ALOR SETAR: Ketika kecil dahulu kebanyakan daripada kita pasti merasai pengalaman disuruh ibu untuk menghantar juadah berbuka puasa ke rumah jiran atau saudara bersebelahan.
Amalan itu meninggalkan nostalgia buat sebilangan besar daripada kita khususnya mereka yang kini berusia antara 40-an ke atas.
Lebih-lebih lagi bagi masyarakat di penempatan perkampungan, keakraban penduduk tidak dapat dinafikan lagi.
Juadah yang dikirim melalui mangkuk tingkat atau popular dengan panggilan ‘sia’ bagi penduduk di negeri-negeri utara tanah air pula bagaikan satu kemestian.
Apa yang manisnya ialah, juadah yang dikirim tidak berbalas kosong, sebaliknya, ‘sia’ berkenaan pasti akan diisi oleh makanan lain sebagai tanda penghargaan dan terima kasih.
Andai ada yang beranggapan amalan berkenaan sudah semakin dipinggir atau dilupakan, tanggapan anda barangkali salah.
Ini kerana tradisi bertukar juadah berbuka puasa masih diteruskan penduduk di Kampung Sungai Mati, Langgar di negeri jelapang padi.
Berkongsi cerita, seorang warga emas, Azizah Saad, 71, berkata, sudah menjadi rutinnya memastikan juadah berbuka yang dimasak akan dilebihkan kerana dia mahu berkongsi rezeki dengan jiran-jiran dan saudara-maranya.
Lazimnya, Azizah akan masuk ke dapur selepas menunaikan solat Asar iaitu sekitar pukul 5 petang.
Sebaik selesai memasak, dia akan mengisi juadah berkenaan ke dalam ‘sia’ sebelum meminta cucunya menghantar kepada mereka yang ingin dikongsi rezeki itu.
“(Selalu) pukul 5 (petang) dah mula masa (dan) pukul 6.30 (petang) itu kira berantaq (kirim)… (selalunya) depa (jiran atau saudara) balas tak sama lauk, kadang-kadang cucuq (cucur) pun ada, bukan balas lauk semua,” kata Azizah yang ramah bercerita dengan krew Astro AWANI.
JENDELA RAMADAN AL-MUBARAK
Turut berkongsi cerita ialah Zabedah Saad, yang memberitahu amalan bertukar juadah berbuka puasa masih diteruskan sejak kampung mereka dibuka lebih 100 tahun lalu.
Katanya, tradisi itu masih kekal sama, namun, apa yang membezakannya ialah kebanyakan juadah yang ditukar dengan jiran tetangga itu bukan lagi hasil air tangan penduduk kampung.
Ini kerana, sebilangan daripada masyarakat di kampung itu khususnya kaum wanita yang bekerja, justeru, mereka tidak sempat untuk memasak dan lebih selesa membelinya di gerai atau bazar Ramadan.
Lantaran enggan tradisi itu pupus ditelan masa, Zabedah menurunkan amalan itu kepada anak cucunya untuk meneruskannya.
Katanya, biarpun kehidupan masyarakat hari ini semakin moden, namun, tradisi sebolehnya jangan dilupakan kerana melaluinya kecintaan kepada permulaan hidup seseorang itu akan terus kekal.
“Nak tinggai (tinggal) rasa sayang tradisi lama ini, hati ini tak lupa dok (asyik) ingat daripada dulu sampai ke la (sekarang),” kata Zabedah yang berusia 70 tahun ini mengenai ingatannya terhadap amalan yang diwarisi daripada ibunya.
Setiap kali Ramadan, ujarnya, antara juadah yang sangat terkenal dan sering disediakan oleh penduduk kampung ialah tepung talam, bengkang dan ghasidah.
Sementara itu, bagi generasi muda pula, melihat kesetiaan dan generasi lama membibitkan rasa tanggungjawab mereka untuk meneruskan amalan itu.
Bertukar juadah sesama jiran, kata mereka, masih relevan, namun, dalam konteks kehidupan masyarakat hari ini khususnya bagi golongan yang tinggal di bandar, ia barangkali sulit untuk diamalkan kerana masing-masing terikat dengan komitmen pekerjaaan.
Bagi Mahdzir Hasan, mengimbas kembali kenangan ketika kecilnya disuruh ibu menghantar juadah berbuka puasa pasti akan membuatkan dia ketawa kerana pengalaman silam itu merakamkan terlalu banyak kegembiraan buatnya.
Suatu hal yang terus melekat di kotak fikiran Mahdzir ialah, amalan itu mengakrabkan hubungan dia sesama penduduk kampung.
“Semua pakat dapat rasa juadah yang mak masing-masing buat, dulu-dulu masa kecik (kecil) meriah lah dok (asyik) hantaq (hantar), tapi zaman sekarang banyak orang lupa (amalan bertukar juadah),” kata Mahdzir yang mencadangkan amalan itu perlu diteruskan bagi membolehkan generasi akan datang menghargai budaya silam.
Berkongsi kenangan lucu, Suriati Omar, 39, berkata, masih lagi melekat di fikirannya apabila dia menghabiskan juadah yang dibalas jirannya di pertengahan jalan pulan ke rumah kerana itu merupakan kuih kegemarannya.
Ada juga kenangan pahit bagi ibu kepada empat orang anak ini iaitu pernah terjatuh ke dalam longkang dan semua makanan yang dibawa rosak.
Mujur, kata Suriati, ibunya tidak pula marah, sebaliknya, memahami keadaan yang berlaku.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Apr 18 2022
Mahdzir Hasan menghantar juadah berbuka yang diletakkan didalam mangkuk tingkat kepada Azizah Saad. - Gambar Astro AWANI
Thailand atasi cabaran hebat Filipina untuk ke pentas final
Pemain gantian, Suphanat Mueanta muncul wira pasukan Thailand apabila menjaringkan gol kemenangan pada separuh masa kedua masa tambahan selepas kedudukan agregat terikat 3-3.
Jasa Tun Juhar amat besar kepada Sabah - Hajiji
Juhar menyaksikan pelbagai insiden di Sabah yang melibatkan kerencaman dunia politik, ekonomi, keselamatan, kesihatan dan pendidikan.
MEF lantik Sheikh Farouk sebagai CEO berkuat kuasa 1 Januari 2025
Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) melantik Sheikh Farouk Sheik Mohamed sebagai ketua eksekutifnya berkuat kuasa 1 Jan 2025.
Pos Felda Selatan bernilai RM1.8 juta tingkat keselamatan di sempadan Sabah
Pewujudan Pos Imbangan Tentera Felda Selatan bernilai RM1.8 juta yang siap pada 27 Sept lepas dijangka mampu meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan negara di Sabah.
Pelicot tidak akan rayu hukuman penjara 20 tahun atas kesalahan rogol
Dominique Pelicot telah memutuskan untuk tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan yang dijatuhkan ke atasnya.
Indonesia kekalkan pengeluaran beras stabil meskipun hadapi cabaran El Nino
Menteri Pertanian Indonesia berkata, pengeluaran beras negara itu mencecah hampir 31 juta tan menjelang akhir tahun ini.
Terowong lebuh raya terpanjang di dunia selesai dikorek di Xinjiang
Terowong Tianshan Shengli, terowong lebuh raya terpanjang di dunia, selesai ditembusi pada pagi Isnin, membuka jalan kepada pembukaan jalan pintas baharu yang menghubungkan bahagian selatan dan utara Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China,
Setiausaha Agung PBB beri amaran tentang kemusnahan iklim
Guterres berkata 10 tahun terpanas dalam rekod berlaku dalam tempoh sedekad yang lalu.
Nahas Jeju Air: Keluarga desak pihak berkuasa cari, keluarkan mayat mangsa
Salah seorang ahli keluarga mangsa, Park Han Shin, meminta kerajaan menghantar lebih ramai pakar untuk membantu mencari dan mengeluarkan mangsa dari kawasan nahas.
Juruterbang lapor pelanggaran burung sebelum nahas
Juruterbang penerbangan komersial Korea Selatan yang terbabas dari landasan dan terbakar dilaporkan mengalami pelanggaran dengan burung sebelum pendaratan cemas.
Banjir: Sektor pertanian di Kelantan kerugian mencecah RM10 juta - KADA
Sektor pertanian di negeri Kelantan dianggarkan mengalami kerugian mencecah RM10 juta termasuk kerosakan infrastruktur, susulan banjir gelombang fasa pertama yang berlaku pada akhir bulan lepas.
Ramadan: Laungan azan bergema di Anfield
Majlis berbuka puasa Share Ramadan anjuran pasukan Liverpool FC menerima kunjungan hampir 2,800 komuniti muslim yang menduduki bumi Anfield.
Khatam al-Quran setiap tahun ketika Ramadan
Muhammad Khairul Azizan mengakui ada kekangan yang dihadapi namun itu tidak menjadi alasan meneruskan hasrat berkenaan.
Ramadan Kampung Era raikan golongan tidak berkemampuan.
Kira-kira 30 individu menerima sumbangan khas berupa baucar untuk membeli keperluan harian raikan Syawal sumbangan daripada pihak pengurusan Era dalam Majlis Ramadan Kampung Era.
Salah, Konate berbuka puasa tepi padang raih perhatian penonton
Pengadil membenarkan permainan dihentikan seketika semasa kemenangan Liverpool ke atas Sheffield United untuk pemain berbuka puasa.
Ops Pantau: KPDN kesan 164 kes dengan nilai kompaun lebih RM500,000
Ops Pantau telah dilaksanakan untuk memantau pematuhan aktiviti perniagaan sepanjang bulan Ramadan dan menjelang Syawal.
Berbahagi kebahagiaan dengan mereka yang memerlukan
Yayasan Ikhlas telah mengadakan Lawatan ke Pusat Jagaan Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan demi memberikan hiburan dan keceriaan kepada 30 anak OKU.
Agong seru umat Islam hayati pengajaran bermakna ayat Al-Quran
Seri Paduka Baginda bertitah ini kerana kestabilan dan keharmonian yang sedia terjalin akan musnah sekiranya umat Islam gagal memelihara nilai-nilai yang dibawa oleh agama.
Cara Selangor FC tempuhi Ramadan dalam persiapan hadapi Liga-M 2024/2025
Persediaan yang tidak ideal boleh menjejaskan tahap kecergasan pemain.
Tarikh lihat anak bulan Syawal pada 9 April
Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.