yang memegang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Asia Pasifik 1998 - selepas seniman agung P. Ramlee, monolog Jual Ubat menceritakan perihal budaya penjual ubat yang pernah mewarnai senario watan satu ketika dahulu sehingga 70-an. Sebagai penjual ubat, Khalid mengupas soal kemanusiaan, kehidupan dan ketuhanan daripada gelagat kehidupan khalayak dan persekitaran yang diamatinya.
Synthesis - A Repertoire of Resonance oleh Hands Percussion
Satu persembahan genderang unggul yang menggabungkan budaya dan inovasi. Ditubuhkan sejak 1997, Hands Percussion terkenal sebagai kumpulan genderang kontemporari dengan persembahan teaterikal yang menyatukan bunyi instrumen Asia Tenggara dengan gendang Shigu.
Bangsawan Pelayaran Panglima Awang oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)
Mengisahkan Panglima Awang Hitam, atau dikenali dengan nama 'Enrique/Henry The Black' mengikut catatan-catatan jurnal pelayaran Barat. Mengikut catatan tersebut, Panglima Awang menjadi orang kanan kepada Ferdinan Magellan, pelayar Portugis yang dikenali sebagai yang pertama belayar mengelilingi dunia. Bagaimanapun ada yang mengatakan setelah Magellan terbunuh dalam pertempuran di Filipina, Panglima Awang yang menamatkan baki pengembaraannya dan menjadi orang yang sebenarnya berjaya mengelilingi dunia.
Selain itu, seniman antarabangsa yang juga mencuri tumpuan adalah:
Nari: The Shankar Family Project oleh Gingger Shankar
Memiliki pertalian keluarga dengan pemain sitar legenda India, Ravi Shankar, Gingger Shankar merupakan multi-instrumentalis juga satu-satunya wanita yang bermain biola kembar bertali sepuluh. Menerusi Nari (bermaksud 'pengorbanan' dan 'wanita' dalam bahasa Sanskrit), Gingger bercerita tentang kisah pengorbanan dua wanita yang membawa muzik tradisional ke dunia barat pada era 70-an.
LaLaLuna oleh Wolfe Bowart
Teater solo ini adalah karya dan lakonan Wolfe Bowart, tokoh teater fizikal dari Australia. Pernah dipentaskan serata dunia termasuk UK, Greece, Hong Kong, New Zealand dan Brazil serta menjelajah ke 40 lokasi serata negaranya, LaLaLuna merupakan kisah surreal tentang seorang penjaga bulan yang bergelut untuk menerangkan kembali bulan yang semakin gelap.
Dmitry Maloletov Guitar Concerto oleh Dmitry Maloletov
Dianggap antara pemain gitar terulung Rusia, Maloletov mencipta dan memainkan komposisi yang menggabungkan elemen klasikal, jazz, rock, dan folk. Maloletov terkenal dengan kehebatan 'Touchstyle' atau 'Two-Handed Tapping', teknik bermain gitar yang memberi audiens bunyi seakan-akan beberapa orang sedang bermain gitar bersama.
Pelbagai acara pameran arca, lukisan dan fotografi turut mewarnai festival antaranya pameran seni fotografi pejuang kemerdekaan negara menerusi Dirgahayu, pameran arca Anniketybi Madian, lukisan miniatur India Meraki dan pameran koleksi gambar polaroid ikon 'pop-culture' Andy Warhol terbesar dipertontonkan di Malaysia dan Asia menerusi Andy Warhol: Social Circus.
Ada juga seminar, bengkel dan persembahan syair Alam Melayu Nusantara juga forum penyair ASEAN serta acara deklamasi puisi yang melengkapkan festival seni dan budaya ibu kota ini.
Terlalu banyak untuk saya ceritakan apa yang menarik. Jadual penuh, lokasi dan waktu acara serta informasi tentang tempahan tiket persembahan boleh didapati menerusi laman web rasminya, diversecity.my.
Buat pencinta-pencinta seni, apa tunggu lagi?
Israr Khalid
Wed Aug 31 2016
Majlis pelancaran DiverseCity 2016 disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. - Foto Astro AWANI/ISRAR KHALID
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Australia pulang artifak kerajaan Champa yang dicuri dari Kemboja
Ia susulan siasatan selama berbulan-bulan dijalankan dua negara bagi menentukan asal usul arca tersebut.
Arca Zidane 'tanduk' bakal dipasang semula di Qatar
Masyarakat ketika ini sudah mula memahi di sebalik pembentukan arca tersebut dan sudah biasa dengan keadaan itu.
Tugu Peringatan Puteri Diana dirasmikan sempena ulang tahunnya ke-60
Tugu peringatan itu dibina atas permintaan William dan Harry pada 2017 ketika ulang tahun ke-20 kematian ibu mereka.
Kayu lama dan buruk 'nadi' rezeki Abe G
Jelas Abe G, perabot yang menggunakan elemen kayu terbuang seperti tembesu, kemuning hitam dan cengal merupakan pilihan utama golongan elit.
PaKat bantu rakyat Miri pamer dan jual hasil seni
Pandemik COVID-19 mengehadkan ruang buat warga Miri mempamer dan menjual hasil seni yang dihasilkan.
Arca penunjuk perasaan menggantikan patung Colston di Bristol
Marc Quinn mereka patung dengan menyerupai Jen Reid, seorang penunjuk perasaan yang berdiri di atas alas berkenaan selepas patung Colston ditumbangkan dan dibuang ke dalam perlabuhan Bristol.
Arca Putrajaya tarikan terbaharu di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan
Lebih menarik, majlis pelancaran mercu itu disempurnakan sendiri Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, sebagai tarikan baharu ke pusat pentadbiran kerajaan persekutuan.
Neymar dan Messi 'diterbangkan' ke Malaysia?
Bukan sahaja pasukan, tumpuan peminat bola sepak tempatan dan antarabangsa pastinya mengikuti rapat pertembungan legenda bola sepak dari Brazil iaitu Pele dan Diego Maradona dari Argentina.
Patung dewa berkepala haiwan dengan alat kelamin manusia resahkan kementerian Vietnam
Kementerian Kebudayaan Vietnam berkata, patung-patung itu memberi impak negatif kepada 'persekitaran budaya' dan 'selera estetika' masyarakat.
Festival Kesenian Antarabangsa Kuala Lumpur (DiverseCity) 2016 bermula
Acara yang meraikan pelbagai spektrum seni ini dianjurkan buat tahun kedua dan dilangsungkan bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2016.