TIDAK lama lagi anda akan dapat menggunakan emoji kerusi roda, orang bertongkat dan tangan palsu di telefon pintar anda.

Ia selepas gergasi peranti komunikasi, Apple mengemukakan cadangan memperkenal 13 emoji baharu, khusus bagi mewakili golongan kurang upaya (OKU) di seluruh dunia.

Permohonan itu telah dihantar kepada Unicode Consortium, satu organisasi yang meluluskan aksara emoji baharu.

Antara emoji yang bakal diperkenal termasuk:


"Satu daripada tujuh orang di seluruh dunia mengalami kecacatan dalam pelbagai bentuk, sama ada fizikal, penglihatan, pendengaran, atau kegagalan kemahiran motor fizikal, atau kecacatan lain yang tidak dapat dilihat."

"Pilihan emoji sedia ada merangkumi orang, aktiviti dan objek yang mewakili masyarakat umum, tetapi tidak banyak yang berkaitan golongan kurang upaya," kata Apple seperti dipetik dalam laporan berkenaan.

Jika diluluskan kelak, kesemua emoji ini kemungkinan akan dilancarkan pada awal tahun 2019.