Sebuah patung arca penunjuk perasaan dalam demonstrasi Black Lives Matter didirikan di atas tapak patung Edward Colston yang ditumbangkan pada 7 Jun lalu.
Seniman Marc Quinn menghasilkan patung menyerupai Jen Reid - seorang penunjuk perasaan yang berdiri di atas tapak berkenaan selepas patung Colston ditumbangkan dan dibuang ke dalam perlabuhan Bristol.
Arca tersebut yang berjudul “A Surge of Power (Jen Reid)” didirikan pada awal pagi pada Rabu tanpa mendapat persetujuan daripada pegawai bandar berkenaan.
Reid menyifatkan patung baharu itu sebagai 'amat menakjubkan' dan berkata ia dapat membantu meneruskan perjuangan berkenaan gerakan Black Lives Matter.
"Saya berharap majlis bandar raya akan menyimpan patung itu di sini.
"Saya rasa ia penting kerana ada patung lain yang menggantikan Edward Colston.
"Ia juga bagi memberikan peluang kepada orang ramai untuk berbincang dan belajar selain mendidik serta meneruskan perbualan mengenai BLM (Black Lives Matter)," katanya.
Edward Colston merupakan seorang peniaga hamba abad ke-17 yang mengaut keuntungan dengan memperdagangkan orang Afrika melintasi Atlantik ke Amerika.
Dia menggunakan wangnya untuk membiayai sekolah dan badan amal di Bristol, sebuah bandar yang terletak 195 kilometer barat daya dari London.
Penumbangan arcanya dicetuskan oleh kematian George Floyd, seorang lelaki kulit hitam berusia 46 tahun yang maut ketika dalam tahanan polis di Minneapolis, Minnesota Amerika Syarikat.
BACA: Kematian George Floyd: Ini 5 tugu kontroversi jadi mangsa vandalisme
Floyd maut pada 25 Mei lalu selepas seorang polis kulit putih, Derek Chauvin selama hampir sembilan minit sehingga mangsa tidak boleh bernafas.
Agensi
Wed Jul 15 2020
Marc Quinn mereka patung dengan menyerupai Jen Reid, seorang penunjuk perasaan yang berdiri di atas tapak berkenaan selepas patung Colston ditumbangkan dan dibuang ke dalam perlabuhan Bristol. - REUTERS
Rock In The Jungle bakal gegarkan Gunung Santubong
Berlangsung hujung minggu ini, acara Rock In The Jungle bakal menghimpunkan kumpulan-kumpulan rock terkemuka bukan sahaja dari Malaysia, juga negara jiran Singapura dan Indonesia.
TH larang syarikat haji, umrah promosi visa mujamalah, furada
Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesen di bawah Lembaga Tabung Haji tidak dibenarkan mempromosikan pakej visa mujamalah atau furada.
Kerani bank rugi lebih RM100,000 terperdaya 'phone scam'
Seorang kerani bank kerugian RM115,950 selepas terperdaya sindiket penipuan melalui telefon atau 'phone scam' yang menyamar sebagai polis dan pendakwa raya.
Kerja pembaikan SMK Lutong akan dilakukan segera
Kerja-kerja pembaikan asas SMK Lutong, Miri yang terjejas akibat ribut pada hujung minggu lalu akan dilakukan dengan segera.
Terus bersatu meraikan kepelbagaian dan kepercayaan - Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mahu rakyat di negeri itu terus bersama-sama sebagai satu masyarakat bersatu dalam meraikan kepelbagaian dan kepercayaan
Hujan berterusan di timur Sabah hingga 30 Disember
MetMalaysia keluarkan amaran ramalan cuaca signifikan berdasarkan analisis model-model cuaca terkini, luruan monsun lemah dijangka berlaku pada 28 hingga 30 Disember 2024.
Penduduk perlukan penempatan lebih sistematik dan kukuh
Perancangan jangka panjang sedang dirangka bagi membantu mangsa insiden angin kencang di penempatan atas air di Semporna.
Utamakan keselamatan, rai dengan keceriaan - Bomba Sabah
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah, Zainal@Jainal Madasin berkata, masyarakat perlu berwaspada terhadap sebarang risiko termasuk kebakaran, kemalangan, serta banjir.
14 barangan di bawah SHMMP bermula 23 hingga 27 Disember
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak telah mewartakan 14 jenis barangan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Sempena Hari Krismas.
Pengurus Besar Perak FC umum letak jawatan berkuat kuasa 1 Jan ini
Pengurus Besar Perak FC Neow Choo Seong mengumumkan peletakan jawatan dalam pasukan itu berkuat kuasa 1 Jan 2025.
Australia pulang artifak kerajaan Champa yang dicuri dari Kemboja
Ia susulan siasatan selama berbulan-bulan dijalankan dua negara bagi menentukan asal usul arca tersebut.
Arca Zidane 'tanduk' bakal dipasang semula di Qatar
Masyarakat ketika ini sudah mula memahi di sebalik pembentukan arca tersebut dan sudah biasa dengan keadaan itu.
Tugu Peringatan Puteri Diana dirasmikan sempena ulang tahunnya ke-60
Tugu peringatan itu dibina atas permintaan William dan Harry pada 2017 ketika ulang tahun ke-20 kematian ibu mereka.
Kayu lama dan buruk 'nadi' rezeki Abe G
Jelas Abe G, perabot yang menggunakan elemen kayu terbuang seperti tembesu, kemuning hitam dan cengal merupakan pilihan utama golongan elit.
PaKat bantu rakyat Miri pamer dan jual hasil seni
Pandemik COVID-19 mengehadkan ruang buat warga Miri mempamer dan menjual hasil seni yang dihasilkan.
Arca penunjuk perasaan menggantikan patung Colston di Bristol
Marc Quinn mereka patung dengan menyerupai Jen Reid, seorang penunjuk perasaan yang berdiri di atas alas berkenaan selepas patung Colston ditumbangkan dan dibuang ke dalam perlabuhan Bristol.
Arca Putrajaya tarikan terbaharu di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan
Lebih menarik, majlis pelancaran mercu itu disempurnakan sendiri Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, sebagai tarikan baharu ke pusat pentadbiran kerajaan persekutuan.
Neymar dan Messi 'diterbangkan' ke Malaysia?
Bukan sahaja pasukan, tumpuan peminat bola sepak tempatan dan antarabangsa pastinya mengikuti rapat pertembungan legenda bola sepak dari Brazil iaitu Pele dan Diego Maradona dari Argentina.
Patung dewa berkepala haiwan dengan alat kelamin manusia resahkan kementerian Vietnam
Kementerian Kebudayaan Vietnam berkata, patung-patung itu memberi impak negatif kepada 'persekitaran budaya' dan 'selera estetika' masyarakat.
Festival Kesenian Antarabangsa Kuala Lumpur (DiverseCity) 2016 bermula
Acara yang meraikan pelbagai spektrum seni ini dianjurkan buat tahun kedua dan dilangsungkan bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2016.