PERNAH dengar tentang kopi luwak?
Biji kopi yang diproses dari buangan najis musang dan berasal dari Indonesia itu diiktiraf sebagai antara kopi termahal di dunia. Kalau grednya bagus, harga secawan boleh mencecah antara RM300 ke RM400.
Itu cerita kopi... namun pernahkah anda dengar teh dari najis panda?
Ya, wujud juga teh sebegitu dan ia banyak ditanam di wilayah Sichuan, China, menurut laporan People's Daily.
Dikenali sebagai ‘panda tea’, teh tersebut merupakan dari jenis teh hijau namun ia bukanlah benar-benar diproses semula dari najis haiwan itu seperti pembuatan kopi luwak. Sebaliknya, najis haiwan kebanggaan China itu digunakan sebagai baja kepada teh berkenaan.
Selepas dipetik, ia boleh dijual pada harga hampir RM17,000 sekilogram, malah mungkin lebih juga.
Individu di belakang idea ini adalah An Yanshi, seorang pencinta panda dan pensyarah di Universiti Sichuan.
Mengusahakannya sejak 2011, Yanshi berkata: “Panda mempunyai sistem penghadaman yang kurang baik, hanya menyerap 30 peratus daripada apa yang mereka makan.
“Ini bermakna najis mereka kaya dengan nutrien dan serat.
“Sama seperti teh hijau, buluh (makanan panda) mempunyai elemen yang menghalang kanser,” katanya.
Teh tersebut kini dianggap sebagai teh terbaik di China malah boleh dikatakan terbaik di seluruh dunia juga.
“Saya bersyukur kerana kita dianugerahkan dengan ‘panda tea’ ini.
“Saya mahu meyakinkan orang dan menyampaikan mesej untuk lebih banyak menukar sesuatu yang tidak berguna kepada sesuatu yang lain,” ujarnya.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
Agensi
Sat Feb 20 2021
Dikenali sebagai panda tea, teh tersebut merupakan teh hijau namun ia bukanlah benar-benar dari najis haiwan itu, cuma najisnya digunakan sebagai baja kepada teh berkenaan. - Gambar AP
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
Zoo di China buat hal lagi, warnakan anjing menyerupai panda
Pengunjung zoo kebingungan selepas haiwan itu mula mempamerkan ciri seekor anjing, termasuk menyalak.
Panda gergasi Fu Bao buat kemunculan pertama di China
Panda gergasi pertama yang dilahirkan di Republik Korea (ROK), Fu Bao bertemu orang ramai buat pertama kali sejak kembali ke Wilayah Sichuan di barat daya China.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
China: Usaha lindungi haiwan dan tumbuhan liar catat pencapaian menggalakkan
Antara spesies yang berjaya ditambah populasinya ialah panda gergasi, gajah Asia, harimau dan harimau bintang, ungka Hainan, burung sekendi berjambul dan pokok merpati.
Leka bergambar, kakitangan zoo berjaya selamatkan remaja jatuh dalam kandang panda
Seorang remaja berjaya diselamatkan selepas masuk ke kandang panda gergasi di Zoo Adelaide untuk mendapatkan telefon pintarnya.
Tuan Tuan sudah tiada, mati akibat serangan sawan
Zoo Taipei memaklumkan panda yang diberi nama Tuan Tuan itu beberapa kali mengalami serangan sawan.
Anak ketiga pasangan panda gergasi diberi nama Shen Yi
Nama yang diberikan kepada anak panda itu membawa maksud keamanan dan persahabatan.
Huan Huan, panda dipinjamkan ke Perancis bunting lagi - Zoo Beauval
Huan Huan dijangka melahirkan bayinya akhir bulan ini atau awal bulan Ogos.
Zoo Negara kembali ceria! Pengunjung 'lepas rindu'
Setakat ini, hanya 2,500 pengunjung dibenarkan pada satu-satu masa bermula 9 pagi hingga 5 petang.
Anak panda kembar curi tumpuan di Zoo Berlin
Apa yang lebih menarik, panda kembar Meng Xiang dan Meng Yuan bakal menyambut kelahiran pertama pada 31 Ogos ini.