Antara bahan untuk ibu kekal cantik dengan menjaga kesegaran rambut untuk mengelak keguguran rambut adalah menggunakan buah tembikai, daun lidah buaya, limau nipis dan bunga raya.
Berikut merupakan beberapa petua bagi merawat masalah keguguran rambut.
Petua 1: Ambil perahan air limau nipis dan sapu rata-rata di kulit kepala. Amalkannya untuk selama dua minggu.
Seterusnya ambil santan untuk menyuburkan rambut anda. Lumurkan keseluruhan rambut hingga ke kulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik.
Jangan cepat-cepat hendak membasuh rambut. Perapkan rambut dengan tuala untuk sekurang-kurangnya 30 minit. Biarkan ia berminyak dan meresap.
Kemudian basuh dengan air suam. Amalkannya selama dua bulan.
Petua 2: Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan sehingga hancur.
Perap ramuan di atas kepala selama satu jam. Lakukan dua kali seminggu. Anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.
Petua 3: Setiap kali makan buah tembikai, jangan buang kulitnya. Ambil bahagian kulit tembikai dan gosok pada kulit kepala.
Biarkan ia meresap ke kulit kepala dan tunggu dalam masa 20 sehingga 30 minit. Selepas itu barulah cuci rambut.
Jika ingin biarkan semalaman juga boleh dengan penggunaan 'shower cap' atau balut dengan kain supaya ia tidak meleleh ke bantal.
Petua ini perlu amalkan seminggu sekali.
Petua 4: Bagi yang rajin, selepas rawatan menyuburkan rambut gunalah daun lidah buaya untuk mendapatkan rambut yang lebih cantik lagi menawan.
Caranya ambil lendir daun lidah buaya dan sapukan kepada bahagian rambut sehingga ke kulit kepala.
Dalam masa dua bulan, rambut tidak akan gugur lagi malah menjadi semakin cantik dan sihat.
Semoga dengan tips yang dikongsikan ini dapat menjadi ilmu yang bermanfaat untuk semua.
Sumber: Petua Ibu
* Artikel asal disiarkan di Keluarga.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!