MENYEDARI berlaku peningkatan jumlah pesakit kanser di negara ini, tiga sahabat mengambil inisiatif 'Walk For Cancer Malaysia' sebagai usaha meningkatkan kesedaran masyarakat keperluan membuat saringan awal pemeriksaan kanser.
Pencetus idea kepada misi tersebut, Mahendran Suriyanarayanan, 43, berkata 'Walk For Cancer Malaysia' di mana ketiga-tiga mereka berjalan kaki daripada Serian, Sarawak hingga ke Kudat, Sabah sejauh 1,293 kilometer bagi menyampaikan mesej itu.
"Kenapa berjalan kaki? Pada zaman dahulu tidak ramai memiliki basikal, motosikal jadi perlu berjalan, pesakit kanser pun dahulu tidak ramai tetapi tahun ini saya difahamkan jumlah pesakit kanser di Malaysia telah meningkat. Berjalan kaki bagus, apabila berjalan kaki kita berpeluh, kita sihat dan cara berfikir akan berubah.
"Menerusi 'Walk For Cancer Malaysia ini di tempat persinggahan saya akan berjumpa masyarakat bercakap mengenai kanser ... jadi misi ini bertujuan memberi nasihat supaya kekal bersenam, jaga pemakanan, lebihkan makanan buah-buahan serta buat saringan awal bagi pemeriksaan kanser," katanya ketika ditemui di sini pada Ahad.
Selain Mahendran, dua lagi rakannya ialah Muhammad Azlan Abdullah, 37, dan Norzairi Zainal, 32, yang sehingga kini telah berjalan sejauh 556 kilometer (Serian-Bintulu) sejak 12 hari lepas dalam misi yang dijangka mengambil masa lebih sebulan itu.
Mengulas lanjut, Mahendran berkata sepanjang misi tersebut mereka juga mengambil kesempatan melawat hospital berjumpa pesakit kanser yang ada.
"Kami ada melawat hospital di Kuching, Serian, Sarikei, Sibu dan Bintulu. Kami ada berjumpa beberapa pesakit, berbual serta memberi semangat kepada mereka.
"Sewaktu di Sarikei, kami kebetulan bertemu dengan seorang wanita pesakit kanser, kisah wanita itu sangat memberi inspirasi kepada kami, dia (wanita) disahkan ada kanser dan mampu hidup dalam tempoh empat bulan, namun semangat wanita itu kuat dia teruskan aktiviti harian seperti biasa, dan kini selepas lapan tahun, wanita itu masih hidup," kata Mahendran.
Berjalan dalam tempoh yang panjang, berkhemah untuk tidur di kawasan belukar begitu mencabar buat tiga sahabat ini, Mahendran berkata mereka berhadapan dengan pelbagai pengalaman menarik sepanjang tempoh itu.
"Antara pengalaman tidak dapat dilupakan ialah ketika berkhemah di Tanjung Batu, Bintulu khemah kami dipukul ribut, mi segera untuk hidangan makan malam juga tumpah. Selain itu dalam perjalanan masyarakat Sarawak beri sokongan seperti menghulurkan air, memberi kata-kata semangat serta mendoakan kejayaan misi kami," katanya.
Sementara itu Norzairi mengakui keadaan fizikalnya kini tidak begitu baik, namun tetap bersemangat meneruskan perjalanan hingga tamat.
"Kira-kira empat hari lepas ketika di Sarikei semasa jalan di bahagian berumput di tepi jalan saya termasuk ke dalam lubang ditambah dengan bebanan beg yang dibawa memberi impak kepada lutut dan pergelangan kaki... tetapi apa yang pasti perjalanan hingga ke Kudat akan diteruskan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 26 2018
'Walk For Cancer Malaysia' memerlukan tiga sahabat ini berjalan dari Serian hingga ke Kudat bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai keperluan membuat saringan awal bagi pemeriksaan kanser. --fotoBERNAMA
[TERKINI] Ranking Times Higher Education: UM kekal kedudukan institusi terkemuka
Universiti Malaya kekal kedudukan institusi terkemuka berdasarkan ranking terkini Times Higher Education (THE) World University Rankings by Subject.
Polis tahan pengedar, rampas hampir 20 kg dadah di Ipoh
Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki mengedar dadah serta merampas hampir 20 kilogram (kg) dadah di Meru, di sini, pada Selasa lepas.
Jabatan Peguam Negara kembalikan semula kertas siasatan PDRM babitkan Khairy - KPN
Jabatan Peguam Negara telah mengembalikan semula kertas siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, bagi mendapatkan beberapa maklumat tambahan.
Bursa Malaysia ditutup rendah
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan jualan selepas meningkat selama empat hari berikutan aktiviti pengambilan untung dalam persekitaran kebanyakan pasaran serantau yang lemah.
Ibu bapa jadi sasaran along selepas anak meninggal dunia
Sepasang suami isteri warga emas menjadi mangsa buruan along yang dipercayai tidak berpuas hati dengan tunggakan hutang yang ditinggalkan mendiang anak mereka, yang meninggal dunia di Johor pada Disember lalu.
Ibu bapa Zayn Rayyan failkan notis usul batal pertuduhan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matin telah memfailkan permohonan bagi membatalkan pertuduhan mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya.
Iswardy Morni didenda RM5,000 kerana kenyataan menghasut
Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Iswardy Morni didenda RM5,000 atas satu pertuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong, empat tahun lalu.
Kejadian pukul OKU bukan di pasar tani seliaan FAMA
FAMA Terengganu menjelaskan bahawa kejadian pukul seorang lelaki OKU yang tular baru-baru ini, tidak berlaku di pasar tani seliaan agensi itu.
Cadangan jadikan pembeli tunggal dibentangkan di kabinet
Cadangan untuk menjadikan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) sebagai pembeli tunggal hasil getah negara akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet untuk mendapat persetujuan.
WEF 2025: Israel mahu jadikan Gaza seperti Dubai
Israel bersedia membolehkan UAE, Arab Saudi, dan pihak lain membina semula Gaza dengan syarat ia tidak mengancam Israel.
Perlakuan rasuah ketika ini amat mengaibkan negara - Sultan Nazrin
Perbuatan itu menyebabkan rakyat terpaksa menanggung beban dengan menyifatkan ia ibarat barah yang merosak anatomi negara.
Kekal positif, kanser bukan penamat hidup
Mana-mana wanita didiagnosis menghidap kanser payudara iaitu penyakit yang menjadi musuh nombor satu wanita, pasti tidak mudah menerima hakikat itu.
Komposer terkenal Jepun Ryuichi Sakamoto meninggal dunia
Sebelum ini Sakamoto menerima rawatan untuk penyakit barah yang dihidapnya selama beberapa tahun.
Bintang 'Cheers' Kirstie Alley meninggal dunia
Menurut anaknya, True dan Lily Parker, mendiang meninggal dunia selepas bertarung dengan barah.
Keluarga rayu bantuan perubatan RM250,000, rawat anak barah tulang
Malah penyakitnya itu turut mengakibatkan dia tidak dapat meneruskan sesi persekolahan, sama seperti kanak-kanak sebayanya.
Jane Fonda umum hidap kanser, sedang jalani rawatan kemoterapi
Pelakon berusia 84 tahun itu memaklumkan beliau menghidap limfoma bukan Hodgkin (Non Hodgkin's Lymphoma).
Sasterawan Zaharah Nawawi meninggal dunia
Allahyarham dipercayai meninggal dunia setelah bertarung melawan penyakit barah yang dihidapinya.
Vaksin COVID-19: Pesakit kronik nekad ambil suntikan
Peningkatan kes COVID-19 dengan pelbagai varian baharu ketika ini mencetuskan kebimbangan orang ramai termasuk golongan pesakit kronik.
Mengenang 76 tahun pengeboman Hiroshima
Pengeboman kira-kira pukul 8.15 pagi waktu tempatan itu mengorbankan hampir 80,000 nyawa penduduk, termasuk kanak-kanak.
Kanser, kudung kaki tidak halang Noor Zeeda bangkit buru kejayaan
Noor Zeeda berkata berkat kesabaran dan dirinya yang tidak berputus asa, akhirnya nikmat kehidupan kini mampu dikecapinya.