BLACKBERRY dikhabarkan bakal membuat kemunculan semula tahun depan.
Jenama telefon pintar yang satu ketika dahulu begitu popular dengan ciri papan kekunci pada panel pemuka itu difahamkan bakal menampilkan peranti yang khusus bercirikan teknologi 5G pada pertengahan 2021.
Menerusi satu kenyataan rasmi OnwardMobility, telefon pintar itu direka khas untuk membantu pengguna yang mementingkan perlindungan maklumat pada tahap yang tinggi.
Peranti terbaharu ini dikatakan bakal tampil dengan ciri fizikal trademark papan kekunci yang mungkin mendatangkan keselesaan bagi sebilangan besar pengguna.
Spesifikasi lain masih belum didedahkan sepenuhnya, namun peranti ini akan mula menjengah pasaran Eropah serta Utara Amerika mulai tahun depan.
Ia sekali gus memberi bayangan bahawa peranti BlackBerry terbaharu ini bukan 'biasa-biasa', malah dicipta bagi kelompok yang sentiasa mahu data dan komunikasi dilindungi seketat mungkin.
BlackBerry kini diletakkan di bawah OnwardMobility selepas perjanjian telefon pintar itu bersama TCL berakhir.
Agensi
Thu Aug 20 2020

BlackBerry bakal membuat kemunculan semula pertengahan tahun depan dengan peranti berciri 5G. Gambar ialah model BlackBerry Key2 LE. -Foto Facebook@Muralimaddisetty
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Blackberry tubuh ibu pejabat keselamatan siber serantau Apac di Malaysia
Ia komitmen berterusan BlackBerry terhadap kerajaan Malaysia, berikutan perjanjian keselamatan siber penting yang diumumkan Nov 2023.

Papan kekunci umpama BlackBerry kini ditawar untuk iPhone
Papan kekunci Clicks dikatakan menawarkan pengalaman papan kekunci yang memuaskan dan tidak memerlukan pengecasan berasingan.

Huawei akan beralih sepenuhnya kepada sistem operasi sendiri tahun ini
Dinamakan HarmonyOS Next, ia dibangunkan sepenuhnya dari awal, dan bebas daripada penggunaan sistem Android.

Keselamatan siber: Malaysia perlu 25,000 profesional menjelang 2025 - PM Anwar
Malaysia kini kekurangan 12,000 profesional sekuriti siber, dan negara memerlukan lebih 25,000 pekerja bidang tersebut menjelang 2025.

Blackberry, Kerajaan Malaysia meterai perjanjian keselamatan siber
Ia bagi membolehkan kerajaan Malaysia memanfaatkan rangkaian penyelesaian keselamatan siber BlackBerry yang dipercayai sepenuhnya.

BlackBerry nyata hasrat mahu kolaborasi dengan Malaysia - PM Anwar
BlackBerry, menyatakan hasrat untuk menopang pertumbuhan ekonomi negara menerusi kolaborasi bersama Malaysia.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Selamat tinggal... berakhirnya era BlackBerry
Tindakan menamatkan sistem sokongan tersebut adalah sebagai penamat kepada penggunaan peranti yang pernah dianggap teknologi canggih itu.

Nasihat Jho Low berkaitan isu kewangan tidak selalu munasabah - Saksi
Mohd Hazem menjelaskan, tindakan bermesyuarat di rumah Jho Low adalah kerana ahli perniagaan itu "bukan sebahagian 1MDB".

BlackBerry buat kemunculan semula? Bakal hadir dengan telefon bimbit 5G
Telefon pintar itu direka khas untuk membantu pengguna yang mementingkan perlindungan maklumat pada tahap yang tinggi.