Tingkah laku pengguna yang memanfaatkan sepenuhnya platform e-dagang semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19, telah mendorong perniagaan dari seluruh industri untuk memacu kehadiran digital mereka.
Shopee Malaysia meninjau tabiat membeli belah baharu itu berikutan e-dagang dilihat menjadi lebih penting dalam kehidupan seharian pengguna apabila mereka meluangkan masa melebihi 20 peratus di platform itu pada setiap minggu, mencerminkan peningkatan pergantungan terhadap e-dagang.
"Peniaga-peniaga mendapat manfaat daripada peningkatan permintaan ini dengan mereka yang menjual makanan segera dan peralatan membakar masing-masing mencatatkan pesanan 60 kali lebih banyak berbanding tempoh sama tahun lepas," kata platform e-dagang itu dalam kenyataan hari ini.
Pengarah Urusan Serantau Shopee Ian Ho berkata gaya hidup, cara bekerja dan berbelanja dalam talian dalam kalangan masyarakat telah berubah pada tahun ini.
"Oleh itu, jenama dan penjual di seluruh rantau ini telah meningkatkan usaha digitalisasi mereka, terutamanya pada masa ini kerana e-dagang telah memainkan peranan lebih besar dalam kehidupan masyarakat apabila semakin ramai pengguna menggunakan perkhidmatan dalam talian untuk mendapatkan barangan keperluan harian.
"Ini telah menghasilkan perubahan dalam cara para peniaga melihat dan mendekati e-dagang sebagai satu saluran jualan," kata beliau.
Jelas Ho, situasi semasa turut mendorong perniagaan untuk meneroka strategi baharu untuk berinteraksi dengan pengguna dan memudahkan proses urus niaga.
Ini tidak hanya mendorong penerapan e-dagang yang kukuh dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan, malah, mewujudkan segmen pasaran baharu untuk industri e-dagang.
Sebagai contoh, hampir tiada sesiapa yang menjual atau membeli hasil segar seperti ikan, ayam, daging lembu dan durian di platform e-dagang pada tahun lepas.
"Namun, pada April sahaja, kira-kira 1,000 penjual hasil segar dan beku, termasuk petani dan nelayan, mula menjual di Shopee. Shopee mendapati banyak penjual yang menawarkan lebih 20 jenis produk di kedai mereka dapat menjana jualan bulanan sehingga RM100,000," kata beliau.
Sementara itu pembatalan bazar Ramadan telah menjejaskan pendapatan ribuan peniaga mikro yang bergantung kepada bazar seumpama itu untuk mencari rezeki.
Bagi membantu mereka mengekalkan pendapatan dan kehidupan, kerajaan negeri seperti Selangor dan Perak menugaskan Shopee mengajak penjual-penjual ini untuk berniaga dalam talian dengan memasarkan produk seperti biskut raya dan makanan ringan, baju raya dan barangan hiasan rumah melalui laman mikro khusus.
Inisiatif ini membabitkan Selangor E-Bazar Raya dan Raya bersama PKNS selain S.M.A.R.T Niaga@Perak.
Selain itu, Pakej Bantuan Peniaga Shopee yang bernilai RM15 juta telah memanfaatkan komuniti perniagaan menerusi sokongan dari segi pembiayaan, subsidi, pendidikan dan pemasaran untuk meningkatkan jualan, mengurangkan kos operasi dan memudahkan pembangunan mampan.
Ho berkata pakej itu mendapat penyertaan lebih 70,000 perniagaan tempatan merangkumi perusahaan mikro, kecil dan sederhana serta syarikat-syarikat besar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 14 2020
Gaya hidup, cara bekerja dan berbelanja dalam talian dalam kalangan masyarakat telah berubah pada tahun ini. -Gambar hiasan
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
[KOLUMNIS] Bahasa basahan: 'Tapi' dalam dialek Johor bukan sebagai kata hubung
Seperti negeri lain di Malaysia, negeri Johor juga mempunyai dialek dan bahasa kolokial yang unik dan tersendiri.
Mitsubishi Triton generasi keenam dilancar, harga bermula RM101,980
Hadir dalam lima varian, Mitsubishi Triton serba baharu ini menjanjikan pengalaman pemanduan yang luar biasa serta memenuhi keperluan pengguna trak pikap, dari pengembara hingga usahawan berjaya.
PM seru rakyat bersukan untuk kekal sihat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia untuk bersukan bagi sentiasa mengekalkan kesihatan.
Borak SeeNI program bual bicara terbaharu Astro Prima, Nu Ideaktiv
Borak SeeNI kini bersiaran di Astro Prima setiap Selasa hingga Jumaat jam 11 pagi bagi membincangkan topik kekeluargaan, isu semasa dan gaya hidup.
Gaya hidup sihat? Jangan terperangkap dalam mentaliti senaman hebat atau diet sempurna - Kevin Zahri
Ramai terperangkap dalam mentaliti mengejar senaman dan diet sempurna untuk mencapai gaya hidup sihat.
[KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu
Pantun merupakan akal budi orang Melayu, iaitu penciptaan bait-bait diksi yang indah yang mempunyai unsur alam dan persekitaran masyarakat.
Delegasi OIC ke Selatan Thailand lihat gambaran sebenar masyarakat pelbagai agama hidup bersama
Dengan meneliti situasi sebenar di selatan Thailand, negara-negara OIC dapat mempelajari lebih lanjut tentang kehidupan masyarakat pelbagai agama.
Gen Z mahu aturan kerja fleksibel
Sim berkata, yang penting ialah kerja dapat dilakukan dengan berkesan dan cekap, bukannya dalam jangka masa atau persekitaran ditetapkan.
MATRADE sasar perkenal MIHAS ke pasaran sedang pesat membangun
MATRADE sedang merangka pelan pengembangan peluang perniagaannya untuk memperkenalkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke pasaran sedang pesat membangun.
Hilang tumpuan pandangan, penyakit mata menyerang golongan muda
Trend gejala degenerasi makula dikatakan semakin menjadi-jadi dalam kalangan dewasa di bawah usia 50-an.