Menyedari keperluan mendesak untuk pendekatan kesihatan yang menyeluruh, Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB) bersama MYDIN melancarkan kempen "Jom Sihat, Kekal Cergas" untuk mengajak rakyat Malaysia memilih gaya hidup yang lebih sihat.
Kempen diadakan selama empat hari bermula 13 September sempena Hari Malaysia, dengan jerayawara di MYDIN USJ, Subang Jaya untuk menyampaikan seruan kepentingan gaya hidup seimbang dan mendidik orang ramai dalam mengamalkan pemakanan yang sihat.
Seiring seruan itu, kempen “Jom Sihat, Kekal Cergas” F&N mempamerkan barisan produknya yang membawa Logo Pilihan Lebih Sihat (Healthier Choice Logo, HCL), selaras falsafah “Nikmat Sebenar, Kebaikan Sejati” serta berpandukan Piagam Nutrisi (Nutrition Charter) yang tersendiri.
Ia mencerminkan dedikasi syarikat dalam memenuhi kriteria nutrien yang ketat - menurunkan kandungan gula, sodium dan lemak, sambil meningkatkan ramuan bermanfaat seperti protein dan vitamin.
Majlis pelancarannya turut menampilkan sesi perkongsian daripada Pengarah Pemasaran Minuman F&N, Leong Wai Yin; Pensyarah Kanan di Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar; dan Pegawai Perubatan merangkap Pempengaruh Kesihatan, Dr Amanda Elli.
Dr Nur Aqilah menekankan tentang pentingnya pengambilan makanan yang lebih sihat menerusi literasi pelabelan makanan.
“Nutrisi memainkan peranan yang kritikal dalam gaya hidup sihat, dan pemilihan yang lebih bijak dalam diet seseorang boleh membawa impak yang signifikan kepada kehidupan rakyat Malaysia.
“Perubahan dalam pemilihan makanan dan minuman seharian kita, meskipun hanya pada skala kecil, mampu mendatangkan manfaat besar kepada kesihatan jangka masa panjang kita.”
Dr Amanda juga bersependapat dengan Dr Nur Aqilah, menegaskan kepentingan Logo Pilihan Lebih Sihat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta pengaruhnya dalam membimbing para pengguna untuk membuat pilihan yang lebih bijak.
“Logo Pilihan Lebih Sihat menandakan sesebuah produk telah memenuhi set kriteria nutrisi yang telah digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Dengan pemilihan produk yang berlabel ini, seperti minuman F&N, para pengguna mendapat maklumat lengkap dan tepat dalam membuat keputusan yang menyumbang kepada kesihatan mereka secara menyeluruh.
“Penjagaan diet yang seimbang, kekal aktif secara fizikal, dan pengurusan kesihatan mental adalah kunci kepada kehidupan yang sejahtera.”
Wai Yin pula menyatakan "Kempen Jom Sihat, Kekal Cergas” ini mencerminkan komitmen F&N untuk menangani cabaran-cabaran kesihatan di Malaysia dengan menawarkan minuman yang tidak hanya lazat, tetapi memenuhi keperluan nutrisi pembeli.
“Kami berbesar hati untuk menawarkan rangkaian produk yang lebih lazat dan lebih sihat, selari dengan Piagam Nutrisi kami dan menepati piawaian tinggi Logo Pilihan Lebih Sihat.
“Kerjasama dengan MYDIN pula mempermudahkan produk-produk lebih sihat ini untuk didapati, menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menjalani hidup lebih aktif dan seimbang.”
Jerayawara di MYDIN USJ tersebut turut menampilkan stesen-stesen interaktif yang mempamerkan jenama F&N, termasuk F&N Magnolia Milk, 100PLUS, F&N SEASONS, dan OYOSHI Green Tea.
Setiap stesen menunjukkan manfaat-manfaat nutrisi produk-produk tersebut seiring dengan pelbagai aktiviti bertema yang mempromosikan kesejahteraan fizikal dan mental dengan penglibatan menyeluruh dan menyeronokkan untuk dialami oleh para pengunjung.
Sejak 2004, F&N telah menurunkan indeks gula mereka sebanyak 51 peratus dan komited dalam memastikan bahawa 67 peratus daripada minuman sedia diminum dan produk tenusu F&N mematuhi garis panduan nutrisi Malaysia menjelang tahun 2025.
Ini selari dengan piawaian Logo Pilihan Lebih Sihat Kementerian Kesihatan, sebahagian daripada Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (NPANM) III (2016-2025).