MUNGKIN boleh dikira sebagai ‘hadiah’ raya kepada rakyat Selangor apabila Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 34 buah mukim di negeri ini tamat semalam dan tidak dilanjutkan.

Meskipun masih belum diperincikan penetapan selanjutnya, pengumuman tersebut sudah mampu mengundang senyuman dan memberi sedikit kelegaan kepada semua, namun jangan cepat alpa kerana kes positif harian negara masih belum menunjukkan angka yang sihat.

Akan tetapi, untuk artikel ini kita tidak mahu bercerita tentang krisis pandemik COVID-19 (kerana sudah banyak laporan mengenainya, namun kita perlu cakna), sebaliknya masa untuk membuat persiapan akhir bagi tampil bergaya ketika menyambut perayaan Aidiladha yang bakal diraikan beberapa hari sahaja lagi.

Untuk Hari Raya Aidiladha pun, kita perlu sambut dengan meriah!

Tidak boleh beraya bersama rakan dan keluarga disebabkan larangan merentas daerah serta negeri? Tak mengapa, kita cipta suasana kemeriahan raya di rumah sendiri! Barulah ada semangat membuat panggilan video pada pagi hari raya nanti.

Pertama sekali, outfit!

Samada kontemporari mahupun anda ingin tampak sepenuhnya klasik, semuanya itu terpulang atas citarasa masing-masing kerana anda yang carry rekaan tersebut.


Ya, perkara pertama yang perlu diberi perhatian adalah outfit kerana ia menterjemahkan keseluruhan look anda pada pagi hari raya nanti. Kalau anda salah pilih outfit, saya jamin boleh sampai tahap hilang mood nak beraya!

Sebenarnya konsep pakaian samada kontemporari mahupun anda ingin tampak sepenuhnya klasik, semuanya itu terpulang atas citarasa masing-masing kerana anda yang carry rekaan tersebut. Asalkan anda berasa selesa dan pastinya tidak terlalu janggal, ia sudah memadai untuk memeriahkan pagi raya anda.

Sekarang ini, industri peruncitan masih belum boleh beroperasi kerana bukan industri perlu (non-essential), tidak mengapa… kita akur, namun ia tidak sepatutnya menghadkan keinginan anda untuk shooping! Jom kita pilih pakaian raya di flagship store Lubna, banyak pilihan menarik untuk anda gayakan pada pagi Selasa nanti.

Tampil modest dan selesa dengan printed hijab

Bosan dengan rekaan monokrom, apa salahnya untuk mencuba sesuatu yang baharu sebagai kelainan di pagi raya.


Hayati erti sambutan hari raya Aidiladha dengan tampil modest bersama cetakan corak pada hijab bagi gaya lebih anggun dan segar. Mungkin anda sudah bosan dengan rekaan monokrom, apa salahnya untuk mencuba sesuatu yang baharu sebagai kelainan di pagi raya.

Kami memahami bab hijab sahaja menyebabkan anda menghabiskan setengah hari mengadap telefon mahupun skrin komputer. Mana tidaknya, nak meneliti kod warna, jenis fabrik dan mengambil kira tebal atau tidak lagi… itu belum masuk cerita suai padan dengan outfit.

Jangan bimbang, anda boleh pergi ke laman web Poplook dan pilih la selama mana anda mahu. Tapi jangan sampai takbir pagi raya anda masih buntu nak pilih koleksi hijab yang mana!.

Pelitup muka? Tiada masalah, kita tumpukan solekan pada bahagian mata!

Solekan bahagian mata lengkapkan look pagi raya anda.

Biar apa pun situasi, wanita akan tetap ingin kelihatan ayu dan jelita, meskipun perlu memakai pelitup muka sepanjang waktu. Hanya mengenakan solekan pada bahagian mata, kita tetap boleh nampak bergaya seperti biasa.

Tidak mengapa jika memakai pelitup muka ketika beraya, janji ada bahagian mata yang menjadi penarik paling unggul sekali gus melengkapkan look anda ketika menyambut hari raya nanti. Boleh dapatkan set solek edisi terhad Urban Decay yang sesuai dengan semua jenis kulit wajah.

Wangian bangkit personaliti anggun di pagi raya!

Semburan fragrance serlah personaliti anggun anda.

Siapa kata duduk rumah tidak perlu untuk berwangi-wangian? Fragrance amat penting dalam membangkitkan mood dan menyerlahkan personaliti individu tambah-tambah lagi wanita.

Serlahkan karakter anda dengan pilihan pelbagai wangian dengan seleksi jenama di pusat beli-belah atas talian Zalora dan mungkin boleh dapatkan + 1 (plus one) untuk pasangan anda!

Keseronokan bukan datang pada kita, sebaliknya lebih kepada kita yang mencipta keseronokan itu. Sambutan kali ini menjadikan raya lebih meriah ketika di rumah!



*Artikel ini mengandungi pautan afiliasi. Kami mungkin menerima komisen untuk pembelian produk yang dilakukan melalui pautan ini.