Bersempena sambutan ulang tahun ke-135 Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB) telah menganjurkan pertandingan yang menawarkan hadiah lumayan termasuk lambang emas 916, seberat 1.35kg eksklusif yang bernilai RM300,000.
Tiga cabaran diperkenalkan dimana dua daripadanya iaitu mengenalpasti dan merebut produk F&N yang perlu dilakukan dalam masa 135 saat.
Menurut pemenang utama, Liew Wei Boon beliau tidak menyangka akan memenangi pertandingan tersebut kerana persaingannya begitu sengit.
“Saya sangat gembira dan berterima kasih kepada F&N, rakan-rakan dan keluarga kerana menyokong saya.
“Apabila saya mendapat panggilan daripada F&N saya agak terkejut dan tertekan pada mulanya dan saya terpaksa membuat banyak latihan dan rujukan.,’’ katanya kepada Astro AWANI.
Walau bagaimanapun, Liew yang juga seorang pegawai tekonologi maklumat berkata saat tersebut merupakan saat yang tidak dapat dilupakan dan beliau berasa lega sejurus pertandingan tersebut selesai.
Dalam pada itu, Pengurus Kanan Pemasaran F&N Lee Wong Yin berkata "F&N 135TH ANNIVERSARY FIESTA" diadakan bagi memberi ganjaran kepada pelanggan yang setia kepada jenama itu sejak 135 tahun lepas.
Sementara itu, dalam majlis sama, F&N turut mengumumkan kontrak jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, bersama 100 Plus disambung sehingga 2020.
“Saya tidak menyangka dengan keadaan saya sekarang ini yang tidak berapa sihat, tetapi F&N dan 100 Plus tetap meneruskan kontrak saya sebagai duta 100 Plus.
“Walaupun saya telah berbincang dengan pihak mereka dan berkata saya tidak dapat memberikan sepenuh tenaga seperti dahulu tetapi F&N tetap ingin meneruskan perjanjian dengan saya.
“Ini merupakan antara saat yang paling besar bagi hidup saya apabila telah menjadi duta bagi F&N sehingga 2020,’’ katanya pada sidang media selepas Cabaran Akhir Kemuncak ‘F&N 135th Anniversary Fiesta’ di IOI Mall, di sini hari ini.
Firdaus Alauddin
Sun Dec 09 2018

Menurut pemenang utama, Liew Wei Boon beliau tidak menyangka akan memenangi pertandingan tersebut kerana persaingannya begitu sengit. - Foto Astro AWANI/Firdaus Alauddin
AWANI Ringkas: Lima video 'deepfake' penipuan pelaburan dikesan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sapura Energy: Bukan 'bailout', tapi pelaburan strategik
Kerajaan menafikan dakwaan bahawa suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy merupakan satu bentuk bailout bagi menyelamatkan syarikat berkenaan.

AirBorneo: Sarawak bakal peroleh model pesawat jenis ATR 72-600 baharu
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.

Google Photos kelak tidak akan menyimpan imej RAW secara automatik
Imej DNG akan disimpan dalam folder tersendiri dan dikenal pasti sama ada telah diproses atau belum.

Kiosk Sentuhan Madani kedua di KL Sentral akan dilancar esok
Kerajaan akan memperluaskan inisiatif Kiosk Sentuhan Madani ke lokasi strategik kedua di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral).

Lelaki langgar mati suami isteri mengaku tidak bersalah memandu bawah pengaruh dadah
Tertuduh, Ng Ju Han, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi.

Kes kolej vokasional: Tertuduh pertama dakwa hanya tolak, tepis bahu mangsa
Tertuduh pertama dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu bahawa dia tidak memukul mangsa ketika di bilik asrama, sebaliknya hanya menolak serta menepis bahu.
Suruhanjaya Eropah umum langkah balas terhadap tarif AS
Suruhanjaya Eropah pada Rabu mengumumkan pelaksanaan langkah balas terhadap tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap blok negara berkenaan.
[TERKINI] Bukan 'bailout', pelaburan dalam Sapura Energy langkah strategik
Kerajaan menafikan pembiayaan RM1.1 bilion kepada Sapura energy sebagai tindakan 'bailout' terhadap syarikat berkenaan, sebaliknya ia merupakan langkah pelaburan strategik.

ACLE: Jaringan Obregon dibatal VAR, ini penjelasan Subkhiddin
JDT terpaksa akur jaringan Suphanat Mueanta di separuh masa kedua bertindak sebagai pemisah sekali gus menyingkirkan JDT daripada kejohanan.

Saya akan kembali ke gelanggang pada Januari 2019 - Chong Wei
Chong Wei berkata beliau akan kembali beraksi di gelanggang pada Januari tahun hadapan.