SAN FRANCISCO: BlackBerry Ltd menandatangani perjanjian perisian dan perkhidmatan jangka panjang dengan kerajaan Malaysia untuk mengukuhkan kedudukan keselamatan siber negara itu di sini, hari ini.
Menurut BlackBerry, perjanjian itu akan membolehkan kerajaan Malaysia memanfaatkan rangkaian penyelesaian keselamatan sibernya yang dipercayai sepenuhnya dan menyokong integriti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), selain meningkatkan kemahiran tenaga kerja negara itu dengan teknologi dan latihan keselamatan siber termaju.
"Sektor awam Malaysia akan mendapat manfaat daripada akses yang selamat, dipercayai, pada masa nyata kepada perisian dan perkhidmatan BlackBerry, yang dihoskan dalam awan berdaulat," menurut syarikat perisian Kanada itu yang mengkhusus dalam keselamatan siber dalam kenyataan hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia perlu menjalin kerjasama antarabangsa yang menerima pakai teknologi terkini untuk terus berkembang, makmur serta memastikan data negara dan rakyat selamat.
Beliau berkata Malaysia juga perlu menjemput pelaburan asing yang dapat meningkatkan dan melatih tenaga kerja keselamatan siber bertaraf dunia.
"Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan BlackBerry bagi menyokong matlamat Malaysia untuk menjadi contoh utama dalam daya tahan siber - dengan janji kedaulatan data, untuk maklumat, data dan komunikasi kerajaan kita," kata Anwar, yang juga Menteri Kewangan, dalam kenyataan yang sama.
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau berkata keselamatan siber adalah tonggak utama Strategi Indo-Pasifik Kanada, yang menyasarkan untuk memacu keamanan, keselamatan dan kerjasama di rantau ini.
"Keselamatan siber adalah cabaran bersama yang memerlukan kerjasama antarabangsa, sebab itu kami amat menyokong Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber BlackBerry di Malaysia, rakan kongsi dua hala penting Kanada," katanya.
Trudeau berkata dengan menyokong pembela siber masa depan Malaysia dan mewujudkan rangkaian serantau yang lebih kukuh untuk berkongsi kepakaran antara Kanada dan Asia Tenggara, kedua-dua negara boleh mengukuhkan lagi daya tahan dan kapasiti mereka antara satu sama lain, dan dengan rantau yang lebih luas untuk menangani, menghalang dan respons terhadap ancaman siber.
Menurut kenyataan itu, perjanjian tersebut termasuklah penyelesaian keselamatan siber terkemuka dunia BlackBerry yang dikuasakan oleh Cylance(R) AI untuk meramal dan mencegah serangan siber, NATO-certified BlackBerry(R) SecuSUITE(R) untuk komunikasi selamat, BlackBerry(R) UEM (Unified Endpoint Management) untuk melindungi data kerajaan dalam kalangan tenaga kerja perayauan dan BlackBerry(R) AtHoc(R) digunakan oleh kerajaan di seluruh dunia untuk pengurusan acara penting dan respons insiden.
Blackberry tubuh pusat keselamatan siber di KL
BlackBerry turut mengumumkan bahawa ia akan menubuhkan Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber (CCoE) bertaraf dunia di Kuala Lumpur pada 2024, yang juga merupakan CCoE pertamanya di rantau Asia Pasifik.
"Ekonomi Malaysia yang berkembang pesat adalah pilihan strategik untuk CCoE pertama BlackBerry di rantau ini," katanya dalam kenyataan itu.
Katanya CCoE akan menawarkan latihan khusus untuk memacu kapasiti dan kesediaan keselamatan siber Malaysia, dengan matlamat menampung kekurangan 12,000 profesional siber negara.
"Kerajaan Kanada mengalu-alukan penubuhan CCoE dan merancang untuk bekerjasama rapat dengan BlackBerry, kerajaan Malaysia, dan CCoE akan memberikan bantuan binaan kapasiti keselamatan siber kepada Asia Tenggara, seperti yang dimandatkan di bawah Strategi Indo-Pasifik Kanada," katanya.
Menurut BlackBerry, CCoE akan menawarkan pendidikan dan latihan keselamatan siber serta risikan ancaman siber dan pasukan tindak balas insiden "sentiasa aktif" untuk membantu negara melindungi daripada aktiviti siber berniat jahat yang menyasarkan perniagaan, kerajaan dan infrastruktur.
"CCoE juga akan meningkatkan perkongsian risikan antara negara dan memperluas rangkaian risikan ancaman global BlackBerry," katanya.
Presiden Keselamatan Siber BlackBerry John Giamatteo berkata CCoE di Malaysia dirangka untuk menyokong matlamat strategik Perdana Menteri dalam meningkatkan tenaga kerja keselamatan siber yang mahir dan menjadikan Malaysia sebagai hab serantau yang penting untuk risikan ancaman.
Giamatteo akan menyelia penggunaan penyelesaian keselamatan siber BlackBerry di Malaysia dan penubuhan CCoE BlackBerry.
Menyertai Giamatteo pada majlis pemeteraian itu ialah Ketua Hal Ehwal Kerajaan dan Pegawai Dasar Awam BlackBerry Marjorie Dickman, yang bertanggungjawab untuk penyeliaan strategik perhubungan kerajaan global dan operasi dasar awam BlackBerry.
Turut hadir Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Pengerusi Eksekutif MCMC Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan ahli delegasi Malaysia lain yang menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin APEC di San Francisco.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 18 2023
Antara yang hadir pada majlis pemeteraian perjanjian perisian dan perkhidmatan jangka panjang antara BlackBerry dan kerajaan Malaysia di San Francisco ialah Fahmi, Mohamad Salim, Giamatteo dan Dickman. - Foto BERNAMA
COP29: Penyertaan Malaysia beri kemajuan terhadap matlamat pelepasan karbon sifar bersih
Malaysia buka inisiatif inovatif dan pelaburan besar untuk membolehkan negara melangkah lebih jauh ke arah menjadi negara pelepasan karbon sifar bersih.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
Trump calonkan Whitaker sebagai Duta AS ke NATO
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu menamakan bekas pemangku peguam negara, Matthew Whitaker sebagai pilihannya untuk jawatan Duta AS ke Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Trump berkata Whitaker akan mengukuhkan hubungan dengan rakan kongsi NATO dan berdiri teguh dalam menghadapi ancaman terhadap keamanan serta kestabilan, lapor Agensi Berita Jerman (DPA).
Kapal angkasa kargo Rusia berjaya dilancar ke orbit
Rusia berjaya melancarkan kapal angkasa kargo Progress MS-29 ke orbit menggunakan roket pengangkut Soyuz-2.1a
Taikun India Gautham Adani terpalit rasuah jutaan dolar
Pengerusi Kumpulan Adani India, Gautam Adani didakwa di Mahkamah Persekutuan New York, Amerika Syarikat atas pertuduhan berkaitan skim rasuah dan penipuan besar-besaran. Adani bersama tujuh individu lain, termasuk anak saudaranya, Sagar Adani didakwa membayar rasuah bernilai 265 juta (RM1.18 bilion) kepada pegawai kerajaan India untuk mendapatkan kontrak yang menjana keuntungan AS$2 bilion dalam tempoh 20 tahun.
Remaja Australia minum alkohol beracun di Laos meninggal
Seorang lagi pelancong asing maut akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, pada Khamis.
ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada Khamis mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas menteri pertahanannya, Yoav Gallant atas dakwaan jenayah kemanusiaan dan perang di Gaza. Waran tangkap terbaharu yang dikeluarkan ICC itu turut melibatkan Ketua Hamas, Ibrahim Al-Masri.
Blackberry tubuh ibu pejabat keselamatan siber serantau Apac di Malaysia
Ia komitmen berterusan BlackBerry terhadap kerajaan Malaysia, berikutan perjanjian keselamatan siber penting yang diumumkan Nov 2023.
Papan kekunci umpama BlackBerry kini ditawar untuk iPhone
Papan kekunci Clicks dikatakan menawarkan pengalaman papan kekunci yang memuaskan dan tidak memerlukan pengecasan berasingan.
Huawei akan beralih sepenuhnya kepada sistem operasi sendiri tahun ini
Dinamakan HarmonyOS Next, ia dibangunkan sepenuhnya dari awal, dan bebas daripada penggunaan sistem Android.
Keselamatan siber: Malaysia perlu 25,000 profesional menjelang 2025 - PM Anwar
Malaysia kini kekurangan 12,000 profesional sekuriti siber, dan negara memerlukan lebih 25,000 pekerja bidang tersebut menjelang 2025.
Blackberry, Kerajaan Malaysia meterai perjanjian keselamatan siber
Ia bagi membolehkan kerajaan Malaysia memanfaatkan rangkaian penyelesaian keselamatan siber BlackBerry yang dipercayai sepenuhnya.
BlackBerry nyata hasrat mahu kolaborasi dengan Malaysia - PM Anwar
BlackBerry, menyatakan hasrat untuk menopang pertumbuhan ekonomi negara menerusi kolaborasi bersama Malaysia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selamat tinggal... berakhirnya era BlackBerry
Tindakan menamatkan sistem sokongan tersebut adalah sebagai penamat kepada penggunaan peranti yang pernah dianggap teknologi canggih itu.
Nasihat Jho Low berkaitan isu kewangan tidak selalu munasabah - Saksi
Mohd Hazem menjelaskan, tindakan bermesyuarat di rumah Jho Low adalah kerana ahli perniagaan itu "bukan sebahagian 1MDB".
BlackBerry buat kemunculan semula? Bakal hadir dengan telefon bimbit 5G
Telefon pintar itu direka khas untuk membantu pengguna yang mementingkan perlindungan maklumat pada tahap yang tinggi.