Malaysia bakal menjadi negara pertama di Asia untuk mendapatkan BlackBerry Q10, setelah pelancaran Z10 pada Februari 2013. Q10 akan mula diedarkan kepada pengguna secara rasminya pada hari Rabu, 15 Mei.
Q10 mempunyai skrin sesentuh OLED 3.1 inci dengan resolusi 720 X 720. Berbeza dengan Z10, Q10 mempunyai kekunci QWERTY yang sudah menjadi sinonim dengan telefon pintar milik BlackBerry.
Q10 juga mempunyai ciri BlackBerry Balance dimana pengguna boleh menukar diantara profil kerja dan peribadi untuk mesej, emel dan aplikasi.
Pengguna juga boleh ‘swipe’ skrin sesentuh untuk menukar diantara aplikasi dengan BlackBerry Hub.
Dengan Q10, BlackBerry Messenger mempunyai ciri perbualan video dan membenarkan pengguna untuk kongsi gambar atau dokumen dengan mudah.
Seperti Siri untuk iPhone dan iPad dan S Voice untuk telefon pintar Samsung, BlackBerry Q10 juga mempunyai ciri kawalan suara untuk menghantar mesej BBM, membuat jadual mesyuarat, atau mengemas kini status Facebook.
Telefon pintar Z10 dan Q10 dilancarkan pada 30 Januari di Amerika Syarikat dan beberapa negara lain atas cubaan BlackBerry (yang dulu dikenali sebagai Research in Motion) untuk atasi pesaing terdekat mereka iaitu Apple dan Samsung.
Walaupun ramai sudah beralih untuk mengguna produk Apple atau Samsung, menurut kajiselidik yang dikendalikan oleh YouGov, pengguna sedia ada yang ingin membeli telefon pintar BlackBerry yang baru meningkat dari 18 peratus pada tahun 2012 ke 43 peratus awal tahun ini.
Penjenamaan semula BlackBerry dan juga penggunaan sistem operasi baharu untuk Z10 dan Q10 adalah antara faktor jenama BlackBerry boleh diterima semula oleh pengguna.
Syafique Shuib
Sat May 11 2013
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Blackberry tubuh ibu pejabat keselamatan siber serantau Apac di Malaysia
Ia komitmen berterusan BlackBerry terhadap kerajaan Malaysia, berikutan perjanjian keselamatan siber penting yang diumumkan Nov 2023.
Papan kekunci umpama BlackBerry kini ditawar untuk iPhone
Papan kekunci Clicks dikatakan menawarkan pengalaman papan kekunci yang memuaskan dan tidak memerlukan pengecasan berasingan.
Huawei akan beralih sepenuhnya kepada sistem operasi sendiri tahun ini
Dinamakan HarmonyOS Next, ia dibangunkan sepenuhnya dari awal, dan bebas daripada penggunaan sistem Android.
Keselamatan siber: Malaysia perlu 25,000 profesional menjelang 2025 - PM Anwar
Malaysia kini kekurangan 12,000 profesional sekuriti siber, dan negara memerlukan lebih 25,000 pekerja bidang tersebut menjelang 2025.
Blackberry, Kerajaan Malaysia meterai perjanjian keselamatan siber
Ia bagi membolehkan kerajaan Malaysia memanfaatkan rangkaian penyelesaian keselamatan siber BlackBerry yang dipercayai sepenuhnya.
BlackBerry nyata hasrat mahu kolaborasi dengan Malaysia - PM Anwar
BlackBerry, menyatakan hasrat untuk menopang pertumbuhan ekonomi negara menerusi kolaborasi bersama Malaysia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selamat tinggal... berakhirnya era BlackBerry
Tindakan menamatkan sistem sokongan tersebut adalah sebagai penamat kepada penggunaan peranti yang pernah dianggap teknologi canggih itu.
Nasihat Jho Low berkaitan isu kewangan tidak selalu munasabah - Saksi
Mohd Hazem menjelaskan, tindakan bermesyuarat di rumah Jho Low adalah kerana ahli perniagaan itu "bukan sebahagian 1MDB".
BlackBerry buat kemunculan semula? Bakal hadir dengan telefon bimbit 5G
Telefon pintar itu direka khas untuk membantu pengguna yang mementingkan perlindungan maklumat pada tahap yang tinggi.